Wednesday, April 25, 2012

basah.

in the name of Allah alFattah - The Opener.


alhamdulillah. masih ada hati. masih ada mata. masih ada telinga. betapa aku berharap dengan nikmat ini, aku bersyukur. aku taknak jadi macam haiwan di jalanan. bahkan kalau lebih teruk dari itu pun aku tak mampu nak bayang. kerna aku percaya saat itu berlaku bilamana ada hati (otak), tak faham, ada mata, tak tengok, ada telinga, tak dengar. (7:179). ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba hambaMu yang bersyukur.

okeh. so ke mana aku menghilang setelah patutnya setiap hari ada entry baru tapi tiba tiba senyap sunyi? hoho. tak lain tak bukan, aku pergi jalan jalan dengan encik DnT yang super hensem dan comel. yeah! ada daurah LKD kat al amin gombak. first time seh gerak dari JB. ceh sebelum ni transport dari rumah Kajang je. ahaks.

seriesli, this daurah aku dapat banyak sangat input. perasaan dia lain sikit dengan daurah sebelum ni. hoh kena re-check hati balik nih, mungkin tak cukup ikhlas. aish. hoho oh ya, antara topik hangat yang aku dengar ialah pasal QS. bukan Quantity Surveyor tapi Qaidah Sulbah. hehe next, Hubungan Silang Jantina and Baitulmuslim. punyalah aku gelak gelak asal tajuk HSJ tu lawak benar. rupanya, it's Ikhtilat la. hmm mungkin time ni rate orang yang tidur berkurang kot nak banding dengan slot slot lain. ahaks.

dan sudah tentu lah tiada keraguan lagi bila dengar pasal Ikhtilat and BM, rasa nak hentak kepala kat dinding laju laju. hoh sungguhlah dosa ni dah menggunung. lagilah kalau nak tengok zaman tok kaduk dulu. aku rasa macam ... apekecomotnyaperangai. and paling aku ingat, akh tu cakap; "adakah kita betul betul menjaga ikhtilat, sedangkan hati kita sangat inginkan ikhtilat?" hokeh, perasaan apakah ini? muhasabah please. hua.

sungguhlah banyak lagi kurangnya kat aku ni. banyak. sangat. apa pun, I feel blessed dapat datang daurah ni. bukan dapat basahkan hati je, ukhuwah dapat, bahkan muhasabah lagilah. dan sekurangnya takdelah aku hidup dengan muka serabai tak sedar dosa sendiri. okeh Atqh, sujud syukur and give thanks to Allah. alhamdulillah. :)

after daurah, patutnya semua akhawat yang pergi daurah akan join this event, jaulah. tapi, atas masalah masalah tipikal yang selalu jadi, akhirnya dari 45 orang plus minus, only 16 je yang dipilih oleh Allah untuk lepak lepak bersama. hehe. bukan calang calang lepak ni. ni namanya lepak lepak orang beriman. insyaAllah, ahaks. so overall from this jaulah, everything was sangat superb okeh! :D

alhamdulillah 'ala kulli hal. semua lepak kat rumah 'Izzah. kitorang potong sayur tapi ayah 'Izzah yang masak, masak ikan keli (certain orang je) sambil pakai penutup kuali untuk safety, makan dalam dulang ramai ramai, bincang big project untuk video ummah, swimming bagai orang yang tak pernah jumpa air, big apple tengah tengah malam yang sure menggemukkan haha, pastu terus tido. nyenyak seh.

next day. dengan muka selekeh buat subuh and ma'thurat, tengok video alamin gombak yang hoyeah habis sambil beberapa orang tidur menolak rezeki (eh? haha), siap siap and go to Wangsa Walk Mall! okeh, jalan kejap. pastuh gi main bowling, pergi beli hadiah untuk main exchange, dan paling best lunch at Fullhouse! hehe. menggemukkan diri sambil buat havoc kat situ memang benda best untuk dibuat!

so that's it. after jalan penat penat, back to pangkal jalan which is rumah 'Izzah la. then, semua nak balik dah. seriesli sedih. lepas dah kecoh kecoh kat rumah orang 1 hari dan semua kena berhentikan kekecohan bersama, maka rasa sedih itu haruslah seh. sebab? orang yang berkasih sayang kerana Allah, perkara tersedih baginya ialah perpisahan. hoo. moga moga Allah redha pertemuan kita. love you all fillah. :)


burtuQaly: konklusinya, bercuti 4hari kat negeri orang dah ajar aku banyak benda. yes, experience is the best teacher. heh. ya Allah, terima kasih untuk segalanya. 

5 positive.:

DigitalMukmin17 said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

'patutnya ada entry setiap hari' - setujusetuju

hmm, lepasni kena pastikan diri anda itu ikhlas untuk plkn . last daurah kan ?

atqhamin said...

ya Allah, mengapa anda sahaja ye yang asyik ingatkan sy pasal plkn? 2nd intake itu memang, tp mgkin tak pegi ats asbab tertentu. hoh. do pray for me. thx.

Happy Zainab said...

haha..amboi.. sape yg tido pepagi tu? haha..ngantuklah.. nk rehat, bukan slalu mnlk rezeki..heheh..:P

atqhamin said...

haha. takpe2 kali ni dimaafkan utk semua. kantoi zainab tido. haha