in the name of Allah alMubdi',
kalau dah nama study last minute, takkan sempat nak tertarik dengan buku orang lain.
okay, aku rasa sangat lega sebab dah berjaya exam selama seminggu. ingat mudah ke exam last minute? haish nak kena baca buku, fahamkan apabenda tu istihsan, istishab, hadis sahih hasan dhaif dan segala bagai memang ambil masa yang sangat lama sebenarnya. tapi tu lah, aku tetap setia dengan habit jahat aku ni. walaupun sekarang umur dah 16, dah belajar apa tu Avogadro Constant dan Avolokitesvara tu patung rupanya, tapi perangai tetap sama semenjak aku belajar apa itu ABC dan 123. mungkin patut mula berubah sebelum umur naik 17.
oh, aku teringat satu pagi exam, MC perhimpunan ada cakap;
"kalau exam, kita nak belajar last minute pun takpe. tapi, kalau dah nak mati, buat amalan last minute pun, memang takde guna."
sesungguhnya statement yang dia cakap buat aku terfikir. aku sendiri pun suka je belajar last minute. harihari bukan nak ulangkaji ke baca buku ke dengan istiqamah. esok nak exam barulah gelabah nak ingat apa maksud jahiliyah, hijrah RASULULLAH bila, Emanuel Gadinho Eredia cakap apa danlainlain. dan memang betullah fiman ALLAH; "manusia itu dijadikan (bertabiat) tergesagesa." (21:37)
aku kan manusia. kau pun manusia. ayat alQuran tu memang ditujukan untuk kita. aku tau, study tergesagesa memang best kan? tapi kadangkadang dalam habit tergesagesa tu, pernah tak kita terfikir untuk tergesagesa buat amalan banyakbanyak sebab mati kan bilabila. tak mustahil kalau ALLAH takdirkan, ini entry ciptaan aku yang terakhir dan ini entry terakhir yang kau baca sebelum mati.
moga ALLAH ampunkan kita.
burtuQaly: isnin iaitu esok, aku akan exam addmath dan aku sangat takut. harapan aku, moga aku tak FAIL je macam PS1. nightmare lah kalau dah tuisyen dengan ustazah kartini tapi FAIL jugak! adeh, moga dijauhkan.
2 positive.:
saya bukannya apa.
dan jujur; saya bukan empunya link ini.
saya cuma nak anda baca ini.
hanya sekadar renungan dan mungkin boleh disebarkan.
lagi seklai, saya bukan empunya link ini. [ saya dah minta izin empunya link utk sebarkan.kerana saya percaya isi post tersebut sangat bermanfaat ]
http://menujugerbangilahi.blogspot.com/2010/11/pemimpin-qiyadah.html
ingatlah, pemimpin tidak akan utuh /kuat tanpa ada orang yang hendak dipimpin.
hmm, terimakasih untuk link tu. saya akn ambil ibrah daripadanya. mungkin saya sendiri punya lemah. maaf kalau anda terasa dengan saya. terimakasih kerana prihatin.
Post a Comment