Wednesday, December 5, 2012

kejut.

dengan nama Allah yang membangunkan,

teringat memori dengan budak dorm aku.

memori mengejutkan orang. bermulanya, ketika loker aku penuh dengan sticky note. note dari budak dorm untuk mintak kejutkan awal. kalau tidur malam pastu bangun pagi tengok loker nampak tulisan dan sticky note baru, tu jadi benda biasa la.

maka, dengan wujudnya segala nota tu telah menjadikan aku pengejut secara tak rasmi. nak atau tak nak, ngantuk atau tidak, kena gak bangun la. orang dah mintak kejut kot. mana la tau kalau aku tak kejut, tak dapat habiskan revision pulak kan. ohoho nampak tak kepentingan aku tuh? :P

ehem. tapi seriesli. bangun time orang lain tido, bukan benda senang. untuk kejutkan orang bangun lagi la tak senang langsung sebenarnya.

dan rentetan daripada bangun awal ni, terbawak sampai depan paper. bukan satu atau dua paper. banyak jugak la sebenarnya.

tersengguk kot!

ohoho. keluar dewan cakap la kat orang yang aku ngantuk tertido tido ngadap paper. dan paling buat gelak ialah bila dia kata dia buat benda sama gak. bukan apa, selalu je cikgu bagi nasihat tipikal jangan tidur jangan tidur cek je keje sampai habis masa.

haha, tapi malangnya. tersengguk tu involuntary action. :D

burtuQaly: hari ni habis SPM 2012. tahniah junior aku! selamat meninggalkan perjuangan kecil itu, dan hadapilah perjuangan besar yang sebenar! :)

2 positive.:

Anonymous said...

ya boleh kira hampir setahun SPM 2012 berlalu. Kenangan paper PQS SPM 2012 ha ha

atqhamin. said...

salah tu. SPM 2012 baru beberapa hari berlalu. SPM 2011 yang dah setahun berlalu~