alhamdulillah. qiamullail dah berakhir dengan comelnya pagi tadi. aku tak reti nak describe, cuma satu je yang aku rasa memang wajib kongsi sebab memang kenangan terindah banat B13. huargh, aku paling suka time banat main ice breaking. pergh memang game terhebat ah!
okay kau imagine eh. 40 orang berkumpul kat tengah tengah lepas tu gaya macam nak sorak ramai ramai. "okay angkat tangan kanan semua orang. capai tangan siapa siapa pun." lepas tangan kanan dah pegang tangan orang lain. "tangan kiri pulak, capai je siapa siapa." habis je pegang tangan semua, "sekarang leraikan!" pergh biar betul kena lerai sampai jadi satu bulatan?!
impossible weh impossible. nak buat 7orang pun, lama nak lerai lagilah 40. paling tahan la kan semuanya berhimpit dan pegang tangan kawan kuat kuat. lagi sebelum tu semua orang main cream lelaki yang sapu sebelum shave, paling oily pergh. tapi semua orang tetap teruskan game.
satu demi satu kawan dapat dileraikan daripada keserabutan tangan bersilang silang. yang tak join main pulak saje nak jahat, tarik tangan orang yang main biar terlerai. walaupun tangan dah lekit habis, tetap nak pegang jugak tangan kawan erat erat. tapi tetap tercabut. terlerai. pergh sedih seh tak berjaya pegang elok elok tangan kawan. apa pun, still nak sambung balik tangan. yeah.
dan aktiviti mencipta bulatan masih giat. semua tak putus asa langsung. tak leraikan tangan langsung walaupun berpeluh habis. 15 minit berlalu. "okay korang, kita stopkan game ni. kalau nak habiskan jugak. kita ada masa lagi 30 saat je." sikit lagi. tinggal sikit cuma yang perlu dilerai! dan entah kenapa dalam masa tu, semuanya bergerak sangat laju. yang tak join tolong solve kan jugak. dan akhirnya semua terlerai daripada keserabutan tadi dan terciptalah bulatan ukhuwah. :)
"haiya haiya ya nisa', takbir!" ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR! bergema dewan dengan laungan tu. sungguh miracle weh. rasa nak nangis pun ada. banat batch13 memang terbaik ah. entah macam mana dalam keserabutan 40 tu boleh jugak lerai semua. pergh memang paling bersyukur weh! subhanallah, ALLAH terhebat. dan sungguh, ini memori terhebat banat B13.
kawan. walau macam mana hebat pun godaan ukhuwah kita, walau macam mana banyak pun orang yang ingin pisahkan kita, walau macam mana peritnya bila semua orang tak menyokong kita. yakinlah, ukhuwah kerana ALLAH mengatasi segalanya. let's loving because of ALLAH. :")
burtuQaly: mabit form5 terbaik! walaupun bukan semuanya diisi dengan suka (sebab duka memang belambak), tapi sebenarnya itulah yang jadi hard disk dalam kepala. huargh, i'm gonna miss this. T_T
2 positive.:
corrupt kan hard disc tu.jengg.
kena belasah.
Post a Comment