in the name of Allah alAwwal,
alhamdulillah, hari ni aku dah start kelas tambahan dengan bahagia. walaupun tadi tertidur sikit je time Physics. adeh, aku rasa pelik betullah dah nak form5, sebab aku masih rasa muda. padahal sebenarnya tinggal lagi setahun je sekolah dan lepastu aku dah kena jadi alumni. haish, memang masa ni nak main kejar kejar dengan aku rupanya. harap harap aku dapat tangkap masa sebelum dia lari lebih jauh.
baiklah, aku akan open the door atau maksud tersiratnya straight to the point bak kata Mae. secara jujurnya, aku masih rasa azam aku belum cukup kuat untuk menghadap paper SPM. walaupun tadi dah start kelas, dan dah dapat kerja rumah, aku masih teruskan aktiviti harian aku iaitu berfoya di depan laptop. dan sikit rasa rajin untuk siapkan graph Physics pun masih belum wujud di sanubari aku. haila.
tapi lepas aku kaji balik kehidupan aku atau bahasa mudahnya muhasabah, timbul ismul istifham di hati aku. aku ni sebenarnya hidup kerna siapa? untuk apa seh? sepatutnya, aku hidup kerana ALLAH dan aku hidup untuk mengabdikan diri hanya kepadaNya semata. tapi kenapa aku masih begini? kalau benarlah aku sudah tahu matlamat hidup aku, tak mungkin rasa malas sebegini hebat tebalnya dalam diri aku.
ya ALLAH, ampuni aku.
burtuQaly: moga dengan usaha yang sedikit untuk melahirkan entry ni, berjaya membuka hati hati yang kurang sikit je rajin di sana insyaALLAH. :D *okay Atiqah, sila shut down laptop dan siapkan graph Physics, nanti ustazah tak redha susah pulak. kata misi ingin ke Jannah, mestilah kena beramal kerana ALLAH. ingat syurga tu free free ke ALLAH nak bagi? adui, dah dah, bye.
0 positive.:
Post a Comment