Wednesday, May 9, 2012

hebat.

dengan nama Allah yang mengasihani,

5pm 080512 - "Nurul Hakimah Mohd Faizul Aris?" "ICU tingkat 2." langkah diatur, hati sudah bagaimana rentaknya pun aku tak tahu. dan bila pintu lif terbuka, aku dan Atip terus keluar dan mencari jalan. terjumpa Nuha Amaq Azzah Pizah Amal di luar bilik. sempat bersalaman dan berbual sebentar. aku kagum dengan mereka, masih setia di hospital dari pagi dan akan tidur di situ pula pada malamnya.

ya Allah, bila hati sudah terikat. mudah saja untuk berkorban kan?

kemudian Atip tekan bell. menunggu pintu yang terkunci dibuka. dan saat kaki melangkah masuk, aku terlihat susuk tubuh yang sangat aku kenali. dia, Hakimah. mulut terkunci, pandangan mula kabur, air mata berlinangan terus. ya Allah, sebegini hebat ujian Engkau pada Hakimah. Allahuakbar.

melihatkan wajahnya, kepalanya, tangan dan kakinya, membuatkan hati aku sangat sayu. air mata ni tak berhenti mengalir melihat dia. "Kimah, Atqh dengan Atip datang ni." "hmmm." dan bila Kimah respon, hanya Allah yang tahu betapa aku sangat bersyukur. cukuplah dengan hmmm itu, hati aku sudah bahagia sahabat.

sebelum pulang, aku memegang erat tangan Kimah, sempat membisikkan sesuatu pada telinganya. "Kimah. Kimah kena kuat tau. semua orang perlukan Kimah. Atqh kat sini, sayang sangat sangat Kimah hanya kerana Allah." air mata tak tertahan lagi, dan turun laju membasahi pipi. Allah beratnya ujian ini.

hanya orang orang yang hebat akan diuji dengan perkara perkara hebat. Kimah, kamu insan yang hebat. aku, B13 dan seluruh saudara seiman sedang menghantarkan doa buatmu. kuatlah sahabat, Dia sedang mengujimu.

burtuQaly: akhir akhir ni air mata mudah saja mengalir bila teringatkan kisah Kimah dan keluarga. alhamdulillah terima kasih ya Allah atas peringatan yang Engkau beri.

0 positive.: