Sunday, March 20, 2011

staf?!

in the name of ALLAH alGhaniyy,

alhamdulillah, aku masih dikasihani oleh Empunya Kehidupan untuk aku terus menjadi hamba. moga kita sama sama sebahagian dari hambaNYA yang bersyukur kerna yang bersyukur hanya sedikit. (Saba':13) ehem ehem. wow rasanya dah lama betul aku tak update iman burtuqaly. ni semua sebab perak! yeah memori perak memang terbaik di angkasaraya la seh!

mana tak terbaiknya, jalan berjam jam atas tar, daki gunung/bukit yang subhanallah curam pergh, sakit tahan kaki yang melecet dalam boot. memang tak penat langsung! bila sampai destinasi, rasa heaven weh! ALLAH je yang tahu betapa bahagianya semua manusia bila dah sampai tuh.

masa masa mendaki tu, aku pernah je terfikir untuk stop daripada perjalanan. rasa macam kena tinggal kat situ pun takpe, sebab memang dah penat tahap parah betul. dengan boot berat, beg berat, canvas berat, jalan tenat. rasa give up la seh. tapi satu benda yang buat aku dengan semua sahabat aku tetap teruskan misi perjalanan. hmm apa dia?!

UKHUWAH. yeah. memang terbaik di ladang. nak terjatuh, ada yang tolong tolakkan ke depan. nak air, tiba tiba ada orang suakan botol revive. nak makan, ada orang suapkan oat krunch plus tuna. nak give up, ada yang tolong kuatkan semangat. "okay tak?" "biar ana bawak pulak canvas tu" "kumpulan satu kuat, sikit lagi sikit lagi!" huargh, mau menangis mengenang semua ni!

 dan satu kata kata sahabat aku yang aku akan ingat sampai bila bila; "perjalanan kita tadi memang penat sangat, hanya ALLAH yang tau betapa rasa nak give up je seh. tapi bila dah sampai tuh, pergh memang perasaan dia sangat manis. hah, sama jugak macam perjalanan hidup kita. hakikatnya kita semua menempuh jalan yang sama; jalan dakwah. dan jalan dakwah sangat pahit! tapi yakinlah, di sebalik pahitnya jalan dakwah, kita akan mendapat syurga yang manis insyaALLAH!" (recorded time refleksi malam)

huargh. sungguhlah memori staf kat perak takkan pernah hilang :")

BQ: infinity thanks buat sahabat terbaik; Pity, Dijah, Nadh, Bilon, Wana, Wani, Lina, CG. tanpa korang, mungkin aku, Qatu, Rai, Sapi, Shiba takkan mampu mendapatkan sijil tauliah staf sarjan. huargh jugak buat sahabat kumpulan gedik aku; Dk, Jihah, Nurul, Kinah, Huda, Jannati, Sapu, Sapi, Minah, Fathin. kumpulan kita memang terbaik di ladang seh! sayang giga semua :D

2 positive.:

~chickenrice~ said...

benci boleh?tak merasa lah bendabenda ni kat sini.huwa.dengar cerita je dah tahu memang terbaik dari kebun.aaaaaaaaaaa.(stress.haha.)semoga semakin bertambah ramainya staf yang gedikgedik ni,semakin mantap gak KRS SMIHJB.gogo KRS rangers.

+akufobia+ said...

boo staf gedik.zzz.