Thursday, May 3, 2012

nikmat.

dengan nama Allah yang menyembuhkan,

dengar cerita kat sana, akhawat PSI semuanya batuk batuk. sampaikan sorang sahabat aku ni, time nak tidur je, bantal dia basah sebab time batuk je termenangis. kalau tak salah aku, pembawa virusnya dua orang je. tapi virusnya aktif sungguh. sampai diorang kata, ikhwah pun tak terselamat jugak dari virus tu. hoho tergelak jugak. tapi nak buat camne, kata saudara seiman. sakit tenat kenalah kongsi sama sama. ahaks.

dan alhamdulillah. aku jugak sebahagian dari mereka. lepas balik dari daurah LKD, aku serabut semacam. mula dengan bersin tak habis habis, selsema dengan batuk pulak datang. suara pun macam sengau serius buruk semacam je. aku ingat macam okay la hidup masih boleh diteruskan. so aku pun pergilah program DnT, hoyeah.

kat sekolah, ada daurah adik adik. itu batuknya tak parah lagi. tapi ada yang kata, "buat bising je keje eh." haha dan esoknya kat masjid taman U, seriesli bilik seminar tu bising dengan batuk je. tenggelam suara penceramah. haila. sungguhlah aku rasa macam titik hitam di kertas putih, menyemak je. haha. sampai kawan aku yang budak PSI dulu dulu pun perasan, "bawak balik virus dari PSI ke?"

dan esoknya, kepala berat. hokeh rasa apakah ini? tak lain tak bukan inilah demam. badan pun dah panas semacam. cool cool. dan akhirnya, berjaya melalui semuanya dengan elok. sampai rumah terus buat aktiviti zzz. dan sampai sekarang, aku duduk rumah je. kelas driving yang tinggal sikit jam je lagi pun tak rasa nak pergi sebab kepala dah berat pastu nak tadah telinga dengar pakcik sebelah marah stereng tak betul, tak tekan clutch sampai habis, signal tak bagi dan bla bla bla. hoh, tak sanggup aku nak tahan.

apa pun, aku percaya - "Dan nikmatKu yang manakah Kau dustakan?"

burtuQaly:  seriesli sakit tu nikmat.

6 positive.:

DigitalMukmin17 said...
This comment has been removed by the author.
DigitalMukmin17 said...
This comment has been removed by the author.
atqhamin said...

anda lupa menganonymouskan diri kah? hoh. virus tu dari PSI rasanya. cuma lambat sikit menyerang. haha anda lebih qawiy kot. asyik ke situ ke sana je. iA, anda pun.

Anonymous said...

selamat berDnT lah ya. dah dapat elak dari medan berbelang, manfaatkan betulbetul masa itu.

nahmri. said...

atiq.. ana pun terkena virus budak PSI. kihkih3. Nama pun, sahabat seiman ^^

atqhamin said...

anonymous - hahaha. mainlah dengan butang tong sampah itu. oke2 insyaAllah. maju hidup utk DnT!

bilabonibonibone - oh ye? aish parah ni. semua saudara seiman kena virus ni. huhu. moga Allah jaga kita..