Sunday, April 15, 2012

rehlah.

in the name of Allah alWahhab - The Giver of All.

alhamdulillah, weekend hari tuh sempat berfoya foya dengan adik adik nuqaba' dan sahabat B13 kat sekolah terchenta dan Bukit Layang Layang PG. seriesli, aku dapat banyak input yang extravaganza sumpah osem. huu, sesuailah dengan keadaan hati aku yang dah kontang dengan peringatan. syukur, Dia je lah yang mengetahui segala isi hati.

so, tema rehlah tarbawi nih ialah, (ehem sila jangan sakit jantung kerana kehebatan super huyoh tema ini) MENYEGARKAN DAKWAH DENGAN IMAN DAN UKHUWAH. :)

subhanallah osem bukan? heh heh. alhamdulillah 'ala kulli hal. jadi, pasal tema nih, ada orang present analogi 3benda tuh. macam ni, "sebatang lidi tak kuat kan? senang patah pulak tuh. so kena lah kumpulkan banyak banyak lidi supaya jadi kuat. bila dah banyak banyak lidi, yang hanya boleh cantumkan diorang ialah sebijik getah. so, kalaulah penyapu dicipta sebegitu rupa, maka janganlah ragu lagi, ofkos la senang je nak sapu bersih bersih!"

lidi tuh macam sorang manusia. macam mana sorang manusia nak sapu bersih segala debu debu maksiat kalau takde yang menyokong? haa, so kita perlukan banyak lidi. dan untuk lebih efisien dan cekap, maka lidi banyak banyak yang tak kuat lalu bertebaran saja, hanyalah sia sia. lidi lidi tu mestilah dicantumkan bersama dengan sebijik getah. itulah iman. maka, dengan penyapu hebat ni saja lah yang akan mampu menyapu buang segala debu busuk bacen jahiliah yang bertebaran! hoyeah.

wahaha. rasa macam nak menari nari sambil bertakbir Allahuakbar kan? betapalah sungguh osem analogi ini. hehe. buat anda, masih lagi goyang kaki? hmm marilah kita menjitukan dakwah dengan iman dan ukhuwah! kerana, sudah ofkos anda tak mahu tertinggal gerabak dakwah yang makin laju ni, kan? 

burtuQaly: kerna Allah yang Empunya Hati, maka Dia lah yang mengikat hati hati. lalu, haruskah aku mempersoalkan mengapa hati di sini tak habis habis merindui hati di sana? Allah ... 

0 positive.: