Wednesday, December 5, 2012

kejut.

dengan nama Allah yang membangunkan,

teringat memori dengan budak dorm aku.

memori mengejutkan orang. bermulanya, ketika loker aku penuh dengan sticky note. note dari budak dorm untuk mintak kejutkan awal. kalau tidur malam pastu bangun pagi tengok loker nampak tulisan dan sticky note baru, tu jadi benda biasa la.

maka, dengan wujudnya segala nota tu telah menjadikan aku pengejut secara tak rasmi. nak atau tak nak, ngantuk atau tidak, kena gak bangun la. orang dah mintak kejut kot. mana la tau kalau aku tak kejut, tak dapat habiskan revision pulak kan. ohoho nampak tak kepentingan aku tuh? :P

ehem. tapi seriesli. bangun time orang lain tido, bukan benda senang. untuk kejutkan orang bangun lagi la tak senang langsung sebenarnya.

dan rentetan daripada bangun awal ni, terbawak sampai depan paper. bukan satu atau dua paper. banyak jugak la sebenarnya.

tersengguk kot!

ohoho. keluar dewan cakap la kat orang yang aku ngantuk tertido tido ngadap paper. dan paling buat gelak ialah bila dia kata dia buat benda sama gak. bukan apa, selalu je cikgu bagi nasihat tipikal jangan tidur jangan tidur cek je keje sampai habis masa.

haha, tapi malangnya. tersengguk tu involuntary action. :D

burtuQaly: hari ni habis SPM 2012. tahniah junior aku! selamat meninggalkan perjuangan kecil itu, dan hadapilah perjuangan besar yang sebenar! :)

Friday, November 23, 2012

sahabat.

Dengan nama Allah yang menitipkan cinta,


Kalau bukan kerana cinta, kerana apa?

Ianya bukan sekadar pengakuan dalam hati. Bukan sekadar ucapan dari lisan. Bukan juga sekadar mengekspresikan dengan perbuatan.

Cinta adalah kesemuanya.

Kerna begitulah cinta Ilahi mengajarkan aku.
Dan begitulah cinta Rasulullah mengesani hati aku.

Bahawa dalam bersahabat, andai benar landasannya dan kukuh terasnya; yakni bermatlamatkan Allah dan untuk menyebarkan risalah Rasulullah, pasti tidak akan menjadi sia sia.

Cinta dalam bersahabat.
Seperti Abu Bakar kepada Rasulullah.
Seperti Harun kepada Musa.

Aku tertanya, 18tahun aku hidup.
Sudahkah aku berjaya mendapatkan Abu Bakar dan Harun di dalam hidupku?
Bahkan, sudahkah aku sendiri menjadi sahabat seperti Rasulullah dan Musa?

T_______T


burtuQaly: Kerana, aku inginkan naunganMu di sana nanti.

Friday, November 16, 2012

peduli.

Dengan nama Allah yang menguatkan hati,


Kali ini. Tentang apa yang kesekian kalinya berlaku di bumi Gaza.
Telah menjatuhkan hujan yang sangat lebat.

Aku sudah dekat dengannya.

Tetapi, apa yang mampu aku lakukan masih sama? 
Masih sama ketika aku jauh dengan bumi itu. 


Allahurabbi ... 

"Aku sangat lemah. Aku tiada daya dan upaya. Aku tidak berkuasa apa. Ampunkan aku ya Allah. Kerna hanya doa yang mampu ku hantarkan untuk mereka." 

Tetapi, 

Andai saja aku dikurniakan daya. Dan aku punya upaya. Adakah benar aku boleh membantu dan menghantarkan pada mereka lebih dari sebuah doa? 

Aku risau pada saat itu nanti aku akan mengelakkan diri. 
Aku risau hati aku belum cukup kuat dan bersedia. 

T_______T 

Aku yakin bahawa kemenangan Islam itu semakin hampir. Bahkan dekat. Sama ada aku ada atau tiada, tetap kemenangan itu akan tiba. 

Dan bila sampai saat itu, aku ingin termasuk orang yang memperjuangkannya. Aku ingin dilihat Allah sebagai orang Islam bukan hanya sekadar nama. Aku inginkan syurga. 


Kerna, aku cemburu. 

Sangat cemburu dengan ramainya saudara seiman aku yang mendapatkan syahid. Mereka sudah menepati janji mereka pada Allah. Bahkan sedang mendapat rezeki di sisiNya. (3:169) 

Lalu. Aku yang masih hidup ini, bagaimana? 


burtuQaly: Pada tadahan tangan bertakung air mata mendoakan mereka.
Ya Allah, moga air mata ini menjadi saksi bahawa aku peduli.

Thursday, November 8, 2012

hujan.

Dengan nama Allah yang memahami,


Saat hujan jatuh menuruni.

________________________________

"Kau ada masalah ke?"
"Takde."

Mata berair.
Terus ditahan empangan itu.

"Aku ada untuk dengar."
"Aku kata takde la."

Sambil melangkah pergi.

________________________________

"Hmm. Kau betul ke ok?"
"Mestilah ok."

Senyum diukir.

"Aku nampak mata kau. Mata sedih."

________________________________

Dari belakang, menyentuh bahu.

"Kau kenapa?"
"Kenapa? Aku ok je."

"Ha, tengok tu. Kau suka simpan masalah."
"Takde bende la."

"Kalau ada benda nak share, bagitau."

________________________________

"Ada apa apa jadi ke?"
"Takde apa."

"Lepas ni exam. Janganlah gini."

Tisu dihulurkan.

________________________________

"Kalau tak ok, bagitau aku."
"Apende pulak."

"Aku tau kau tak ok."

Senyap.

"Bukan selalu nampak kau senyap camni."

________________________________


Kadang kadang for no reason pun boleh tetiba jadi 'tak ok'.

Tengok balik hati.
Siapa punya? Itu Allah yang punya.

Dia mesti lebih tahu dan paling tahu untuk meng'ok'kan yang 'tak ok'.
So, simpel je sebenarnya. Back to Allah.


burtuQaly: Aku ada ramai sahabat osem yang sangat caring.
Tapi bagiku, cukuplah Dia menjadi pendengar setia. :")

Monday, October 29, 2012

tdhyh.

Dengan nama Allah yang memberi nikmat kemenangan,

Teringat aku pernah tanya akak rumah aku, "Pelik la. Macam mana orang boleh fikir nak kahwin masa belajar ek?"

Ok gelak. Nampak sangat soalan orang belum dewasa. :P

Ehem. Alhamdulillah. Merasa rahmat dan kasih sayang Allah dengan hari kemenangan ini. Seriesli, sangat heaven kot raya sini! Meriah bagai. Emm eh tapi sebenarnya Melayu je yang meriah, err err di situ. Dan lagi satu, keohsemannya ialah makanan sangat banyak dan mengemokkan!

"Akak, kenapa sini aidiladha macam aidilfitri?"
"Hum. Mungkin sebab sedih sebab tak dapat raya dengan family. Pastu buat nak cover sedih, datang raya rumah kawan kawan. Haha."

Untuk open house yang macam jadi kewajipan kat Irbid nih, aku dan orang Bayt Munawwarah sempat pergi supermarket malam malam semata nak beli belah barang raya padahal takde muraqib. Pastu, buat kuih suji, kuih cornflakes, kuah kacang, nasi impit, bakso, dan sate ayam handmade woo. Sampai malam raya nak bakar sate semata sampai tidur lewat!

Dan esoknya ohoii satu rumah terlajak! Dan berkejar pergi bilik air, siap siap pastu terus jalan laju laju pergi masjid jami'ah. Time tu tak kisah dah keburukan jalan laju dengan kain. Yang dalam kepala cuma nak laju dan dapat tempat solat kat masjid haha.

Series penuh! Kalau tengok sekali, memang takde ruang nak menyelit. Tapi rezeki sangat, alhamdulillah ada tempat. Berpeluang solat sunat eid dan dengar khutbah yang boleh buat termenung blur je lah tengok karpet masjid.

Dan kekeroncongan perut akhirnya disaji dengan macam macam makanan akibat pergi beraya terlalu banyak rumah. Ini sangat osem subhanallah! Paling terbaik di ladang dan kebun pabila kakak dan sahabat datang beraya di rumah sehingga tak muat ruang tamu dan ada yang makan di bilik tidur. Oh itu sangat mengukir senyuman di hati. :)

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Di samping hammasah beraya, kita hayati juga makna pengorbanan. Makna tadhiyah yang sebenar. Berkorban itu bukan hanya pada lembu atau kambing atau unta dll sahaja, tetapi hati dan jiwa itu sudah berkorban kah? Berkorban dari segala yang nafsu cintai? Berkorban dari segala kemudaratan dan kebinasaan, di dunia dan akhirat?

burtuQaly: Salam kemenangan buat kesemua yang aku cintai; Umi Abah Abang Kakak Unye Anisah Adibah Azizah Adam Anas dan Aqilah. Buat sahabat fillah, sahabat yang bersama susah dan payah. Juga, untuk kamu yang istimewa di hati, :)

Tuesday, October 23, 2012

18?

Dengan nama Allah yang menghadiahkan sisa waktu,


190912. Umur aku tepat 18 tahun.

Dan sekarang anda akan hairan, "Eh dah sebulan lebih. Asal baru nak entry birthday?" Haha. Ye, baru nak post hari ni sebab baru teringat. Time tuh tengah saat saat Minggu Haluan Siswa 4 hari yang mula dari 7.30 pagi sampai 11 malam yang sangat penat dan bukan dekat rumah untuk boleh update blog.

Kalau tengok arkib burtuqaly, tarikh 1909 ada satu je entry. Hokey takyah nak cek yang mana. Itu sangatlah tidak matang dan memalukan. Masih disimpan kemerepekan itu di kotak sejarah, harap dapat menjadi 'ibrah untuk diri sendiri pada akan datang. Moga moga.

Ehem. Ada apa dengan 18 tahun?

Ketika umur 18, Usamah bin Zaid menjadi panglima perang. Imam Bukhari menulis buku hebat "Qadhaya asSahabah wa Tabi'en' dan juga 'At Tarikh al Kabir'. Imam Syafie pula mengeluarkan fatwa. Abbas As Sisi menyertai Ikhwanul Muslimin. Dan, Ibnu Sina sudah menjadi doktor yang terkenal.


Lalu, Atiqah binti Aminuddin?
Uhuk uhuk! Baru makan gula gula HACKS dan tertelan.

Tak perlu cakap tentang perang. Tak perlu cakap tentang menulis buku. Tak perlu cakap tentang keluar fatwa. Tak perlu cakap tentang kerjaya. Tak perlu cakap nak capai muwasofat nafi'un li ghairihi yang last last sedangkan yang awal awal belum setel.

Astaghfirullahal 'Adzim ...

Aku ni bukan baru je umur 18 tahun. Aku dah 18 tahun! Tetapi berapa banyak amalku? Berapa banyak pula amal yang diterima? Berapa banyak dah dosaku? Berapa banyak pula dosa yang diampunkan?

“Tidak berganjak kedua dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya; Pada perkara apakah ia habiskan? Ilmunya untuk apakah ia gunakan? Harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan? Tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?” (HR Tirmidzi)



Mampukah aku jadi scorer pada soalan itu nanti? T_T

burtuQaly: Buat anda yang istimewa di hati, yang baru mencapai umur baru; Selamat meningkat umur. Selamat meningkat juga iman dan amalnya. InsyaAllah.

Wednesday, October 17, 2012

STAM.

Dengan nama Allah yang mengikat hati hati,

Lampu dah tutup. Bantal nampak cantik. Katil sangat menawan. Masa untuk tidur horreyy!
Allahumma bismika ahya wa amutu.

Dan saat mata nak lelap,

Hei esok 16 Oktober! Which means ...

Terus bangun laju laju. Amik phone. Amik nombor. Set alarm pukul 2am. Taruk tepi bantal.
Ya Allah bangunkanlah aku hari esok. Ameen.

2am. Bangun dan capai phone tepi bantal. Tengok nombor. Tekan tekan. Akhirnya ditekapkan ke telinga. Berharap orang jauh angkat phone.

Mailbox?!

Allahuakbar. Ingatkan sana 7am, masih sempat nak call sahabat aku sebelum exam STAM. Hmm, takpelah. Aku kirimkan doa, moga dipermudahkan segalanya buat kalian. Sahabat PSI, selamanya dalam ingatan, iA selamanya juga dalam doa.

burtuQaly: Missing them a lot! Selamat berjuang sahabat! :)

Saturday, October 13, 2012

malam.

Dengan nama Allah yang memuliakan hambaNya,

Najla dan Nabila di sekitar Jami'ah Yarmouk.

121012, Hari bulatan gembira. Hari mengupdate iman. Alhamdulillah, rasa basah sangat dengan peringatan. Rasa dihempap bertubi tubi. Rasa kena tembak dengan M16.

_____________________________

"Okeh, cuba kaitkan malam dengan diri kita, dari kaca mata tarbiyah."
"Malam kan banyak orang buat kejahatan. Kena hati hati."

"Humph ok. Tapi cuba lagi."
"Kena ada muraqib?"
Ketawa berhamburan. "Lain?"

"Macam ni lah, nampaknya semua dah blur. Okeh, malam kan signifikannya gelap, sunyi, ramai tidur. Hmm time tu, macam mana diri kita? Tarbiyah kita?

Contohnya, kita stay up. Semua tengah tidur ni. Lampu dah tutup. Dan masa tu tinggal kita dengan laptop je. Dalam waktu tu, apa apa je kita boleh buat. Tekan lah apa apa. Search lah apa apa. Takde sape pun tau. Langsung takde.

Hmm, jadi macam mana tarbiyah kita time sorang sorang tu?"

_____________________________


Dalam setiap tindakan. Dalam setiap perbuatan. Dalam setiap gerak geri. Adakah di dalam hati itu ada taqwa yang melindungi diri dari segala kemaksiatan yang dibenci? Allah ...

Dalam riwayat - Sayidina Umar RA pernah bertanya; "Apakah itu taqwa?" Ubay bin Kaab menjawab; “Pernahkah kamu melalui jalan berduri?” Umar menjawab; “Pernah!” Ubay menyambung, “Lalu apa yang kamu lakukan?” Umar menjawab; “Aku berhati-hati, waspada dan penuh keseriusan.” Maka Ubay berkata; “Maka demikian pulalah taqwa!"

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (AlHujurat:13)

burtuQaly: Allahurabbi, aku ini muliakah pada pandanganMu ..? T_T

Sunday, October 7, 2012

dekat.

dengan nama Allah yang menyusun waktu,

menghirup udara di sini. jumpa sahabat sahabat sefikrah. dengar syarah dalam arab. observe manusia sekeliling. ziarah macam macam tempat best. berbulatan gembira. skype dengan orang Malaysia. beli barang rumah. naik teksi, coaster, MPV. makan dalam dulang ramai ramai. jalan sorang sorang.

alhamdulillah. rupanya, aku dah sebulan di Irbid.

dan dalam waktu itulah, aku rasa bahagia. rasa tenang. rasa sayang. rasa rindu. rasa sedih. rasa susah. rasa nak marah. rasa stress. rasa nak menangis berbaldi baldi, semuanya aku rasa.

kalau nak cakap pasal menangis berbaldi. hmm tak taulah dah berapa banyak titis air mata yang jatuh di sini. baca nota cinta abah, bulatan gembira yang pertama, habis kelas kat jami'ah, ziarah maqam sahabat, ingatkan umi abah adik abang kakak sahabat sahabat kat Malaysia. ya Allah bumi ini telah menyaksikannya.

dan entah kenapa di sini, aku merasakan mati itu sangat dekat.

andai mati menjemputku dahulu, dan saat itu aku jauh dari keluarga, sahabat, dan orang orang yang aku cintai di Malaysia ... maafkan aku, halalkan segalanya, izinkan aku kembali kepadaNya bersama redha insani. moga di akhirnya Allah meredhai kita semua. :")


burtuQaly: sahaja aku mencintaiMu, Allahurabbi.

Monday, September 24, 2012

gembira.


dengan nama Allah yang memahami hati hambaNya,

bulatan gembira pertama di Irbid. pandang kanan pandang kiri. eh ... aku salah bulatan ke nih? diorang nih bukan calang calang orang. semua sangat haybat. aku je yang macam gajah tersesat.

"okeh. sekarang ni akak nak dengar apa target antunna sampai Jordan?"

diorang jawab, nak mantapkan bahasa arab. nak jadi individu muslim dengan muwasofat tarbiyah. nak grab segala ilmu. nak berjaya dengan cemerlang dunia akhirat. dan, bila sampai turn aku ...

"ana nak berubah menjadi lebih baik dari dulu. ye lah, kalau nak dibandingkan dengan korang semua, sebenarnya ana rasa kerdil sangat. macam tak layak duduk dalam ni." dengan air mata melimpah limpah dan suara nak taknak keluar, akhirnya aku berjaya habiskan ayat tuh dengan susah payah.

pendek cerita. sehinggalah, hujan yang lebat tu terbawa bersama istighfar sebelum tidur.

untuk semua dan aku sendiri, kadang kita rasa kerdil. rasa rendah sangat diri. rasa macam habuk je nak banding dengan orang lain. tapi sebenarnya kan, tu semuanya takde apa. lupakan, dan ingat matlamat hidup untuk Allah. akhirnya, akan senyum dan gembira. :)

burtuQaly: buat family, sahabat dan my future suami soleh (tetiba) em, tolong terima aku dan bimbing aku? kita sama sama ke syurga ye nanti? :")

Sunday, September 16, 2012

kronologi.

dengan nama Allah yang mengatur dengan osem,


alhamdulillah. aku mempunyai kronologi 2012 yang rumit.

bulan 1 aku kerja tanam anggur kat rumah. tak fikir apa apa melainkan ambik lesen kereta. bulan 2 aku pergi PSI tetiba. belajar subjek STAM buat nota semangat bagai, gaya macam nak amik pekse. tapi awal bulan 4 aku berhenti. orang tanya kenapa. aku pun jawab, "aku prefer pergi PLKN daripada STAM." bunyi budak malas belajar kan? aku pun tak faham perangai aku nih.

bulan 4 sambung tanam anggur yang dah dibiar terbengkalai dan sambung lesen tak habis habis. pastuh bulan 5 konon je macam nak pergi Mersing, berkhidmat untuk negara. tapi ... aku tak pergi. orang tanya kenapa. "hahaha," tu je yang mampu aku jawab. dan akhirnya aku terdampar di rumah begitu saja. tapi aku tidak berputus asa dengan lesen, ada amik test JPJ 290612. failed bukit. aku buat muka pasrah, nak sambung lesen time UIA cuti selasa la nampaknya.

030612 pergi UIA. kos apa? aku taktaulah asal kelakar sangat dapat BEN. yes, english. bukan setakat umi, abah, adek badek, kawan kawan, gelak. aku pun turut gelakkan diri sendiri. aku mana suka, malah tak reti pun nak speaking english berabuk! tapi aku teruskan jugak hala tuju yang dah macam bersimpang siur nih. belajar english, public speaking bla bla, sampai awal bulan 8.

pastuh, dapat tahu pulak pasal jordan nih. pergi BTN orentasi segala bagai hinggalah habis semua. pastuh raya, dan sambung mendamparkan diri di rumah hinggalah bulan 9. bercuti sambil sambung lesen yang dah nak expired. test JPJ 040912. failed kat parking pulak LOL. "pakcik, esok saya nak pergi fly Jordan." dengan mata berkaca, air mata melimpah limpah, akhirnya boleh buat rayuan test lagi untuk kali ketiga pada hari yang sama! dan aku lulus, bukan dengan markah kesian, tapi dengan ketereran aku bawak kereta. LOL, 2 kali failed tuh aku pun tak paham.

kemuncak kronologi 2012 aku, dengan berbekalkan lesen kereta yang dah selesai akhirnya, sijil STAM dan ijazah BEN kononnya, 050912 aku fly pergi Jordan. alhamdulillah Irbid just nice la. kat sini baru aku rasa nampak jelas sikit hala tuju aku. insyaAllah kheir! :D

Atiqah bt Aminuddin. Degree Fiqh Wa Usuluh. Jami'ah Yarmouk.


burtuQaly: kesemua ini mengajar aku lebih matang, mungkin? hehe doakan aku sukses dunia akhirat please. ya Allah tiada sia sia apa yang Engkau aturkan, aku bersyukur untuk segalanya. :)

Saturday, September 15, 2012

rasa.

dengan nama Allah yang memiliki rasa hati,


that statement.


burtuQaly: ya Allah, bimbinglah aku mengawal rasa hati ini agar selalu terarah untuk mencari redhaMu semata. redhaMu Allah.

Tuesday, September 11, 2012

irbid.

dengan nama Allah yang memberikan kegembiraan,

that feeling when your dream comes true, no best words can describe.

alhamdulillah, aku dah sampai Irbid, Jordan. 060912, pukul 5am waktu Amman. orang sibuk tanya, apa perasaan datang Jordan bla bla bla. aku tak tau nak jawab apa, sebab aku tak rasa apa apa. series!

haha dalam flight pun duduk sebelah laki tak kenal, memang senyap je lah sepanjang 12jam dalam flight. nak cakap apa pun tak sanggup. dah sampai airport Queen Alia, barulah ada sikit teruja tuh. sebab Amman sejuk! nice sangat.

pastuh 2jam dari Amman, baru lah sampai kat Irbid. :D panas sangat, tapi berangin sangat. senang kata koool sangat lah! em aku kat sini duduk rumah senior. Beyt Munawwarah, 5 orang campur aku. akak senior semua medic final year. sangat peh tabik di dahi!

kat sini, nak pergi mana mana semua boleh on foot! pakai kaki je nak pergi jami'ah, (jami'ah tak 5minit lagi dah boleh sampai!) kedai, rumah rumah. takyah bazir duit nak naik benda.

dan paling penting, semenjak aku sampai kat sini asyik makan je! dahlah makan tuh selalu je ada orang nak belanja. tak cukup dengan tu, setiap hari makan aiskrim!!! semua murah best best dan sangat sedap! wallaweh.

nanti takyah terkejut kalau aku balik Malaysia, aku dah lain ... :D

konklusinya aku gembira.

burtuQaly: setakat ni, air mata sedih tak jatuh lagi. air mata mengantuk dah banyak kali jatuh! aku bukanlah orang overseas yang tipikal, homesick. haha.

Monday, September 3, 2012

bye.

dengan nama Allah yang mentakdirkan keindahan,

time kelas, perut aku berbunyi. (tak malu mengaku sebab semua orang pernah rasa) ehem ye, bunyi yang sangat kuat sehingga kesemua lecturer dan budak dengar. tapi just 10 of us la. haha but still ... malu kot! aku cuma mampu berlagak kool macam takde apa jadi je.

dan after class, aku pun membuat tindakan menghantar mesej kepada semua kelasmet aku. tanda aku mohon kemaafan menggunung dan berbukit sebab bunyi tuh bukan sekali, lebih 5kali. err, padahal kelas malam, baru  habis bukak puasa time tuh!

010812 - "aku mintak maaf disebabkan interference yang berlaku tadi. bukan selalu perut bunyi banyak kali camtuh tau! sori sangat! em tapi takpe, nanti kalau aku dah takde, korang mesti rindu bunyi perut aku lah! :D"

nampak tak ada kiasan kat situ? yes, I've hide something from them.

aku dapat berita jordan 30julai. tapi, aku hanya ada kudrat untuk bagitau kebenaran start from my roommates - 2ogos, pada dia - 4ogos, pada usrahmate dan kelasmet - 6ogos.

aku bukanlah pemberita yang bagus. bukan juga yang pandai berkata kata. aku sendiri tak terbayang aku perlu hadapi perkara ni. 2bulan aku meronggeng di UIA, bond dengan sahabat semua dah kuat dah insyaAllah. seriesli after dapat berita jordan, aku rasa takde kekuatan.

aku mintak maaf, buat sesiapa yang merasa tersisih, terkilan atau buat dia rasa tak penting dalam hidup aku. sebenarnya deep down in my heart, aku yang merasa aku tidak penting dalam hidup orang lain. ibarat aku ada atau takde sama saja.

tapi takpe, abaikan. 

aku mohon dihalalkan segalanya, aku mohon dimaafkan segalanya, aku mohon doa doa dari semuanya. heh, bunyi tamak bukan? sorry for that. I just might die, sooner or later.

burtuQaly: it's hard to say goodbye. seriously.

Thursday, August 30, 2012

eid'12

dengan nama Allah yang menganugerahkan kemenangan,


"salam Atiqah, nanti Atiqah nak pergi jauh."
eh, basah? hujan mana pulak turun ...


burtuQaly: Allahurabbi, peliharalah keluarga ini. agar sentiasa terjaga dalam syariatMu. agar kami bersama sama masuk ke syurgaMu. :')

Thursday, August 16, 2012

surat.

dengan nama Allah yang mengetahui masa lalu,


"ingat tak zaman dulu dulu? zaman jahiliyah kita kita?"
hahaha. aku tergelak. "mana boleh tak ingat. teruk sangat."
"haah kan. kan dulu anti yang paling advanced."

dan memori terimbas, takkan pernah aku lupa ...

____________________


bas tiba di perkarangan sekolah. aku melangkah dan menapaki satu persatu anak tangga. fokus utama ingin menuju ke kelas.

"nah, dia bagi." lelaki itu mendekati, menghulurkan sesuatu.

aku menerima dan memandang pada apa yang di tangan. surat? aku tersenyum. hati sudah tahu siapa pengirimnya.

____________________


itu masa lalu aku. konon pada awalnya menjadi rahsia dengan kawan kawan. tapi akhirnya hampir satu batch tahu mengenai perkara merepek ni.

one word, kelakar.

masuk sekolah menengah, kawan aku dari sekolah lain terkejut. terkejut dapat tahu aku jadi PRS aka naqibah. sebab dia tahu masa lalu aku di sekolah rendah. katanya, "dulu bukan main nakal eh Atiqah, sekarang ... amboi."

aku tersenyum. hati manusia berbolak balik kan?


burtuQaly: dan sekarang, aku lebih tenang hidup begini. cinta pada Pencipta Cinta dan kerana Pencipta Cinta. :) Allahurabbi, teguhkanlah aku.

Saturday, July 21, 2012

hidup uia.

dengan nama Allah yang menguasai masa dan waktu,

so, apa ke sibuk sangat aku ni sampai tak sempat sempat hapdet burtuqaly?! haha jadi baiklah, these are my updates sepanjang menjadi hidupan di UIA PJ.

baju taaruf week yang awesome!
Adel dan Diba. geng kos sebilik yang selalu suruh aku nyanyi kat luar kalau nak masuk bilik.

4 kader du'at Johor out of 12.
duduk duduk dengan diorang ni tak pernah menghampakan, sebab only they know the best.

aku dan roommates ialah hisbah Atiqah.
bilik dan floor aku telah mentakdirkan aku hidup sebagai budak hisbah Atiqah, haha kelakar.

inilah perkampungan budak Hidayah.
Puteri was missing. alhamdulillah 'ala kulli hal. having them around me in UIA are God's blessing.

rehlah tarfihi PSI terbaik di ladang!
sahabat PSI yang selalu aku rindu. sebenarnya merasa sangat beruntung masuk STAM dulu.

bangga sebenarnya jadi budak Hidayah.
sanggup mengelolakan masa datang benda ni walaupun ada leadership programme wahaha.

rehlah dan explorace IKRAM UIA PJ.
first activity of IKRAM. sempat ajak Adel dengan Diba join sekaki program hoyeah ini.

group 730. ramai kan?!
ini group yang telah dikembang kembangkan menjadi sangat ramai luar biasa Allahuakbar.

group 708, the true group. 
padahal sebenarnya inilah group yang aku selalu hidup bersama kat UIA nih haha.

budak Johor kena tinggal bas.
our first night of Ramadhan at TBS. merempat kat sana dari 7.30 pm until 7.30 am. series, kelakar.

burtuQaly: alhamdulillah akhirnya punya ruang dan waktu menghapdet blog usang ini. entah bila next entry akan wujud haha. okeh so apapun have a blessed Ramadhan! :)

Wednesday, May 16, 2012

indah.

dengan nama Allah yang menjadikan segalanya indah,


alhamdulillah. masih tersisa hari hari yang indah buatku.

12may: interview MARA.

pergi ke sana dalam keadaan yang entah pape je. dan sempat pesan kat Dila, "nanti kalau kita speaking salah awak jangan gelak tau." sungguhlah banyak sangat yang kurang time tu. hoho. dan sampai saat ni aku hanya mampu tawakkal dan bergantung pada murahnya rezeki saja. kalau dapat, insyaAllah aku ke situ. kalau tak dapat, duduk Malaysia je lah. siapa kata tak best, eh Malaysia okay apa! (ayat nak sedapkan hati, ahaks.)

13may : driving class.

"mampus la kalau kau bawak macam ni." heh?! apa? saya kurang dengar la makcik. mampus?! Astaghfirullah. salah ke kalau saya ni bawak tak betul sikit, saya kan sedang belajar wahai makcik? hua betapa sedih sangat hati ni time tu, Allah je yang tau. mendengar bebelan makcik di sebelah, lagilah main hentam je aku bawak. hati dah panas, muka series ketat semacam, em sabar dan senyap je lah jalan yang terbaik. fuh fuh.

14may: plan Kajang!

teringat plan 11may yang patutnya pergi Kajang sebab nak join Ziarah Qudama' budak PSI (muka tak malu, dah keluar ada hati nak join program. ah tapi apa kisah?!) haha tapi plan tak jadi, dan terus buat plan baru. "sebelum masuk U kita kena jenguk diorang jugak." dan sekarang plan dah selamat diatur. aku dan Farah akan melepak kat Darul Wafa' yang dichentai dalam masa terdekat, insyaAllah! huh merindui diorang la seh.

16may: QTI driving test. LOL.

okeh yang ini sangat paling merepek dalam dunia. dah elok elok confidence berada di tahap yang elok, dah nak sampai dah. tetiba, enjin mati. "gear 4 mana boleh naik bukit." haha, apakah. selama ni tak pernah pernah bawak gear 4 naik bukit. nih tak pepasal time QTI la gak, aku nak buat hal. aduh mesti fail. dahlah parking pun tiang jatuh. haha. tapi, in the end, aku lulus. alhamdulillah tu rezeki namanya.


burtuQaly: hidup aku yang serabut dan macam macam jadi nih pun, seriesli aku rasa indah. ya Allah terima kasih atas segala keindahan ini. jadikan aku sebahagian dari hamba hambaMu yang bersyukur.

Sunday, May 13, 2012

rapuh.

dengan nama Allah yang mengetahui isi hati,


bila aku terpaksa melepaskannya,
bukan aku tidak sayang,
bahkan aku sudah terlebih sayang.


burtuQaly: hati, rapuhnya engkau. cubalah tahan air mata itu. akhawat tidak boleh lemah! Allahuakbar, berikanlah aku kekuatan ... aku buntu menahan rasa. 

Wednesday, May 9, 2012

hebat.

dengan nama Allah yang mengasihani,

5pm 080512 - "Nurul Hakimah Mohd Faizul Aris?" "ICU tingkat 2." langkah diatur, hati sudah bagaimana rentaknya pun aku tak tahu. dan bila pintu lif terbuka, aku dan Atip terus keluar dan mencari jalan. terjumpa Nuha Amaq Azzah Pizah Amal di luar bilik. sempat bersalaman dan berbual sebentar. aku kagum dengan mereka, masih setia di hospital dari pagi dan akan tidur di situ pula pada malamnya.

ya Allah, bila hati sudah terikat. mudah saja untuk berkorban kan?

kemudian Atip tekan bell. menunggu pintu yang terkunci dibuka. dan saat kaki melangkah masuk, aku terlihat susuk tubuh yang sangat aku kenali. dia, Hakimah. mulut terkunci, pandangan mula kabur, air mata berlinangan terus. ya Allah, sebegini hebat ujian Engkau pada Hakimah. Allahuakbar.

melihatkan wajahnya, kepalanya, tangan dan kakinya, membuatkan hati aku sangat sayu. air mata ni tak berhenti mengalir melihat dia. "Kimah, Atqh dengan Atip datang ni." "hmmm." dan bila Kimah respon, hanya Allah yang tahu betapa aku sangat bersyukur. cukuplah dengan hmmm itu, hati aku sudah bahagia sahabat.

sebelum pulang, aku memegang erat tangan Kimah, sempat membisikkan sesuatu pada telinganya. "Kimah. Kimah kena kuat tau. semua orang perlukan Kimah. Atqh kat sini, sayang sangat sangat Kimah hanya kerana Allah." air mata tak tertahan lagi, dan turun laju membasahi pipi. Allah beratnya ujian ini.

hanya orang orang yang hebat akan diuji dengan perkara perkara hebat. Kimah, kamu insan yang hebat. aku, B13 dan seluruh saudara seiman sedang menghantarkan doa buatmu. kuatlah sahabat, Dia sedang mengujimu.

burtuQaly: akhir akhir ni air mata mudah saja mengalir bila teringatkan kisah Kimah dan keluarga. alhamdulillah terima kasih ya Allah atas peringatan yang Engkau beri.

Tuesday, May 8, 2012

kembali.

dengan nama Allah yang menyayangi hamba hambaNya,

alhamdulillah masih dikurnia nafas dan nyawa.

070512, ketika aku sedang tadabbur ayat cinta Allah, terdengar bising adik adik. "kak Hafizah meninggal." masa ibarat berhenti berputar. tiba tiba aku tak senang duduk, resah. benarkah apa yang aku dengar? "kak Kimah, Dayah dengan Mairah pun ada. diorang accident." ya Allah semuanya yang aku pernah kenal. hati beristighfar.

aku menghabiskan tadabbur dengan hati yang dah pergi entah ke mana. lepas dapat confirmation dari adik, aku dah tak keruan. terus capai handphone, aku perlu telefon seseorang. "Amaq, Kimah macam mana?"

lepas dapat sedikit info, aku kuatkan diri dan terus telefon beberapa sahabat. masing masing terkejut dan tak percaya. sedangkan aku yang menelefon juga masih dalam mood menerima sahaja, belum mampu memproses. dan kemudian, aku online. aku yakin mesti news feed dah penuh cerita pasal ni. muka dah tak mengalir darah, hati sangat tak tenang. dan benarlah, Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.

kemudian, tak berapa lama lepas tu, sahabat aku call. menceritakan selebihnya yang kurang aku tau. saat itu, hanya kepada Allah lah tempat bergantung. air mata mengalir, suara dah tak keluar. tetapi di sana, sahabat aku tenang saja menyampaikan. ya Allah lemahnya aku di hadapanMu.

dan aku berehat, mengadu pada Allah tentang segalanya.

11.15pm; "jom pergi BBU. tengok jenazah." alhamdulillah, aku Abah Umi Ansh Adbh yang masih belum tidur time tu, terus bersiap siap. tangan laju mencapai mana mana baju dan tudung yang dah siap iron, dan meluncur ke BBU. di sana, suasana pastinya sangat hiba. saat terpandang jenazah ditutupi kain batik dan kain putih, hati rasa sangat sayu. kerana, aku kenal orang yang ditutupi itu. bahkan pernah saling bergurau dan bersaing bersama.

bila baca yasin, suara tak keluar, pandangan jadi kabur, air mata mula berlinangan. banyak yang aku fikirkan. bagaimana kalau akulah sahabatnya, adik beradiknya, ibu bapanya. sungguh, aku tak tertanggung kesedihan itu. ya Allah dengan rahmat kasih sayangMu, berilah ketabahan kepada mereka sekeluarga.

lepas yasin, dan solat jenazah. ibu bapa arwah kak Hafizah akhirnya datang. melihat wajah tenang mereka, aku tahu mereka sudah redha. sejurus mengurus anak anak lain di HSA, harus pula berhadapan dengan  satu lagi dugaan yang lebih hebat. pedih rasanya. tetapi hanya Allah lah yang memberi kekuatan pada mereka.

kemudian, aku berpeluang melihat wajah arwah buat kali terakhir. air mata mengalir lagi. entah sudah kali ke berapa, mudah saja empangan ni runtuh. dan saat itu, tiada kata yang lebih sesuai melainkan hati yang berterusan istighfar kepadaNya. ya Allah, terima kasih atas peringatan ini.

"tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." (alAnbiyaa':57)


dan usai majlis, aku dan family berangkat pulang. sampai di rumah 2am 080512. bila mata dipejam, terfikir arwah, terfikir sahabat yang di hospital. ada air yang mengalir. teringat muka ceria Hakimah. sambil memeluk bahu, dia berkata, "hai member PLKN kita!" moga moga awak diberi kesembuhan oleh Allah, Hakimah.

burtuQaly: ya Allah, jika kami mati, tempatkanlah kami dalam kalangan orang yang syahid dalam memperjuangkan agamaMu. - alfatihah buat arwah kak Hafizah.

Thursday, May 3, 2012

nikmat.

dengan nama Allah yang menyembuhkan,

dengar cerita kat sana, akhawat PSI semuanya batuk batuk. sampaikan sorang sahabat aku ni, time nak tidur je, bantal dia basah sebab time batuk je termenangis. kalau tak salah aku, pembawa virusnya dua orang je. tapi virusnya aktif sungguh. sampai diorang kata, ikhwah pun tak terselamat jugak dari virus tu. hoho tergelak jugak. tapi nak buat camne, kata saudara seiman. sakit tenat kenalah kongsi sama sama. ahaks.

dan alhamdulillah. aku jugak sebahagian dari mereka. lepas balik dari daurah LKD, aku serabut semacam. mula dengan bersin tak habis habis, selsema dengan batuk pulak datang. suara pun macam sengau serius buruk semacam je. aku ingat macam okay la hidup masih boleh diteruskan. so aku pun pergilah program DnT, hoyeah.

kat sekolah, ada daurah adik adik. itu batuknya tak parah lagi. tapi ada yang kata, "buat bising je keje eh." haha dan esoknya kat masjid taman U, seriesli bilik seminar tu bising dengan batuk je. tenggelam suara penceramah. haila. sungguhlah aku rasa macam titik hitam di kertas putih, menyemak je. haha. sampai kawan aku yang budak PSI dulu dulu pun perasan, "bawak balik virus dari PSI ke?"

dan esoknya, kepala berat. hokeh rasa apakah ini? tak lain tak bukan inilah demam. badan pun dah panas semacam. cool cool. dan akhirnya, berjaya melalui semuanya dengan elok. sampai rumah terus buat aktiviti zzz. dan sampai sekarang, aku duduk rumah je. kelas driving yang tinggal sikit jam je lagi pun tak rasa nak pergi sebab kepala dah berat pastu nak tadah telinga dengar pakcik sebelah marah stereng tak betul, tak tekan clutch sampai habis, signal tak bagi dan bla bla bla. hoh, tak sanggup aku nak tahan.

apa pun, aku percaya - "Dan nikmatKu yang manakah Kau dustakan?"

burtuQaly:  seriesli sakit tu nikmat.

Wednesday, May 2, 2012

gemuk.

in the name of Allah al'Alim - The All Knowing.

"woooooo, ada yang lebih gemuk? adakah anda?!"

dulu, aku ni cumalah baby kecik yang gemuk. lebihan lemak di merata tempat, juga dengan air liur yang mengalir bagaikan sungai -okay jangan bayangkan please. ehem. so, adakah aku merancang untuk lahir sebegitu comot dan gemuk? sesungguhnya merepek lah kalau aku kata ya.

time tu, aku taktau apa apa, ni semua kerja Allah. Dia keluarkan aku dari perut ummi yang comel tanpa aku tau time tu kena keluar. alih alih, budak gemuk yang comot lahir. pastu, dengan muka innocent aku, tetiba aku dapat hati, pendengaran dan penglihatan. aku serius blur okeh.

aku pun tanya kat ummi (dengan bahasa baby aku - nangis), "ummi, kenapa Allah bagi semua ni?" tapi, ummi tak faham bahasa aku, ummi buat dono je. aku nangis lagi. so, aku pun bertekad dengan gaya orang yang super yakin untuk cari jawapannya bila aku dah pandai guna bahasa lain nanti. 

dan ... aku lupa nak tanya kat ummi!


baru je tadi, sedang aku bersiar siar kat internet, tetiba aku jumpa jawapannya; "Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur, berterima kasih." (anNahl:78)

"oh Allah nak aku jadi hamba yang bersyukur rupanya." 


burtuQaly: entry ni inspired from ayat cinta Allah tu. hoho. Alhamdulillah terima kasih Allah atas segalanya. aku mohon jadikan aku dalam kalangan hamba hambaMu yang bersyukur.