Saturday, April 14, 2012

PSI.

in the name of Allah alQahhar - The Subduer.

dulu, bangun pagi mesti orang yang sama je kejut. sebab yang lain semua kuat tidur tak reti reti nak bangun. bila nak jemaah subuh tu, selalunya tunggu complete semua baru solat. maka, proses penungguan tu selalu jadi masa tidur. heh. time ma'thurat paling ah stylo. semua dengan mimpi malam tadi tak sedar mulut sendiri baca ayat hape tah, sampai terskip baca pun tak perasan. haish.

pastuh, kitorang selalu datang kelas lewat. sebab, semua benda baru nak settlekan pagi tu. jadual buku (proses paling lama sebab ramai lagi yang susah nak cam buku apa untuk subjek hari tu) dengan iron baju. pulak tu, 11orang nak iron pakai 1iron je. sure sure la tak cukup masa. tu belum masuk lagi part tidur lepas subuh. heh heh.

bila breakfast, mesti semua dengan muka pasrah makan. sebab peraturannya, tak boleh makan benda berat time pagi. paling paling pun cekodok, keropok atau pancake. so bila makanannya tu je, surela semua macam manusia kebuluran di Somalia. sehinggakan, "kita lapar lagi. makan je la yang nak buat bekal tu, boleh?"

pastuh time belajar pulak, kalau tak tidur mesti buat bising. kalau tak bising, mesti tidur. sebab kat sana, akhawat PSI ni memang dikenali dengan mata cepat layu dalam kelas. senang kata, setiap kali kelas mesti ada yang landing kepala atas meja sedang melihat bulan dan bintang menari di kepalanya. ehem.

bila rehat, kalau makanan breakfast dah habis untuk buat bekal, so "siapa nak pergi kedai?" dan time tu, semua berlari lari anak (okeh exaggerate) bagi duit beli roti. kalau tak vanila, mesti coklat, atau butterscotch, mungkin jugak squizzles, paling tidak pun roti ikan bilis. sampai dah boleh hafal dah menu pukul10 ni. heh.

lepastuh, bila dah habis kelas tengahari, semua orang balik rumah dengan muka happy. yang muka terpaksa kena masak, yang muka pemalas landing atas katil, yang muka dramatik bukak tv. yang muka rajin, baca buku. eh ada ke? haha. tapi memang dasar semua orang macam takde life la seh.

"korang, makan!" haa dan time ada orang jerit suruh makan, yang tidur ibarat terlupa tadi mimpi nyenyak, yang tengok tv ibarat terbang dibawa ke makanan. sungguhlah, semua orang muka kebulur sangat. bila ada orang nak tambah,mesti ada yang akan tanya, "nasi banyak lagi tak?" tu maksudnya dia pun nak tambah. haha.

bila nak time kelas petang, semua orang sangatlah lazy untuk bangun tidur. ketua rumah je yang rajin jerit jerit kejutkan semua orang. sampaikan kalau ikut nafsu tidur tu, nanti mesti berapa ketul je yang pergi turun kelas. pulak tu, kelas petang memang bosan. so yang ngantuk ngantuk tu kira pontenglah. heh.

habis kelas petang, semua orang buat hal yang sama macam habis kelas tengahari. haha. kalau tak berapa nak rajin, semua akan jadi pemalas dan takde yang mandi petang. pastuh dinner pulak, diharamkan makan nasi untuk save bajet perbelanjaan beras kat rumah. mesti mee atau kuey teow sahaja okeh!

time nak solat, bila dengar je azan, mesti ada yang jerit, "siapa lambat jadi imam!" dan sejurus lepas tu, semua yang tengah khusyuk tengok tv terus gelabah dan bangun pergi ambik wudhu'. bila dah siap tuh terus tarik nafas lega takyah jadi imam, dan senyum kambing kat orang yang lewat siap. haha kena buli.

haa yang exclusive, malam Isnin dengan Rabu, ustazah ustazah pilihan melepak dekat surau ajar budak budak hyper ngaji. time ni lah paling havoc satu dunia. time solat, budak boleh main belasah gaduh jerit jerit kat belakang. mungkin diorang ingat, surau itu ibarat playground yang diorang selalu pergi agaknya.

lepas ajar ngaji Rabu dengan malam Jumaat, siapa rindu internet seperti tak boleh hidup tanpanya, boleh lepak kat library yang sangatlah nikmat berada di dalamnya. boleh mandi peluh kat dalam tuh. pulak tuh dengan keadaan aircond yang ngade dan kelembapan internet yang super maksi. serius 'nikmat' hokeh.

time nak tidur paling ah happening. disebabkan semua 11 katil sanggup hidup bersama dalam sebijik bilik, maka sah sah lah sweetdream bertukar nightmare. setiap malam wajib ada orang borak kuat kuat dalam bilik, sampai "eh korang, cakap pelan sikit boleh tak?" heh heh bising sangat rupanya.

conclusion: aku sayang korang sampai bila bila!

burtuQaly: oh man. I miss them a lot. Allah, redhailah rasa rindu ini.

6 positive.:

Anonymous said...

wahwah best . kena cuba 'hidup sehari' di sana ni . tak ada plan nak ziarah PSI ke

Nisak Zainal said...

kisah hidup kite di stam same jek..haha

atqhamin said...

>anon.
hidup sehari di sana, di mana maksud anda? hoho. plan utk ziarah tu ofkos la ade. cuma utk tahqiq plan tu je belum ada kudrat lagi. heh.

atqhamin said...

>adek.
ahaks. memang patut sama la hidup semua bdk stam. haha. adk, taknak cite ke?

Nisak Zainal said...

Haha.. of coz la nak..but.. nnty kut.. xpun..ade copy paste yg mami jek..ahaks

atqhamin said...

ceyh kopipes. buat sendiri la. dia punya version lagi haybat kot. huhu