Wednesday, July 21, 2010

sabar.

in the name of Allah alHakim,



S A B A R. suatu perkara yang selalu dijadikan peringatan. tetapi sayang, tidak semua yang diingatkan mempraktiskan. kerna sabar itu indah, dan yang indah itu susah, tetapi hakikatnya itulah ibadah. ibadah itu di manamana boleh dibuat. kalau di sekolah, sudah pasti kamu akan beribadah. tetapi ibadah yang satu ini, sudahkah kamu penuhinya di sekolah dalam situasisituasi di bawah?;


pertama.
ketika beratur di koperasi. memang patut sabar sebab queue di bahagian banat sangatlah panjang. dan juga bila orang depan lembab sangat beli, padahal pengawas koperasi depan mata tanya nak beli apa, lepastu cakap masih dilemma nak beli mee kasar atau mee halus, dan akhirnya telah menyebabkan ketidakefisiennan jualbeli. lastlast orang belakang panjang tangan terus ambil apa yang dia nak. orang depan pun tengok orang belakang dengan pandangan menjengkelkan kerna menganggap orang belakang taksopan dan tiada adab apalagi kesabaran. dalam situasi ini, duadua bersalah dan bermasalah. jadi, semua orang patut mengambil langkah bijak untuk memikirkan makanan yang patut dibeli semasa proses beratur. jika tiada persefahaman antara keduadua belah pihak, apa yang boleh dibuat? SABAR saja.

kedua.
ketika pembelajaran yang sangat tak diminati dan bosan. pastinya dalam tempoh tu lah, jam adalah benda paling menarik untuk ditatap. tapi, hobi ni patut dimansuhkan dan cuba fokus walaupun kefokusan itu membawa pada tidur yang mengasyikkan. dan kalau tertidur, jangan sambung tidur dengan letakkan kepala atas meja, sebab nampak sangat sengaja tidur bukan tertidur. cuba cari insiatif lain untuk terus fokus. kalau tetap takboleh, pergi tengok jam sambil berSABAR. nescaya takngantuk. hypothesis ini adalah benar dan dibuat berdasarkan pengalaman sendiri.

ketiga.
ketika nak naik tangga sampai tingkat tiga. wajib SABAR dan memang kena teruskan perjuangan sampai atas. kalau siapa yang lemah semangat, cari kekuatan dulu sebelum naik. sebab nanti boleh semput dengan kadar semangat kat tingkat tiga. macam fenomena yang berlaku pada banat formfour; bila naik dengan beg yang berat. dah sampai tingkat dua okay lagi, tak pegang rail dan masih tough. tapi bila nak naik tingkat tiga. masingmasing dah pegang rail sambil jalan terbongkokbongkok. observation ni serius taktipu, malah dilihat dari bawah. memang membongkok. lepastu, bila dah sampai atas, tarikhembus nafas macam baru habis marathon. walau dah sampai kelas, penat tak sudah. memang tangga yang tough plus menguji keSABARan.


sabar bukan perkara mudah, tetapi yakinlah dengan janji Allah; selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. maka amatlah baiknya balasan amalmu. [arRa’d:24]