Wednesday, April 25, 2012

basah.

in the name of Allah alFattah - The Opener.


alhamdulillah. masih ada hati. masih ada mata. masih ada telinga. betapa aku berharap dengan nikmat ini, aku bersyukur. aku taknak jadi macam haiwan di jalanan. bahkan kalau lebih teruk dari itu pun aku tak mampu nak bayang. kerna aku percaya saat itu berlaku bilamana ada hati (otak), tak faham, ada mata, tak tengok, ada telinga, tak dengar. (7:179). ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba hambaMu yang bersyukur.

okeh. so ke mana aku menghilang setelah patutnya setiap hari ada entry baru tapi tiba tiba senyap sunyi? hoho. tak lain tak bukan, aku pergi jalan jalan dengan encik DnT yang super hensem dan comel. yeah! ada daurah LKD kat al amin gombak. first time seh gerak dari JB. ceh sebelum ni transport dari rumah Kajang je. ahaks.

seriesli, this daurah aku dapat banyak sangat input. perasaan dia lain sikit dengan daurah sebelum ni. hoh kena re-check hati balik nih, mungkin tak cukup ikhlas. aish. hoho oh ya, antara topik hangat yang aku dengar ialah pasal QS. bukan Quantity Surveyor tapi Qaidah Sulbah. hehe next, Hubungan Silang Jantina and Baitulmuslim. punyalah aku gelak gelak asal tajuk HSJ tu lawak benar. rupanya, it's Ikhtilat la. hmm mungkin time ni rate orang yang tidur berkurang kot nak banding dengan slot slot lain. ahaks.

dan sudah tentu lah tiada keraguan lagi bila dengar pasal Ikhtilat and BM, rasa nak hentak kepala kat dinding laju laju. hoh sungguhlah dosa ni dah menggunung. lagilah kalau nak tengok zaman tok kaduk dulu. aku rasa macam ... apekecomotnyaperangai. and paling aku ingat, akh tu cakap; "adakah kita betul betul menjaga ikhtilat, sedangkan hati kita sangat inginkan ikhtilat?" hokeh, perasaan apakah ini? muhasabah please. hua.

sungguhlah banyak lagi kurangnya kat aku ni. banyak. sangat. apa pun, I feel blessed dapat datang daurah ni. bukan dapat basahkan hati je, ukhuwah dapat, bahkan muhasabah lagilah. dan sekurangnya takdelah aku hidup dengan muka serabai tak sedar dosa sendiri. okeh Atqh, sujud syukur and give thanks to Allah. alhamdulillah. :)

after daurah, patutnya semua akhawat yang pergi daurah akan join this event, jaulah. tapi, atas masalah masalah tipikal yang selalu jadi, akhirnya dari 45 orang plus minus, only 16 je yang dipilih oleh Allah untuk lepak lepak bersama. hehe. bukan calang calang lepak ni. ni namanya lepak lepak orang beriman. insyaAllah, ahaks. so overall from this jaulah, everything was sangat superb okeh! :D

alhamdulillah 'ala kulli hal. semua lepak kat rumah 'Izzah. kitorang potong sayur tapi ayah 'Izzah yang masak, masak ikan keli (certain orang je) sambil pakai penutup kuali untuk safety, makan dalam dulang ramai ramai, bincang big project untuk video ummah, swimming bagai orang yang tak pernah jumpa air, big apple tengah tengah malam yang sure menggemukkan haha, pastu terus tido. nyenyak seh.

next day. dengan muka selekeh buat subuh and ma'thurat, tengok video alamin gombak yang hoyeah habis sambil beberapa orang tidur menolak rezeki (eh? haha), siap siap and go to Wangsa Walk Mall! okeh, jalan kejap. pastuh gi main bowling, pergi beli hadiah untuk main exchange, dan paling best lunch at Fullhouse! hehe. menggemukkan diri sambil buat havoc kat situ memang benda best untuk dibuat!

so that's it. after jalan penat penat, back to pangkal jalan which is rumah 'Izzah la. then, semua nak balik dah. seriesli sedih. lepas dah kecoh kecoh kat rumah orang 1 hari dan semua kena berhentikan kekecohan bersama, maka rasa sedih itu haruslah seh. sebab? orang yang berkasih sayang kerana Allah, perkara tersedih baginya ialah perpisahan. hoo. moga moga Allah redha pertemuan kita. love you all fillah. :)


burtuQaly: konklusinya, bercuti 4hari kat negeri orang dah ajar aku banyak benda. yes, experience is the best teacher. heh. ya Allah, terima kasih untuk segalanya. 

Sunday, April 15, 2012

rehlah.

in the name of Allah alWahhab - The Giver of All.

alhamdulillah, weekend hari tuh sempat berfoya foya dengan adik adik nuqaba' dan sahabat B13 kat sekolah terchenta dan Bukit Layang Layang PG. seriesli, aku dapat banyak input yang extravaganza sumpah osem. huu, sesuailah dengan keadaan hati aku yang dah kontang dengan peringatan. syukur, Dia je lah yang mengetahui segala isi hati.

so, tema rehlah tarbawi nih ialah, (ehem sila jangan sakit jantung kerana kehebatan super huyoh tema ini) MENYEGARKAN DAKWAH DENGAN IMAN DAN UKHUWAH. :)

subhanallah osem bukan? heh heh. alhamdulillah 'ala kulli hal. jadi, pasal tema nih, ada orang present analogi 3benda tuh. macam ni, "sebatang lidi tak kuat kan? senang patah pulak tuh. so kena lah kumpulkan banyak banyak lidi supaya jadi kuat. bila dah banyak banyak lidi, yang hanya boleh cantumkan diorang ialah sebijik getah. so, kalaulah penyapu dicipta sebegitu rupa, maka janganlah ragu lagi, ofkos la senang je nak sapu bersih bersih!"

lidi tuh macam sorang manusia. macam mana sorang manusia nak sapu bersih segala debu debu maksiat kalau takde yang menyokong? haa, so kita perlukan banyak lidi. dan untuk lebih efisien dan cekap, maka lidi banyak banyak yang tak kuat lalu bertebaran saja, hanyalah sia sia. lidi lidi tu mestilah dicantumkan bersama dengan sebijik getah. itulah iman. maka, dengan penyapu hebat ni saja lah yang akan mampu menyapu buang segala debu busuk bacen jahiliah yang bertebaran! hoyeah.

wahaha. rasa macam nak menari nari sambil bertakbir Allahuakbar kan? betapalah sungguh osem analogi ini. hehe. buat anda, masih lagi goyang kaki? hmm marilah kita menjitukan dakwah dengan iman dan ukhuwah! kerana, sudah ofkos anda tak mahu tertinggal gerabak dakwah yang makin laju ni, kan? 

burtuQaly: kerna Allah yang Empunya Hati, maka Dia lah yang mengikat hati hati. lalu, haruskah aku mempersoalkan mengapa hati di sini tak habis habis merindui hati di sana? Allah ... 

Saturday, April 14, 2012

PSI.

in the name of Allah alQahhar - The Subduer.

dulu, bangun pagi mesti orang yang sama je kejut. sebab yang lain semua kuat tidur tak reti reti nak bangun. bila nak jemaah subuh tu, selalunya tunggu complete semua baru solat. maka, proses penungguan tu selalu jadi masa tidur. heh. time ma'thurat paling ah stylo. semua dengan mimpi malam tadi tak sedar mulut sendiri baca ayat hape tah, sampai terskip baca pun tak perasan. haish.

pastuh, kitorang selalu datang kelas lewat. sebab, semua benda baru nak settlekan pagi tu. jadual buku (proses paling lama sebab ramai lagi yang susah nak cam buku apa untuk subjek hari tu) dengan iron baju. pulak tu, 11orang nak iron pakai 1iron je. sure sure la tak cukup masa. tu belum masuk lagi part tidur lepas subuh. heh heh.

bila breakfast, mesti semua dengan muka pasrah makan. sebab peraturannya, tak boleh makan benda berat time pagi. paling paling pun cekodok, keropok atau pancake. so bila makanannya tu je, surela semua macam manusia kebuluran di Somalia. sehinggakan, "kita lapar lagi. makan je la yang nak buat bekal tu, boleh?"

pastuh time belajar pulak, kalau tak tidur mesti buat bising. kalau tak bising, mesti tidur. sebab kat sana, akhawat PSI ni memang dikenali dengan mata cepat layu dalam kelas. senang kata, setiap kali kelas mesti ada yang landing kepala atas meja sedang melihat bulan dan bintang menari di kepalanya. ehem.

bila rehat, kalau makanan breakfast dah habis untuk buat bekal, so "siapa nak pergi kedai?" dan time tu, semua berlari lari anak (okeh exaggerate) bagi duit beli roti. kalau tak vanila, mesti coklat, atau butterscotch, mungkin jugak squizzles, paling tidak pun roti ikan bilis. sampai dah boleh hafal dah menu pukul10 ni. heh.

lepastuh, bila dah habis kelas tengahari, semua orang balik rumah dengan muka happy. yang muka terpaksa kena masak, yang muka pemalas landing atas katil, yang muka dramatik bukak tv. yang muka rajin, baca buku. eh ada ke? haha. tapi memang dasar semua orang macam takde life la seh.

"korang, makan!" haa dan time ada orang jerit suruh makan, yang tidur ibarat terlupa tadi mimpi nyenyak, yang tengok tv ibarat terbang dibawa ke makanan. sungguhlah, semua orang muka kebulur sangat. bila ada orang nak tambah,mesti ada yang akan tanya, "nasi banyak lagi tak?" tu maksudnya dia pun nak tambah. haha.

bila nak time kelas petang, semua orang sangatlah lazy untuk bangun tidur. ketua rumah je yang rajin jerit jerit kejutkan semua orang. sampaikan kalau ikut nafsu tidur tu, nanti mesti berapa ketul je yang pergi turun kelas. pulak tu, kelas petang memang bosan. so yang ngantuk ngantuk tu kira pontenglah. heh.

habis kelas petang, semua orang buat hal yang sama macam habis kelas tengahari. haha. kalau tak berapa nak rajin, semua akan jadi pemalas dan takde yang mandi petang. pastuh dinner pulak, diharamkan makan nasi untuk save bajet perbelanjaan beras kat rumah. mesti mee atau kuey teow sahaja okeh!

time nak solat, bila dengar je azan, mesti ada yang jerit, "siapa lambat jadi imam!" dan sejurus lepas tu, semua yang tengah khusyuk tengok tv terus gelabah dan bangun pergi ambik wudhu'. bila dah siap tuh terus tarik nafas lega takyah jadi imam, dan senyum kambing kat orang yang lewat siap. haha kena buli.

haa yang exclusive, malam Isnin dengan Rabu, ustazah ustazah pilihan melepak dekat surau ajar budak budak hyper ngaji. time ni lah paling havoc satu dunia. time solat, budak boleh main belasah gaduh jerit jerit kat belakang. mungkin diorang ingat, surau itu ibarat playground yang diorang selalu pergi agaknya.

lepas ajar ngaji Rabu dengan malam Jumaat, siapa rindu internet seperti tak boleh hidup tanpanya, boleh lepak kat library yang sangatlah nikmat berada di dalamnya. boleh mandi peluh kat dalam tuh. pulak tuh dengan keadaan aircond yang ngade dan kelembapan internet yang super maksi. serius 'nikmat' hokeh.

time nak tidur paling ah happening. disebabkan semua 11 katil sanggup hidup bersama dalam sebijik bilik, maka sah sah lah sweetdream bertukar nightmare. setiap malam wajib ada orang borak kuat kuat dalam bilik, sampai "eh korang, cakap pelan sikit boleh tak?" heh heh bising sangat rupanya.

conclusion: aku sayang korang sampai bila bila!

burtuQaly: oh man. I miss them a lot. Allah, redhailah rasa rindu ini.

Thursday, April 12, 2012

tercabar?!

in the name of Allah alMusawwir - The Shaper of Beauty.


kelakar kan? dulu kita kenal dia, budak gemuk, debab, makan burger comot sampai ke dahi. tapi, sekarang bila nampak dia, kurus, makan sopan santun je, kacak pulak tuh! pergh bukan setakat drop jaw, malahan mata juga turut membesar tengok perubahan 180degree tuh. hewhew. peluk menitik nitik? rasa tercabar kan?!

heh. tapi, adalah lebih baik jika kita rasa tercabar dengan ...

"ana banyak belajar dari kesilapan-kesilapan lepas . sangat banyak kesilapan lepas dan jahiliyyah yang ana sudah lakukan walaupun ana sedar itu suatu kesalahan ."

okeh, serius yang ni betul betul rasa tercabar. ingat senang ke nak sedar dosa sendiri dan sedar untuk berubah? huish. aku pernah melalui saat saat turning point tuh. seriesli, tak mudah. so sekarang, bila kita tengok budak nakal bersepah sepah, keep on husnuzhon. sebab jangan terkejut kalau one day dia berubah, kita pula yang tertinggal. huaaa ada rasa nak hantuk kepala kat dinding tak?

“setiap anak adam sering melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan ialah mereka yang sentiasa bertaubat.” ( Ibn Majah ) - woah sentap okeh!


burtuQaly: akhir akhir ni, iman batuk selsema sikit. mungkin sebab tak biasa dengan bi'ah kat rumah yang lain dengan kat Darul Wafa'. ya Allah, bimbinglah aku untuk memelihara imanku, selalu dekat denganMu.

Wednesday, April 11, 2012

wafa'.

in the name of Allah alBari' - The Make of Order.


"tiket pukul berapa?" "1.30. nak hantar ke?" "nak! tapi, tak janji la. kalau Atqh boleh drive, dah lama bawak kereta meluncur pergi Sri Putri. nanti kalau Atqh tak boleh datang, jangan nangis tau."
---
"sedih seh awak takde tadi." hua. aku pun sedih kawan ... tsktsk. 090412 hari tu, budak JB dah selamat balik ke PSI. aku? kenapa tak balik? haha. aku pun taktau macam mana hari 060412 balik JB tetiba rasa nak angkut semua barang dari PSI. reason? Allah knows best. :)

"Dan Allah lah yang menautkan hati hati mereka. Jikalau engkau membelanjakan segala apa yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan hati mereka, tetapi Allah telah menautkan hati mereka. Dan Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (alAnfaal:63)


burtuQaly: mode sekarang ni sedang sangat merindui sahabat sahabat STAM kat Kajang. ya Allah, redhailah ukhuwah kami. izinkan kami membawa cinta kami hingga ke sorgaMu.

Monday, April 9, 2012

kasih.

in the name of Allah alKhaliq - The Creator.



kasihmu bukan untuk aku seorang,
aku harus melepaskanmu.

pergilah sayang, aku sudah redha.



burtuQaly: emosi kurang stabil akhir akhir ni. ya Allah berilah petunjukMu.