Wednesday, May 16, 2012

indah.

dengan nama Allah yang menjadikan segalanya indah,


alhamdulillah. masih tersisa hari hari yang indah buatku.

12may: interview MARA.

pergi ke sana dalam keadaan yang entah pape je. dan sempat pesan kat Dila, "nanti kalau kita speaking salah awak jangan gelak tau." sungguhlah banyak sangat yang kurang time tu. hoho. dan sampai saat ni aku hanya mampu tawakkal dan bergantung pada murahnya rezeki saja. kalau dapat, insyaAllah aku ke situ. kalau tak dapat, duduk Malaysia je lah. siapa kata tak best, eh Malaysia okay apa! (ayat nak sedapkan hati, ahaks.)

13may : driving class.

"mampus la kalau kau bawak macam ni." heh?! apa? saya kurang dengar la makcik. mampus?! Astaghfirullah. salah ke kalau saya ni bawak tak betul sikit, saya kan sedang belajar wahai makcik? hua betapa sedih sangat hati ni time tu, Allah je yang tau. mendengar bebelan makcik di sebelah, lagilah main hentam je aku bawak. hati dah panas, muka series ketat semacam, em sabar dan senyap je lah jalan yang terbaik. fuh fuh.

14may: plan Kajang!

teringat plan 11may yang patutnya pergi Kajang sebab nak join Ziarah Qudama' budak PSI (muka tak malu, dah keluar ada hati nak join program. ah tapi apa kisah?!) haha tapi plan tak jadi, dan terus buat plan baru. "sebelum masuk U kita kena jenguk diorang jugak." dan sekarang plan dah selamat diatur. aku dan Farah akan melepak kat Darul Wafa' yang dichentai dalam masa terdekat, insyaAllah! huh merindui diorang la seh.

16may: QTI driving test. LOL.

okeh yang ini sangat paling merepek dalam dunia. dah elok elok confidence berada di tahap yang elok, dah nak sampai dah. tetiba, enjin mati. "gear 4 mana boleh naik bukit." haha, apakah. selama ni tak pernah pernah bawak gear 4 naik bukit. nih tak pepasal time QTI la gak, aku nak buat hal. aduh mesti fail. dahlah parking pun tiang jatuh. haha. tapi, in the end, aku lulus. alhamdulillah tu rezeki namanya.


burtuQaly: hidup aku yang serabut dan macam macam jadi nih pun, seriesli aku rasa indah. ya Allah terima kasih atas segala keindahan ini. jadikan aku sebahagian dari hamba hambaMu yang bersyukur.

Sunday, May 13, 2012

rapuh.

dengan nama Allah yang mengetahui isi hati,


bila aku terpaksa melepaskannya,
bukan aku tidak sayang,
bahkan aku sudah terlebih sayang.


burtuQaly: hati, rapuhnya engkau. cubalah tahan air mata itu. akhawat tidak boleh lemah! Allahuakbar, berikanlah aku kekuatan ... aku buntu menahan rasa. 

Wednesday, May 9, 2012

hebat.

dengan nama Allah yang mengasihani,

5pm 080512 - "Nurul Hakimah Mohd Faizul Aris?" "ICU tingkat 2." langkah diatur, hati sudah bagaimana rentaknya pun aku tak tahu. dan bila pintu lif terbuka, aku dan Atip terus keluar dan mencari jalan. terjumpa Nuha Amaq Azzah Pizah Amal di luar bilik. sempat bersalaman dan berbual sebentar. aku kagum dengan mereka, masih setia di hospital dari pagi dan akan tidur di situ pula pada malamnya.

ya Allah, bila hati sudah terikat. mudah saja untuk berkorban kan?

kemudian Atip tekan bell. menunggu pintu yang terkunci dibuka. dan saat kaki melangkah masuk, aku terlihat susuk tubuh yang sangat aku kenali. dia, Hakimah. mulut terkunci, pandangan mula kabur, air mata berlinangan terus. ya Allah, sebegini hebat ujian Engkau pada Hakimah. Allahuakbar.

melihatkan wajahnya, kepalanya, tangan dan kakinya, membuatkan hati aku sangat sayu. air mata ni tak berhenti mengalir melihat dia. "Kimah, Atqh dengan Atip datang ni." "hmmm." dan bila Kimah respon, hanya Allah yang tahu betapa aku sangat bersyukur. cukuplah dengan hmmm itu, hati aku sudah bahagia sahabat.

sebelum pulang, aku memegang erat tangan Kimah, sempat membisikkan sesuatu pada telinganya. "Kimah. Kimah kena kuat tau. semua orang perlukan Kimah. Atqh kat sini, sayang sangat sangat Kimah hanya kerana Allah." air mata tak tertahan lagi, dan turun laju membasahi pipi. Allah beratnya ujian ini.

hanya orang orang yang hebat akan diuji dengan perkara perkara hebat. Kimah, kamu insan yang hebat. aku, B13 dan seluruh saudara seiman sedang menghantarkan doa buatmu. kuatlah sahabat, Dia sedang mengujimu.

burtuQaly: akhir akhir ni air mata mudah saja mengalir bila teringatkan kisah Kimah dan keluarga. alhamdulillah terima kasih ya Allah atas peringatan yang Engkau beri.

Tuesday, May 8, 2012

kembali.

dengan nama Allah yang menyayangi hamba hambaNya,

alhamdulillah masih dikurnia nafas dan nyawa.

070512, ketika aku sedang tadabbur ayat cinta Allah, terdengar bising adik adik. "kak Hafizah meninggal." masa ibarat berhenti berputar. tiba tiba aku tak senang duduk, resah. benarkah apa yang aku dengar? "kak Kimah, Dayah dengan Mairah pun ada. diorang accident." ya Allah semuanya yang aku pernah kenal. hati beristighfar.

aku menghabiskan tadabbur dengan hati yang dah pergi entah ke mana. lepas dapat confirmation dari adik, aku dah tak keruan. terus capai handphone, aku perlu telefon seseorang. "Amaq, Kimah macam mana?"

lepas dapat sedikit info, aku kuatkan diri dan terus telefon beberapa sahabat. masing masing terkejut dan tak percaya. sedangkan aku yang menelefon juga masih dalam mood menerima sahaja, belum mampu memproses. dan kemudian, aku online. aku yakin mesti news feed dah penuh cerita pasal ni. muka dah tak mengalir darah, hati sangat tak tenang. dan benarlah, Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un.

kemudian, tak berapa lama lepas tu, sahabat aku call. menceritakan selebihnya yang kurang aku tau. saat itu, hanya kepada Allah lah tempat bergantung. air mata mengalir, suara dah tak keluar. tetapi di sana, sahabat aku tenang saja menyampaikan. ya Allah lemahnya aku di hadapanMu.

dan aku berehat, mengadu pada Allah tentang segalanya.

11.15pm; "jom pergi BBU. tengok jenazah." alhamdulillah, aku Abah Umi Ansh Adbh yang masih belum tidur time tu, terus bersiap siap. tangan laju mencapai mana mana baju dan tudung yang dah siap iron, dan meluncur ke BBU. di sana, suasana pastinya sangat hiba. saat terpandang jenazah ditutupi kain batik dan kain putih, hati rasa sangat sayu. kerana, aku kenal orang yang ditutupi itu. bahkan pernah saling bergurau dan bersaing bersama.

bila baca yasin, suara tak keluar, pandangan jadi kabur, air mata mula berlinangan. banyak yang aku fikirkan. bagaimana kalau akulah sahabatnya, adik beradiknya, ibu bapanya. sungguh, aku tak tertanggung kesedihan itu. ya Allah dengan rahmat kasih sayangMu, berilah ketabahan kepada mereka sekeluarga.

lepas yasin, dan solat jenazah. ibu bapa arwah kak Hafizah akhirnya datang. melihat wajah tenang mereka, aku tahu mereka sudah redha. sejurus mengurus anak anak lain di HSA, harus pula berhadapan dengan  satu lagi dugaan yang lebih hebat. pedih rasanya. tetapi hanya Allah lah yang memberi kekuatan pada mereka.

kemudian, aku berpeluang melihat wajah arwah buat kali terakhir. air mata mengalir lagi. entah sudah kali ke berapa, mudah saja empangan ni runtuh. dan saat itu, tiada kata yang lebih sesuai melainkan hati yang berterusan istighfar kepadaNya. ya Allah, terima kasih atas peringatan ini.

"tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." (alAnbiyaa':57)


dan usai majlis, aku dan family berangkat pulang. sampai di rumah 2am 080512. bila mata dipejam, terfikir arwah, terfikir sahabat yang di hospital. ada air yang mengalir. teringat muka ceria Hakimah. sambil memeluk bahu, dia berkata, "hai member PLKN kita!" moga moga awak diberi kesembuhan oleh Allah, Hakimah.

burtuQaly: ya Allah, jika kami mati, tempatkanlah kami dalam kalangan orang yang syahid dalam memperjuangkan agamaMu. - alfatihah buat arwah kak Hafizah.

Thursday, May 3, 2012

nikmat.

dengan nama Allah yang menyembuhkan,

dengar cerita kat sana, akhawat PSI semuanya batuk batuk. sampaikan sorang sahabat aku ni, time nak tidur je, bantal dia basah sebab time batuk je termenangis. kalau tak salah aku, pembawa virusnya dua orang je. tapi virusnya aktif sungguh. sampai diorang kata, ikhwah pun tak terselamat jugak dari virus tu. hoho tergelak jugak. tapi nak buat camne, kata saudara seiman. sakit tenat kenalah kongsi sama sama. ahaks.

dan alhamdulillah. aku jugak sebahagian dari mereka. lepas balik dari daurah LKD, aku serabut semacam. mula dengan bersin tak habis habis, selsema dengan batuk pulak datang. suara pun macam sengau serius buruk semacam je. aku ingat macam okay la hidup masih boleh diteruskan. so aku pun pergilah program DnT, hoyeah.

kat sekolah, ada daurah adik adik. itu batuknya tak parah lagi. tapi ada yang kata, "buat bising je keje eh." haha dan esoknya kat masjid taman U, seriesli bilik seminar tu bising dengan batuk je. tenggelam suara penceramah. haila. sungguhlah aku rasa macam titik hitam di kertas putih, menyemak je. haha. sampai kawan aku yang budak PSI dulu dulu pun perasan, "bawak balik virus dari PSI ke?"

dan esoknya, kepala berat. hokeh rasa apakah ini? tak lain tak bukan inilah demam. badan pun dah panas semacam. cool cool. dan akhirnya, berjaya melalui semuanya dengan elok. sampai rumah terus buat aktiviti zzz. dan sampai sekarang, aku duduk rumah je. kelas driving yang tinggal sikit jam je lagi pun tak rasa nak pergi sebab kepala dah berat pastu nak tadah telinga dengar pakcik sebelah marah stereng tak betul, tak tekan clutch sampai habis, signal tak bagi dan bla bla bla. hoh, tak sanggup aku nak tahan.

apa pun, aku percaya - "Dan nikmatKu yang manakah Kau dustakan?"

burtuQaly:  seriesli sakit tu nikmat.

Wednesday, May 2, 2012

gemuk.

in the name of Allah al'Alim - The All Knowing.

"woooooo, ada yang lebih gemuk? adakah anda?!"

dulu, aku ni cumalah baby kecik yang gemuk. lebihan lemak di merata tempat, juga dengan air liur yang mengalir bagaikan sungai -okay jangan bayangkan please. ehem. so, adakah aku merancang untuk lahir sebegitu comot dan gemuk? sesungguhnya merepek lah kalau aku kata ya.

time tu, aku taktau apa apa, ni semua kerja Allah. Dia keluarkan aku dari perut ummi yang comel tanpa aku tau time tu kena keluar. alih alih, budak gemuk yang comot lahir. pastu, dengan muka innocent aku, tetiba aku dapat hati, pendengaran dan penglihatan. aku serius blur okeh.

aku pun tanya kat ummi (dengan bahasa baby aku - nangis), "ummi, kenapa Allah bagi semua ni?" tapi, ummi tak faham bahasa aku, ummi buat dono je. aku nangis lagi. so, aku pun bertekad dengan gaya orang yang super yakin untuk cari jawapannya bila aku dah pandai guna bahasa lain nanti. 

dan ... aku lupa nak tanya kat ummi!


baru je tadi, sedang aku bersiar siar kat internet, tetiba aku jumpa jawapannya; "Dan Tuhan melahirkan kamu dari perut ibumu tanpa mengetahui apa-apa pun. Dan (kemudian) diberinya kamu pendengaran, penglihatan dan hati supaya kamu bersyukur, berterima kasih." (anNahl:78)

"oh Allah nak aku jadi hamba yang bersyukur rupanya." 


burtuQaly: entry ni inspired from ayat cinta Allah tu. hoho. Alhamdulillah terima kasih Allah atas segalanya. aku mohon jadikan aku dalam kalangan hamba hambaMu yang bersyukur.