Friday, December 31, 2010

dulu.

in the name of Allah alBaatin,

entry ini dibenarkan untuk muntah.




ya aku tau, gambar di atas semuanya perempuan habis ah. memang gambar gambar ni tak patut wujud kat blog aku yang skema ni. tapi sekarang aku nak buat pengakuan yang lebih pahit daripada kopi yang tak ditaruk gula. baiklah, sebenarnya semua tu pernah jadi header blog aku sejak July 2008. okay memang patut muntah sekarang lepas baca ayat tadi.

tapi tu baru sikit sebenarnya. kalau kau baca entry aku zaman dulu dulu, lagilah kau muntah hijau. memang astaghfirullah aku pun tak tau nak kata apa.

dan sekarang ni, alhamdulillah aku bersyukur sangat ALLAH beri hidayah untuk aku berubah menjadi hamba yang lebih sedar diri. aku start dari zero. dulu aku pernah je post pasal aku rindu kat sorang lelaki ni. isk, sungguh aku sangat jahat dan kejam dengan jiwa aku. T__T

ya ALLAH, aku telah menzalimi diri sendiri. tanpa ampunan dan rahmat dariMU, sungguh aku termasuk dalam kalangan orang orang yang rugi. ampuni aku ALLAH.

burtuQaly: aku menghilang untuk beberapa hari sebab aku ada bengkel perancangan PRS 2011 kat sekolah. moga segala perancangan unit Pembangunan Murabbi, Dakhili, Khariji, PENERBITAN :D, Ekonomi dan Mar'atul Yaum diberkati ALLAH dan dapat dilaksanakan dengan baik untuk menyebarkan tarbiyah di sekolah. kita merancang, ALLAH juga merancang. tetapi yang terbaik itu sentiasa datang daripada ALLAH kan? hmm moga ALLAH redha. :)

Saturday, December 25, 2010

berlari.

in the name of Allah azZaahir,


life is like a puzzle with it's difficulties and missing pieces. (unknown)

syukur dapat keluar berlari di bumi cinta yang ALLAH jadikan. sebelum ni, terperuk dengan kelas aircond sampai sejuk boleh buat tidur nyenyak je. okay senyap. haa, petang tadi ada program Ikram, explorace MPJBT. patutnya budak JB Tengah dengan Pontian je la kot yang pergi. tapi bila dah ada yang ajak dan nama program pulak explorace, memang la budak Senai ni gedik nak ikut sekali.

baiklah, secara overall nya memang dapat penat yang subhanallah serius. dapat clue checkpoint tak sempat nak menari nari macam kartun Blue's Clues, terpaksa berlari paling semangat sebab siapa cepat dia dapat dan semua kena pergi arah yang sama pulak tu. memang menguji stamina sungguhlah, dah turun berapa kilo pun kurang pasti. haila.

"wei, korang ni macam takde semangat langsung je. semangat la sikit budak Hidayah!" kumpulan Lady's Finger memang cepat semangat tapi cepat pulak turun semangatnya. nak buat macam mana, memang Azzah Atiqah Syifa' Muna memang macam tu. tapi poyo poyo kitorang pun, menang dapat nombor 1 antara semua kumpulan weh. eh, alhamdulillah.

dan bestnya explorace ni, sebab clue untuk ke checkpoint guna surah dan ayat dalam alQuran. pandai pandai la teka sendiri tempat tu kat mana. haa, benda ni yang buat aku tersentuh. sebab okay, analogi aku lah, explorace tu macam kehidupan. ada permulaan dan pengakhiran. dan diantaranya perjalanan. sepanjang tu, semua orang kena jadikan alQuran sebagai petunjuk sehinggalah akhirnya mendapat kemenangan abadi iaitu syurga Ilahi.

tapi masalahnya, manusia begitu ke? bukankah kebanyakannya masih berjalan di bumi ALLAH dengan sombong dan angkuh? (Luqman:18) dan cuma sebahagian kecil yang sedang berjalan di bumi ALLAH dengan hati yang merendah? (Furqan:63) haa ingat, kita ni cuma HAMBA. yang hanya diciptakan daripada setitis air mani yang hina, bahkan sangat hina. 

burtuQaly: explorace MPJBT serius terbaik lah! benda ni mengajar aku bahawa tanpa petunjuk, tak mungkin aku boleh hidup sehingga ke hari ini. terima kasih ALLAH atas kasih sayangMU :) kawan kawan, ayuh refleksi, muhasabah dengan iman masing masing okay!

Wednesday, December 22, 2010

rajin?

in the name of Allah alAwwal,


alhamdulillah, hari ni aku dah start kelas tambahan dengan bahagia. walaupun tadi tertidur sikit je time Physics. adeh, aku rasa pelik betullah dah nak form5, sebab aku masih rasa muda. padahal sebenarnya tinggal lagi setahun je sekolah dan lepastu aku dah kena jadi alumni. haish, memang masa ni nak main kejar kejar dengan aku rupanya. harap harap aku dapat tangkap masa sebelum dia lari lebih jauh.

baiklah, aku akan open the door atau maksud tersiratnya straight to the point bak kata Mae. secara jujurnya, aku masih rasa azam aku belum cukup kuat untuk menghadap paper SPM. walaupun tadi dah start kelas, dan dah dapat kerja rumah, aku masih teruskan aktiviti harian aku iaitu berfoya di depan laptop. dan sikit rasa rajin untuk siapkan graph Physics pun masih belum wujud di sanubari aku. haila.

tapi lepas aku kaji balik kehidupan aku atau bahasa mudahnya muhasabah, timbul ismul istifham di hati aku. aku ni sebenarnya hidup kerna siapa? untuk apa seh? sepatutnya, aku hidup kerana ALLAH dan aku hidup untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya semata. tapi kenapa aku masih begini? kalau benarlah aku sudah tahu matlamat hidup aku, tak mungkin rasa malas sebegini hebat tebalnya dalam diri aku.

ya ALLAH, ampuni aku.

burtuQaly: moga dengan usaha yang sedikit untuk melahirkan entry ni, berjaya membuka hati hati yang kurang sikit je rajin di sana insyaALLAH. :D *okay Atiqah, sila shut down laptop dan siapkan graph Physics, nanti ustazah tak redha susah pulak. kata misi ingin ke Jannah, mestilah kena beramal kerana ALLAH. ingat syurga tu free free ke ALLAH nak bagi? adui, dah dah, bye.

Tuesday, December 21, 2010

epilog.

in the name of Allah alMu'akhir,


ini bukan section pesan nenek, macam kat buku SOLUSI tu. ini cuma keratan memori di kem tahfiz 2010 untuk dikongsi bersama. semoga bermanfaat buat semua. :)

ceria mereka yang membahagiakan.

adik adik form1. korang batch tahfiz paling ramai rasanya pernah jumpa. ada 17 plus Umaimah lagi sorang. haa, nanti kem tahfiz tahun depan jangan nakal banyak sangat ye. sikit boleh. pukul 9 tepat, semua mesti terus ambil Quran dan hafal. lagi awal lagi bagus. jangan suka suka je nak buat rancangan truth or dare lah atau apa time semua tengah sibuk goyang goyang ngaji. okay? 

jumlah yang sikit tapi memaknakan.

adik adik form2. ada 8 sebenarnya, sorang lagi Qurratu. walaupun dulu ramai, dan sekarang dah tinggal sikit. takpe, jangan risau. kena jugak thabat eh! kan semua ni hebat hebat belaka. ehm, tapi cuma satu je yang korang gedik. lain kali nak makan makan tu, ajak orang lain sekali ye. hekhek, kitorang form4 selalu je perasan korang asyik bukak jajan time rehat yang semua orang tengah tidur tu. :P

semangat mereka menginspirasikan.

adik adik form3. complete 10, tapi ada la sikit sikit yang tak datang. korang memang hebat. sentiasa bersemangat untuk hafal, murajaah, games. memang terbaik la. akak akak form4 selalu jadikan korang teladan, sebab kitorang memang boo. nanti tahun depan, buat kem tahfiz yang lagi BEST SUPERB TERBAIK semuanya lah, okay? biar adik adik akan ingat, fighting yeah!

bising bising kami yang melengkapkan.

kawanan form4. sorang lagi tak datang, Aina. walaupun ada 5 orang je, tapi muka muka ni lah yang selalu buat bising. masa form4 tidur musolla guru, adik adik semuanya tidur awal. bila kitorang tidur musolla banat, semuanya tidur lambat sebab kitorang asyik gosip je kat belakang tu, bising. lepastu, dahlah asyik tak masuk kelas. adeh, nanti jadi lebih matang ye adik adik ketika form4, bukan macam kitorang. :D

burtuQaly: sungguh aku sedih bila tengok balik gambar gambar dan video kem tahfiz. sebab nanti kalau nak pergi lagi dah tak boleh. apa pun, alhamdulillah, aku bersyukur atas kebahagiaan ini. aku mohon ya ALLAH rahmatilah keluarga ini dengan kasih sayangMU, tetapkan kami di jalan ini.

Sunday, December 19, 2010

kemtahfiz'10.

in the name of Allah alMuqaddim,

aku merindui kem tahfiz 2010 sangat sangat. macam masih tak dapat terima kenyataan bahawa tahun depan aku dah form5 dan tak boleh pergi lagi dah kem tahfiz akhir tahun. argh setiap kali kem tahfiz, walaupun macam malas nak pergi tapi nanti last last mesti gedik nak pergi lagi sebab memang kem tahfiz akhir tahun paling terbaik lah! tsktsk, kem tahfiz.

haa, bagi kau dan kau yang bukan tahfiz, mesti pelik ek aku kata kem tahfiz memang best? sebab alah kem tahfiz ni kerjanya menghafal, mengulang, menghafal, mengulang, solat sunat, qiam je tak habis habis untuk beberapa minggu. mana ada boleh tengok tv, dengar radio, duduk depan laptop berjam jam. mesti kau sendiri pun akan kata bosan gila. tapi, secara jujurnya aku kata itulah yang membahagiakan kami. kerna dari itu kami boleh mencintai ALLAH dengan lebih lagi.

bukan je kami dapat cinta ALLAH (insyaALLAH), cinta manusia pun dapat. senior junior semuanya sama je, cuma dipisahkan dengan panggilan akak dan adik. dah takde istilah gap lagi antara setiap batch. sungguhlah, ukhuwah yang didasari kerana ALLAH itulah yang termanis. dan ukhuwah itu ada di kem tahfiz. sebab tu lah rasa haru je nak balik dan tinggalkan semua orang. isk.

pengakuan jujur aku, kem tahfiz memang kenangan terindah sampai bila bila.

burtuQaly: adik adik form 123, akak akak form4 pasti akan merindui korang. moga kita sama sama tetap istiqamah di jalan ini. kerna jalan ini bukan dihamparkan dengan permaidani merah, tapi ditaburi dengan duri duri yang menguji. uhibbukunna fillah abadan abada. :)

Monday, December 6, 2010

pergi.

in the name of Allah alMuqtadir,




bila tengok semua keluarga aku tergedik gedik (kecuali abah dengan ummi) pack baju semua untuk balik kampung, memang la aku sedih weh, sebab aku bukannya ikut balik sekali! kampung dahlah tempat terbaik aku yang memang BEST dan aku bangga sampai bila bila. argh memang kalau tak balik kampung, aku merasakan hati aku patah betul lah. hish, tapi dah takde guna aku nak pergi kejar diorang ikut balik kampung sekali, sebab dah jauh dah. lagipun kat JB ni, aku ada misi la wei.

ya, aku ada misi. ingat aku senang senang ke nak bagi diorang pergi dengan muka gedik (kecuali abah dengan ummi sekali lagi) tanpa bawak aku sekali? aku kena pergi kem tahfiz la kat sekolah. dan kem tahfiz bukannya satu dua tiga hari tapi sampai 14 hari la seh. haa, ingat main main ke aku kat JB ni, aku kena jadi orang tabah tau. dan kerna itu lah aku sedih betul, aku kena buat pengorbanan.

pengorbanan antara kebahagiaan dan kesengsaraan. okay,  bukanlah aku nak kata, kem tahfiz tu mendera aku sampai aku nyawa nyawa ikan jadinya. cuma DISIPLIN. ya disipilin tu yang buat aku sengsara sikit. mana ada laptop, mana ada tv, mana ada novel, mana ada masa lapang lagi! yang tinggal cuma, basuh baju, hafal hafal hafal, murajaah, dan semuanya tentulah akan pack. argh mungkin kalau kau yang dah terbiasa dengan semua hiburan itu akan gila kalau berada kat situasi aku. tapi takpe, aku dah biasa dan aku masih hidup sampai sekarang, alhamdulillah.

kau tau macam mana aku boleh hidup? haa sebab kem tahfiz banyak ajar aku perkara. walaupun setiap hari buat benda sama. tapi hari hari yang aku pernah aku lalui di kem tahfiz tak pernah sama. semuanya mesti ada memori sendiri yang tercipta. dan setiap kali kem tahfiz, secara jujurnya memang memori terindah la kan, dan aku sangat bahagia sebenarnya. sebab aku rasa lagi dekat dengan DIA. lagi dekat dengan kawan kawan, senior junior kerana DIA. sungguh benarlah yang ALLAH firmankan, dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang. (arRa'd:28)

aku rasa bertuah betul. yelah, tak ramai manusia ada peluang macam aku. cuti ni, mana ada orang nak susunkan masa kecuali diri sendiri. tapi aku ni haa, ada yang dah susunkan. aku tinggal ikut je. dahlah masa yang disusun untuk aku tambah pahala je. hish kem tahfiz ni baik betul lah. aku patut sayang kem tahfiz sekarang. dan aku dah tak patut sedih, kerna aku tahu DIA dengan family, DIA lebih penting untuk aku hidup sampai syurgaNYA. :)


burtuQaly: salam ma'al hijrah buat semua! moga 1432H lebih baik daripada 1431H! JOM JADI BAIK! :D hmm, insyaALLAH lepas ni, kau dah takyah baca bebelan aku di blog ni untuk dua minggu, sebab aku kena pergi untuk masa depan yang lebih diredhai ALLAH. haa, kau tu. jangan buang masa, pergi buat benda baik cepat! okay, bye semua, bye blog. T_T

Saturday, December 4, 2010

sarawak.

in the name of Allah alQaadir,

burtuQaly: alhamdulillah, finally we arrived at Kuching, Sarawak. :) doakan ya supaya kami masih dapat pulang ke JB. hish, air yang dicincang tak akan putus, sesungguhnya aku rindu family di Johor. :P

Tuesday, November 30, 2010

sayang.

in the name of Allah alAhad,

okay mungkin macam lawak seh aku nak post pasal budak sebelah aku ni. tapi sebab hari ni 30november dan entry aku yang lepas adalah pada 28november. maka aku nak update. jadi, hai Anisah. selamat hari lahir. moga dengan usiamu yang semakin bertambah, imanmu juga turut bertambah. ameen. :)

okay aku memang skema. ayat tu memang habis kat situ je. takde sambungan macam "I love you, hikhik." ataupun "Atiqah sayang Anisah sangat!" ataupun apa apa la. aku taknak. sebab aku entah. ego mungkin, haha. hish apa aku kisah. bagi aku, untuk menyayangi seseorang, kau tak perlukan madah berkias, kata kata hikmah atau segala bagai. tapi hati tu. hati tu lagi penting ye kawan kawan. kalau cakap sayang tapi hati tak ikhlas, sorry la aku cakap, tapi baik buang sayang kau tu dalam tong sampah. kerana mungkin kau sayang dia kerana harta? atau rupa? atau dunia semata? sia sia lah.

dan satu benda yang lari topik sikit tapi kira fenomena la yang berlaku kat dunia ni mungkin. luahan sayang itu lebih banyak ditujukan kepada sahabat berbanding keluarga sendiri. haaa, betul kan? okay aku taknak tunggu jawapan macam Dora The Explorer atau Blue's Clues. tapi bagi aku BETUL!

kalau dalam family. kau jumpa hari hari, mungkin lama lama pun bosan. lagipun, sejak dilahirkan lagi, kita dah dibesarkan dengan diorang. jadi macam "okay, takpe esok jumpa lagi." tapi lain pulak kalau yang duduk asrama. sebab dah lama tak jumpa, mula lah SMS, "mama, adik rindu mama! nak balik rumah. kat sini bosan la. T_T." atau "kirim salam peluk cium along ye untuk diorang. argh rindu seh semua orang!" lepastu bila dah balik rumah, perangai sama je, mana ada jiwang jiwang. ego kan?

entah, bagi aku. sayang tu lebih senang untuk diluahkan kepada sahabat sendiri. sebab, mungkin pada awalnya semua orang tak kenal masing masing dan bermula dengan asing. hmm, kalau nak kiss pipi pun tak kisah kot. tapi kalau dengan family, mungkin sikit je kot manusia yang buat macam tu. ahh aku pun tak faham la kenapa. tapi mungkin sebab faktor sebaya. hmm, ya! sebab dalam family selain kembar semuanya bukan sebaya. jadi fikiran lain lain. hmm mungkin sebab tu kot.

haha dunia ni memang pelik kan? tapi takpe, asal sayang tu masih ada. haa, aku setuju dengan quote ni; when you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses.  (Joyce Brothers) yeah betul betul. kalau aku sendiri la kan, untuk pilih antara holiday dengan family atau kawan kawan. aku prefer family la. sebab family aku best. :) ye, aku tau. family semua orang best bukan aku je =='.

tapi kan. sebelum sayang diorang. kena ingat balik lagu ni.
satu satu saya sayang ALLAH. dua dua sayang RASULULLAH. tiga tiga sayang ibu ayah. satu dua tiga sayang semuanya.
kalaulah dengan cinta manusia itu melebihi cinta kepada ALLAH dan RASULNYA, maka iman kita belum cukup sempurna. buktinya; "tidaklah beriman (secara sempurna) salah seorang dari kamu sehingga AKU lebih ia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan segenap manusia." (HR alBukhari) so, put ALLAH first okay?

burtuQaly: untuk katakan sayang pada family, aku lebih suka katakannya di alam maya. atau lebih telus, dalam hati sendiri la. okay, aku sayang family aku. :) alamak, runtuh ego aku. haish.

Sunday, November 28, 2010

berubah.

in the name of Allah alWaahid,


alhamdulillah, aku dah tahu result semester dua. dan aku berpuas hati la walaupun takdapat 7A+ macam orang tu. aku cuma 2A+ je, haih bersyukur atiqah bersyukur. tapi apa pun sekurangnya ada peningkatan la. dah takde fail dan semuanya lulus, termasuk addmath! infinity thanks to ALLAH :)

oh ya. sebenarnya lepas tengok result, aku baru sedar satu perkara. aku ni bukanlah seorang manusia yang berotak lembab sangat pun, cuma pemalasnya aku astaghfirullah hanya ALLAH yang tahu. mungkin kalau aku cuba berubah, hidup aku akan jadi lebih baik. okay bukan akan tapi memang akan jadi lebih baik, dengan izinNYA.

ye lah, sebab manusia sentiasa akan berazam untuk menjadi yang lebih baik. sebab baik memang best. haa, dulu dulu time sekolah rendah aku belajar aqidah. untuk mendapatkan hasil yang baik, pertama mesti takut dan berharap, kedua berusaha dan berikhtiar dan terakhir tawakkal dan berserah. aku masih ingat sampai sekarang sebab aku pernah kena suruh berdiri sebab tak ingat apa tiga benda tu, lepastu ustazah suruh ulang banyak kali. haha, apa pun, terima kasih ustazah.

dan aku percaya, yang aku belajar tu semuanya betul. cuma kekuatan untuk mempraktiskannya je kurang ada. haish. tahun depan dah form5 la seh, dah besar boleh kahwin dah sebenarnya. kalau aku takde semangat untuk berubah menjadi lebih baik, nescaya hidup aku akan menjadi parah dan mungkin akan dibedah oleh doctor heli. haha, code blue!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (arRa'd:11)

okay berbalik kepada topik. tentang berubah. tadi aku macam biasa la kan online facebook, dan aku tertarik dengan satu post entry yang dikongsikan oleh sahabat aku. dan entry tu ditulis oleh seseorang yang bagi aku cukup luar biasa. kerna apa? haa, kerna dia seorang muslim yang berubah. berubah menjadi yang lebih baik.

daripada free hair kepada bertudung. bukankah itu perubahan yang cukup sukar bagi seorang perempuan yang sudah biasa tidak bertudung? dan sebenarnya untuk istiqamah itu lebih susah. kan? dan dia, bagi aku mungkin belum berubah secara total, tetapi semangat yang aku lihat dalam penulisannya, buat aku merasa kerdil walaupun dia cuma bertudung pendek dan aku pulak bertudung labuh.

sungguh, aku sangat kagum dengan insan yang pernah berubah. kerna macam yang banyak kali aku ulang dalam blog; berubah itu bukan mudah. aku pernah cuba nak berubah, jadi baik. tapi lepastu buat lagi benda jahat tu. lepastu jadi baik balik, dan lepastu buat jahat balik, dan baik balik, dan jahat balik, dan baik balik, dan begitulah seterusnya sehinggalah akhirnya aku menjadi begini. okay, takyah persoalkan begini tu macam mana. orang yang kenal aku mungkin lebih 'arif dan tahu. hmm, mungkin.

untuk kamu yang sedang melakukan perubahan ke arah kebaikan. ingatlah, semakin kita mendekatiNYA, semakin banyak kita diujiNYA, kerna kita disayangiNYA. maka, tetaplah dengan jalan ini, ISLAM.


burtuQaly: selepas tengok code blue. aku tengok jugak code blue season 2! okay, kalau nak kata aku kemaruk pun tak kisah la kan, tapi yang penting aku dapat banyak moral values. dan paling penting, cerita dia banyak scene sedih sedih yang menginsafkan sampai aku menangis secara serius. hish BEST la, semua orang kena tengok. terutamanya budak BIOLOGI. haha. :D

Friday, November 26, 2010

alkisah.

in the name of Allah alWaajid,

alhamdulillah, selamat pulang ke Johor daripada Kedah. sesungguhnya nadwah sangat best! banyak sangat ilmu yang aku dapat, dapat jumpa kawan MUSLEH yang sangat ramai, dan paling penting dapat pengalaman pergi ke nadwah. :) haa, ini antara yang menarik untuk dikongsikan. tapi tak paksa, sebab entry ni sangat paaaanjaaang! moga bermanfaat untuk semua.



wakil sekolah.

pelajar yang pergi ada seramai 20 orang. 10 banin, 10 banat dan 2 orang guru pengiring. wakil banin; Saifullah, Huzaifah, Mursyid, Yaqin, Aminudin, Muaz, Irsyad, Farid, Aiman dan Farhan. wakil banat pulak; Nabila, Raihan, Atiqah, Fitriyyah, Awatif, Nadhirah, Maisarah, Syahirah, Ahidah dan Syaima. guru pengiring; Ustaz Iswan dan Ustazah Kartini.

sesungguhnya aku sangat rindu ukhuwah kita kita di sana. kalau ada yang sedih, mesti ada yang memujuk. kalau ada yang lemah semangat, mesti ada penguat semangat. kalau ada yang gurau terlebih, mesti ada yang mengingatkan. kalau ada yang tertidur, mesti ada yang kejutkan. memang ukhuwah kerana Allah itu akan tetap indah sampai bila bila kan?

perjalanan di jalan raya.

daripada Tol Jati, semua orang kena berjalan untuk makan pagi sebab semua dah lapar. jadi, memang takyah tipu la kan, sangat malu. dengan beg yang besar, pakaian bergantungan, semuanya nak kena bawak sekali. jalan dahlah jauh lepastu banyak kereta kat mana mana dan yang bestnya kat situ ada traffic light. memang tebal muka je masa jalan ramai ramai. haish.

TBC.

okay sebenarnya masih blur lagi dengan TBC tu sebenarnya stand for what. tapi program dia berunsurkan riadhah la. banat main macam macam. contohnya untuk hari pertama; batu sanad dan nombor. lepastu hari kedua; bom bom, jambatan dan tepuk tepuk. memang menarik paling. terbest setakat ni, batu sanad. hmm, tapi macam tak best sangat kalau nak main dekat sekolah sebab semua orang dah kenal kenalan, jadi senang la kan kalau nak main.

pidato masa senggang.

pidato ni tak kisah lah kan siapa siapa. sekolah Hidayah JB alhamdulillah hantar ramai wakil. tapi memang kena pandai tarik perhatian orang sebab ye lah masa senggang, contohnya, masa orang lain tengah makan dan masa penceramah tak datang lagi. pidato ni yang pastinya nak didik kepimpinan yang proaktif di sekolah nanti kot. insyaAllah.

tidur di asrama.

banat memang best la dapat tidur atas katil. sorang satu pulak kan, memang alhamdulillah banyak banyak. tapi ada kelemahan jugak lah. contohnya, memang banyak sangat nyamuk merata rata kacau orang tidur, sebab ada tingkap yang takde kaca. memang tahan la kan kena gigitan kejam yang dilakukan. ada yang sampai tak boleh tidur, dan ada yang tidur cuma beberapa minit je. lepastu ramai yang bangun awal untuk mandi sebab takboleh sambung tidur dah. agak tragis lah kejadian ni, tapi cuma untuk satu malam je lah. malam kedua okay sikit kot.

forum MPP.

ahli panel terdiri daripada peserta nadwah sendiri iaitu wakil sekolah dari Hidayah JB, Aman KB, al-Amin Gombak dan moderatornya al-Amin Bangi. antara isu yang dibangkitkan ialah masalah masalah sekolah, punca kenapa masalah berlaku dan cara untuk atasi. rupanya, memang masalah setiap sekolah akan sama walaupun sehebat mana.

pembentangan manifesto.

overall memang best. sebab dapat dengar apa perubahan yang pelajar nak buat untuk sekolah tercinta masing masing. menariknya, setiap pembentang manifesto sekolah mesti bentangkan ikut gaya berpidato dan menghabiskan pidato bila dah habis 7minit. lepastu, paling terbaik kalau takyah tengok teks dan slide dekat depan. memang akan menang la kalau macam tu. Hidayah JB dapat anugerah manifesto kedua terbaik. alhamdulillah.

MPP MUSLEH.

hmm, setiap sekolah mesti hantar 2 orang wakil, 1banin dan 1banat. ada 15 calon banin dan 15 calon banat untuk diundi. tugas MPP MUSLEH ni entahlah ek. tapi diorang mewakili MUSLEH dan akan rangka aktiviti aktiviti yang berkaitan dengan MUSLEH, contohnya nadwah 2011. keputusan undian masih dalam proses dan belum diberitahu.

amazing race.

semua wakil daripada Hidayah JB dipecahkan kepada 2trip. aku pun kurang pasti kenapa mesti dibahagikan. okay, yang pertama akan gerak pukul 7.45 malam dan trip kedua gerak pukul 10.45 malam pada hari sama. trip pertama orang orangnya duduk area sekolah dan impian jaya, so diorang kena gerak cepat sebab nanti takde transport. entah macam mana pun aku kurang pasti. trip kedua pulak, ada masa untuk berjalan jalan sekitar SP dan shopping.

dan alhamdulillah aku di trip kedua yang hanya tinggal 4banat dan 6banin. so ustazah bawak kitorang jalan jalan kat Fatimah Bakery dan makan malam di Restoran Hussain Nasi Kandar. yang bestnya, ustazah baik belanja banat makan tosai dan apam yang semua tak pernah rasa selama hidup. lepastu kitorang jalan lagi kat Billion. belikan ole ole untuk ustazah dan orang orang trip pertama yang hanya boleh mengharap boleh jalan jalan tapi tak kesampaian.

yang amazing race nya bila ustazah nak kitorang shopping laju. padahal masa tu kitorang tengah beli tea set untuk ustazah dan taknak bagi tau dan nyorok nyorok beli. siap ada taktik untuk tarik perhatian ustazah supaya tak ikut kitorang beli sekali. bila ustazah macam dah panggil panggil suruh turun, kitorang semua dah gelabah. "eh belum beli pembalut hadiah dan salotape." aiseh, terus naik escalator laju laju lepastu akhirnya sempat beli.

lepastu hujan. waa sedap la kan. dah la kitorang kena jalan jauh untuk pergi solat. semua dah basah je kan lari dalam hujan. bila dah sampai masjid, lega. solat jama' takhir dan tunggu hujan reda. tapi alangkah sedihnya, bila hujan tetap maintain lebatnya. semua macam taktau nak buat apa. lepastu tiba tiba ada pakcik offer tumpangkan kitorang pergi stesen bas. semua bahagia je kan naik kereta hebat pergi stesen bas. alhamdulillah, kebaikan itu ada di mana mana.

di stesen bas.

aaa. diorang belum bertolak? kesiannya. kitorang sempat shopping macam macam, siap amazing race lagi. dan diorang tengah tunggu dengan sangat lama dalam bas. rupanya wiper bas trip pertama rosak. so susahlah kan nak travel sebab tengah hujan lebat. serius simpati sangat. tapi last last, diorang gerak lagi awal, pukul 10 kot. dan kitorang gerak dalam pukul 11. dan paling peliknya, trip kedua sampai lagi awal daripada trip pertama. memang sangat sedih la kan kalau jadi diorang. tapi sebenarnya memang bas kitorang laju pun.



burtuQaly: alamak. panjangnya. hebat lah kan kalau dah berjaya baca sampai sini. tahniah. huh, moga pengalaman ini mengajar aku menjadi hamba yang lebih taat. insyaAllah. dan, moga semua ilmu yang dapat daripada sana, semua peserta nadwah boleh mempraktiskan dengan baik. okay? :D

nadwah.

in the name of Allah alQayyum,

nadwah kepimpinan 2010.
sesungguhnya aku bertuah mendapat peluang pergi ke nadwah. dan aku bersyukur.

burtuQaly: pictures talk louder than words. my facebook prove it. hmm, tentang nadwah? sila nantikan.

Sunday, November 21, 2010

terkini.

in the name of Allah alHayy,


Eiduladha 2010.


raya kali ni bermakna walaupun cuma kat johor je. satu family semua ada. dan sebelum raya, ummi ajak anak anak ummi buat ketupat, kuih siput, kuah kacang danlainlain. okay sebenarnya bukan sebab makanan raya jadi best, tapi mungkin kerana sekarang aku sudah tahu apa sebenarnya pengorbanan. :)

Mr. Brain.


cerita tentang neuroscience. laki ni jadi pandai lepas accident. otak dia jadi makin pelik dan makin bernas, menyebabkan banyak perbezaan sebelum dan selepas accident. last last laki ni jadi neuroscientist, kaji pasal otak manusia. dan daripada otak tu, banyak kes jenayah yang dia boleh selesaikan. HEBAT!

Code Blue.


code blue pasal doktor helikopter. maksudnya macam kalau ada orang tiba tiba sakit, diorang boleh laju pergi situ bagi treatment awal. alah, kerja dia sama je dengan doktor biasa. bedahbedah manusia kat hospital. tapi diorang selalu kena handle kes yang parah parah dan tinggal nyawa nyawa ikan je lagi.

Nadwah Kepimpinan 2010.


akan away dari rumah, menyahut seruan di sungai petani, kedah. yang akan pergi dalam 15 orang kot. doakan keselamatan kami pergi dan balik. kitorang akan gerak pukul 9.30 malam ni dan insyaAllah ada kat sana sampai rabu tengah hari. sesungguhnya aku takut. Allah, aku mohon tenangkan aku.

burtuQaly: alhamdulillah. akhirnya terupdate jugak blog ni. sungguh sebelum ni kering. dan entry ni pun untuk memberitahu bahawa sebenarnya aku masih hidup dengan rahmat dan kasih sayangnya DIA. kerna itu, aku bersyukur. kamu juga, beryukurlah dan jangan berjalan di bumi Allah dengan sombong. (Luqman:18)

Saturday, November 13, 2010

qiyadah.

in the name of Allah alMumeet,

"leadership is action, not position." (Donald H. McGannon)

"boleh tak kalau ana kata qiyadah SMIH sekarang teruk?"
"bagi ana, qiyadah ada yang baik dan kurang baik. jadi, bukanlah semuanya teruk."
"bukan ke, kerana nila setitik rosak susu sebelanga?"

benar. qiyadah bukan semuanya teruk. sebab ada je qiyadah yang baik. sebab tu lah adanya jemaah. dalam jemaah, semua saling lengkap melengkapi. mempu tampung kelemahan orang lain. hasilnya, qiyadah takkan rosak kerana satu qiyadah. susu takkan rosak kerana setitik nila.

"kalau qiyadah tak teruk, ustaz takkan tibatiba nak buat kem qiyadah. yelah kalau dulu, mana pernah qiyadah ada buat program macam antunna, maknanya diorang bagus."

qiyadah semakin kurang kualitinya kerana manusia yang ada pun semakin ramai yang kurang kualitinya. kerana zaman yang semakin parah buat kami goyah. tetapi kami cuba untuk merasakan tanggungjawab memperbaiki peribadi dan mencetuskan perubahan yang lebih baik.

"siapa yang sanggup berkorban segalanya bila dapat arahan daripada ketua?"
"kalau ni je lah yang sanggup berkorban, kenapa antum datang kem qiyadah?"
"siapa yang nak ubah pendirian, bangun sekarang!"

dalam alQuran, ALLAH berfirman kepada orang yang beriman untuk mentaati ALLAH, mentaati RASUL dan mentaati KETUA di kalangan kamu. jadi? untuk taat pada perintah ketua, WAJIB! seandainya kita diarahkan mengorbankan masa untuk dakwah, terimalah, ikhlaslah menerima amanah.

"masalah sekolah bukan ikhtilat atau mencarut seperti yang antum cakap. tapi masalahnya ialah pelajar sendiri yang tak faham islam."

apa guna kalau dah tahu ilmu, tapi tak praktis? apa guna kalau pokok ditaburi dengan baja buah, tetapi tidak menghasilkan buah? setiap perkara mesti menghasilkan amal! takde manfaat kalau kita belajar macam mana nak masak nasi kalau kita tak pernah pun pergi dapur. AMAL sangat PENTING!

"antunna nak qiyadah jadi baik je ke, antunna nak semua pelajar di sekolah baik?"
"semua pelajar baik."
"kenapa macam tu? susahsusah je antunna nak ajak orang jadi baik."
"sebab kita takkan mampu bertahan baik sorangsorang."

syurga diciptakan bukan untuk RASULULLAH sahaja. tetapi ALLAH ciptakan syurga buat semua hambaNYA yang beriman. kerna itulah ALLAH memerintahkan nabi menyampaikan ajaran ISLAM, biar semua orang tak hanya cemburu dengan orangorang yang mendapat nikmat di syurga, tetapi berebut untuk memasukinya.

burtuQaly: sesungguhnya KEM QIYADAH mengajar aku menjadi hamba. ALLAH, berikan kekuatan buat kami untuk melakukan transformasi. TRANSFORMASI TARBIYAH HIDAYAH :) "change for good is not a sin. though it'll cost you blood and tears." (HLOVATE)

Wednesday, November 10, 2010

away.

in the name of Allah alMuhyi,

KEM QIYADAH
10, 11 & 12 November 2010
SMIH & Tunjuk Laut, Mersing

hati sanubari itu akan hidup dan sihat dengan ilmu pengetahuan seperti suburnya tanah yang disirami air hujan. (Yusuf alQardhawi)

burtuQaly: doakan kami selamat pergi dan pulang bersama bekalan ilmu untuk dipraktis. sesungguhnya kami pasti akan merindui sekolah. :)

Friday, November 5, 2010

demam.

in the name of Allah alMu'ied,

after a hurricane comes a rainbow :)

malam paper physics, aku baca buku. tapi asyik bersin, selsema, lepastu rasa nak demam dan pening kepala sangatsangat. esoknya, memang dah sah aku demam. sebelum paper, doa aku cuma satu, "ya ALLAH, aku mohon kasih ENGKAU, kau redakanlah demam aku ni, aku ingin berfikir dengan baik dan menjawab dengan baik, bantu aku ALLAH."

dan seharian paper physics, aku menjawab sambil meletakkan kepala atas meja, sebab berat sangat kepala. soalan dahlah serius susah weh. adehh, moga tak fail je. bila kawan aku tengok masam macam apa je aku ni, then dia suruh aku takyah datang sekolah esoknya, ambil chemistry hari lain. aku pun macam okayokay yeyekan aje sebab diorang kata badan aku sangat panas hari tu. tapi muna bagi aku tips kesihatan, dia tau aku ni jenis takmakan ubat, lepastu dia suruh aku makan madu dan tidur awal.

dan aku ikut nasihat muna. esoknya, paper chemistry, aku datang sekolah. tanpa demam. tapi okaylah ada batuk dan selsema sikit je. aku pun taktau macam mana boleh sihat demam secara drastik padahal semalam mata berair je tahan demam. alhamdulillah. ALLAH kabulkan doa aku walaupun lambat sikit. mungkin ALLAH nak suruh aku bersyukur dengan nikmat sihat masa aku jawab paper physics sebab aku ni takpernah demam masa exam sebenarnya. ALLAH nak bagi aku pengalaman.

memang benarlah, nikmat yang sering dilupakan manusia; sihat. moga ALLAH, jadikan aku dalam kalangan orang yang bersyukur. dan kita samasama supaya tak lupa diri. take care.

credits; thanks abah, ummi, muna, nashrah, awatif, fitriyyah, raihan dll for be someone who cares :)

burtuQaly: paper semakin tingal sikit. 5paper; BIOLOGI dan BAT! kuatkuat. agenda terdekat lepas exam, KEM QIYADAH semasa sekolah! teruja untuk tahu apa aktiviti selama 3hari yang akan dibuat. lama tu wei.

Sunday, October 31, 2010

lastminute.

in the name of Allah alMubdi',

kalau dah nama study last minute, takkan sempat nak tertarik dengan buku orang lain.

okay, aku rasa sangat lega sebab dah berjaya exam selama seminggu. ingat mudah ke exam last minute? haish nak kena baca buku, fahamkan apabenda tu istihsan, istishab, hadis sahih hasan dhaif dan segala bagai memang ambil masa yang sangat lama sebenarnya. tapi tu lah, aku tetap setia dengan habit jahat aku ni. walaupun sekarang umur dah 16, dah belajar apa tu Avogadro Constant dan Avolokitesvara tu patung rupanya, tapi perangai tetap sama semenjak aku belajar apa itu ABC dan 123. mungkin patut mula berubah sebelum umur naik 17.

oh, aku teringat satu pagi exam, MC perhimpunan ada cakap;

"kalau exam, kita nak belajar last minute pun takpe. tapi, kalau dah nak mati, buat amalan last minute pun, memang takde guna."

sesungguhnya statement yang dia cakap buat aku terfikir. aku sendiri pun suka je belajar last minute. harihari bukan nak ulangkaji ke baca buku ke dengan istiqamah. esok nak exam barulah gelabah nak ingat apa maksud jahiliyah, hijrah RASULULLAH bila, Emanuel Gadinho Eredia cakap apa danlainlain. dan memang betullah fiman ALLAH; "manusia itu dijadikan (bertabiat) tergesagesa." (21:37)

aku kan manusia. kau pun manusia. ayat alQuran tu memang ditujukan untuk kita. aku tau, study tergesagesa memang best kan? tapi kadangkadang dalam habit tergesagesa tu, pernah tak kita terfikir untuk tergesagesa buat amalan banyakbanyak sebab mati kan bilabila. tak mustahil kalau ALLAH takdirkan, ini entry ciptaan aku yang terakhir dan ini entry terakhir yang kau baca sebelum mati.

moga ALLAH ampunkan kita.

burtuQaly: isnin iaitu esok, aku akan exam addmath dan aku sangat takut. harapan aku, moga aku tak FAIL je macam PS1. nightmare lah kalau dah tuisyen dengan ustazah kartini tapi FAIL jugak! adeh, moga dijauhkan.

Monday, October 25, 2010

nafsu.

in the name of Allah alMuhsee,



bukan mudah untuk melawan. lagikan kalau yang dilawan itu ada dalam diri sendiri. nafsu, yang hebatnya lebih daripada syaitan. memang serius susah weh nak lawan nafsu. tapi sendiri kena ingat la. seorang muslim itu peribadinya; mujahadah linafsi. bersungguh melawan nafsu. aku? kau? kita? sudah cukup muslim kah? apakata kalau kita jadi muslim yang lebih baik? aku ajak kau ni, sahutlah. JOM DIDIK NAFSU JAHAT JADI BAIK!

burtuQaly: hari ni hari pertama exam. final exam untuk 2010. alhamdulillah, dah selamat menjawab kertas bahasa melayu dan komputer. ada berpuluh lagi yang mesti dihadapi. moga aku dan kawankawan belum rasa nak muntah lagi untuk study harihari. batch13, BEST! :D

Tuesday, October 19, 2010

tunduk.

in the name of Allah alHameed,

perempuan punya tarikan. lelaki juga punya tarikan. lalu, adakah kerana tarikan yang Allah kurniakan. kita punya alasan untuk saling memandang yang diharamkan?

katakanlah pada orangorang mukmin itu untuk menundukkan pandangan mereka. (anNur:30)
peliharalah mata, tundukkanlah pandangan kerna syaitan akan mengambil kesempatan. ketahuilah, dari mata turun ke hati. jangan hanya kerana pandangan si dia, kita melakukan zina hati.

burtuQaly: aku manusia. kau juga manusia. kita samasama manusia yang ada nafsu melihat yang bukan muhrim. tetapi, apabila difikirkan, adakah kita cuba untuk mengawal nafsu memandang si dia atau menganggapnya hanya pandangan biasa?

Monday, October 11, 2010

hidup.

in the name of Allah alMateen,


pendakian gunung arong mengajar manusia.

alhamdulillah. kerna hidup ini indah. dilimpahi dengan rahmah. rupanya aku masih hidup lagi lepas 3 hari camping di teluk gorek, mersing. dan aku bersyukur. sesungguhnya tiada kesimpulan lain yang aku boleh buat melainkan batch13 memang BEST! :D

sebab dah buat kesimpulan mukhayyam, jadi aku nak cerita lepas aku mukhayyam.
alkisahnya, on the way balik rumah, aku ternampak sorang budak lelaki umur 5-6 tahun lebih kurang. dia naik basikal. dia terjumpa bola. "hmm, macam mana nak naik basikal sambil pegang bola?" dia berfikir. "nak bawak bola, tapi kena pegang handle basikal pulak" dan akhirnya, dia membuat keputusan. DIA MASUKKAN BOLA DALAM BAJU macam perempuan mengandung! dan kayuh basikal dengan muka bahagia.
okay. memang cerita ni simple. tapi serius perasaan aku sangat kagum lepas tengok budak tu. sangat bijak. memang ALLAH dah aturkan dunia ni untuk kita mentafsir supaya jadi pengajaran untuk diri sendiri. jadi, sangat rugi kalau kau tengok satu perkara tanpa kau berfikir apa yang tersirat disebaliknya.