Sunday, September 16, 2012

kronologi.

dengan nama Allah yang mengatur dengan osem,


alhamdulillah. aku mempunyai kronologi 2012 yang rumit.

bulan 1 aku kerja tanam anggur kat rumah. tak fikir apa apa melainkan ambik lesen kereta. bulan 2 aku pergi PSI tetiba. belajar subjek STAM buat nota semangat bagai, gaya macam nak amik pekse. tapi awal bulan 4 aku berhenti. orang tanya kenapa. aku pun jawab, "aku prefer pergi PLKN daripada STAM." bunyi budak malas belajar kan? aku pun tak faham perangai aku nih.

bulan 4 sambung tanam anggur yang dah dibiar terbengkalai dan sambung lesen tak habis habis. pastuh bulan 5 konon je macam nak pergi Mersing, berkhidmat untuk negara. tapi ... aku tak pergi. orang tanya kenapa. "hahaha," tu je yang mampu aku jawab. dan akhirnya aku terdampar di rumah begitu saja. tapi aku tidak berputus asa dengan lesen, ada amik test JPJ 290612. failed bukit. aku buat muka pasrah, nak sambung lesen time UIA cuti selasa la nampaknya.

030612 pergi UIA. kos apa? aku taktaulah asal kelakar sangat dapat BEN. yes, english. bukan setakat umi, abah, adek badek, kawan kawan, gelak. aku pun turut gelakkan diri sendiri. aku mana suka, malah tak reti pun nak speaking english berabuk! tapi aku teruskan jugak hala tuju yang dah macam bersimpang siur nih. belajar english, public speaking bla bla, sampai awal bulan 8.

pastuh, dapat tahu pulak pasal jordan nih. pergi BTN orentasi segala bagai hinggalah habis semua. pastuh raya, dan sambung mendamparkan diri di rumah hinggalah bulan 9. bercuti sambil sambung lesen yang dah nak expired. test JPJ 040912. failed kat parking pulak LOL. "pakcik, esok saya nak pergi fly Jordan." dengan mata berkaca, air mata melimpah limpah, akhirnya boleh buat rayuan test lagi untuk kali ketiga pada hari yang sama! dan aku lulus, bukan dengan markah kesian, tapi dengan ketereran aku bawak kereta. LOL, 2 kali failed tuh aku pun tak paham.

kemuncak kronologi 2012 aku, dengan berbekalkan lesen kereta yang dah selesai akhirnya, sijil STAM dan ijazah BEN kononnya, 050912 aku fly pergi Jordan. alhamdulillah Irbid just nice la. kat sini baru aku rasa nampak jelas sikit hala tuju aku. insyaAllah kheir! :D

Atiqah bt Aminuddin. Degree Fiqh Wa Usuluh. Jami'ah Yarmouk.


burtuQaly: kesemua ini mengajar aku lebih matang, mungkin? hehe doakan aku sukses dunia akhirat please. ya Allah tiada sia sia apa yang Engkau aturkan, aku bersyukur untuk segalanya. :)

4 positive.:

adek said...

kisah hidup yang menarik. macam magickan. tiba2 berhenti stam. pastu masuk UIA. tibe2 ada kat jorden. but nice. Kenal mcm2 manusia. Ada dlm mcm2 keadaan. tercampak di tgh2 manusia yg sefikrah. pastu tercampak dekat alam IPT kat m'sia. pastu IPT jorden pulak. Pengalam adalah guru terbaik kita right? moga terus thabat :)

atqhamin said...

wuwuwuwu. aah betol tu~ kalau pergi plkn lagi ramai kenalan... cewah bunyi tamak. ahaks. mekasih adek. doakan sy thabat~

bittaufiq wannajah fi jamiah mu'tah. ana musytaqah ilaiki. :P

Husna AOmar said...

Akak pernah baca Salju Sakinah?

Ala tapi akak tak naik coaster, akak jalan kaki!

Hahaha wajibun baca yea :)

atqhamin said...

dah pernah bace... mcm bosan je. haha. takpe2 nanti sy revise balik, tk igt dah cite die. ahaks mekasih. :D