Saturday, January 7, 2017

2017.

bismillahirrahmanirrahim, 


2017.

selamat cikgu,
jadi ihsan dan ikhlas,
untuk sekecil hingga sebesar mana.

kuatkan kesabaran,
jangan sesekali meletakkan batas.
sesaat lagi sabar Tuhan pasti mengira.

kejar bahagia,
syukur dengan apa ada,
engkau yang memilih bahagia itu bila.

percaya pada Tuhan,
yakin dalam setiap langkah,
Dia ada.

okeh dah ready?
tarik nafaaas lepas tarik nafaaas lepas,

go.

Thursday, April 7, 2016

sekolah.

bismillahirrahmanirrahim,



festaim jadi cikgu and hari pertama dah macam nak mati.


berapa banyak energi diorang semua nih ada haha kenot brain. melompat menyorok bawah meja berlari kejar paciku sana sini ya Tuhannn masa mengajar banyak habis kat kejar budak dan suruh duduk je, aku kesian betul yang jenis baek muka lurus tengok je kawan kawan dia berlari haha.

belum masuk part jaga mentee yang semuanya 19aulad serius lah huru hara last last aku join main sekali dengan diorang. sekarang tengah viral game dulu dulu paciku, like setiap waktu aku masuk gerenti ada yang main. pastuh sorang sorang duk beratur nak beat aku, kononnya kalau kalahkan ustazah kira power ah.


dan, aku tak geng sangat dengan banat. diorang jenis ramai yang duduk diam dengar elok elok kalau aku cakap. tapi part annoying boleh tahan ah, kebanyakannya nak perhatian je dia taknak kawan saya dia merajuk awak buat saya dll, gaduh nak tolong angkat buku ah, rajin tulis nama bebudak nakal dan suka peluk peluk fuhhh kenot.

seriusss setiap diorang terlalu suciii boleh nanges tengok muka semua takdak dosa lagi. benda benda kecik pon suka tanya contohnya seperti kena selang ke, kalau tak muat nak buat mana, kena garis tepi ke. dan paling aku kelakar minum air pon mintak izin oh nampak macam comel tapi haha kalau dah setiap minit.


bila habis waktu sekolah aku suka lepak tempat tunggu bas cari geng sembang, sambil perhati anak anak nih duk berlari kejar kejar melompat lompat bila bas sampai gelabah dengan beg besar dia. yang jenis selalu kena tinggal bas pon ada siap setiap hari ustazah akan cari dia supaya dia tak gi memana.

dua minggu ganti sekejap nih penat aku gelak. dalam kelas pon susah marah pasal tengok diorang seketui seketui dengan muka memasing bila tak faham bila berlari pastuh dengan gaya macam macam hadeh lawak takleh blah. 

apapon, aku boleh kata banyak aku belajar dari diorang.


lasssttt, didoakan moga Allah berkahi semua cikgu yang sangattt sabar mentarbiah dan Allah jaga anak anak ini dalam keimanan. inshaAllah end up besar nanti semua akan jadi someone hasil pentarbiahan nih, cayalahhh! :D

Thursday, March 3, 2016

110:3

bismillahirrahmanirrahim,


110216,
syariah's graduation,
@ yarmouk university, jo.

(110:3)

subhanallah,
alhamdulillah,
astaghfirullah.

telah habih satu fasa dalam kehidupan,
dan berbaki banyak lagi kat depan.

satu hakikat,
medan sebenar dah realiti.

next step?