Sunday, March 20, 2011

staf?!

in the name of ALLAH alGhaniyy,

alhamdulillah, aku masih dikasihani oleh Empunya Kehidupan untuk aku terus menjadi hamba. moga kita sama sama sebahagian dari hambaNYA yang bersyukur kerna yang bersyukur hanya sedikit. (Saba':13) ehem ehem. wow rasanya dah lama betul aku tak update iman burtuqaly. ni semua sebab perak! yeah memori perak memang terbaik di angkasaraya la seh!

mana tak terbaiknya, jalan berjam jam atas tar, daki gunung/bukit yang subhanallah curam pergh, sakit tahan kaki yang melecet dalam boot. memang tak penat langsung! bila sampai destinasi, rasa heaven weh! ALLAH je yang tahu betapa bahagianya semua manusia bila dah sampai tuh.

masa masa mendaki tu, aku pernah je terfikir untuk stop daripada perjalanan. rasa macam kena tinggal kat situ pun takpe, sebab memang dah penat tahap parah betul. dengan boot berat, beg berat, canvas berat, jalan tenat. rasa give up la seh. tapi satu benda yang buat aku dengan semua sahabat aku tetap teruskan misi perjalanan. hmm apa dia?!

UKHUWAH. yeah. memang terbaik di ladang. nak terjatuh, ada yang tolong tolakkan ke depan. nak air, tiba tiba ada orang suakan botol revive. nak makan, ada orang suapkan oat krunch plus tuna. nak give up, ada yang tolong kuatkan semangat. "okay tak?" "biar ana bawak pulak canvas tu" "kumpulan satu kuat, sikit lagi sikit lagi!" huargh, mau menangis mengenang semua ni!

 dan satu kata kata sahabat aku yang aku akan ingat sampai bila bila; "perjalanan kita tadi memang penat sangat, hanya ALLAH yang tau betapa rasa nak give up je seh. tapi bila dah sampai tuh, pergh memang perasaan dia sangat manis. hah, sama jugak macam perjalanan hidup kita. hakikatnya kita semua menempuh jalan yang sama; jalan dakwah. dan jalan dakwah sangat pahit! tapi yakinlah, di sebalik pahitnya jalan dakwah, kita akan mendapat syurga yang manis insyaALLAH!" (recorded time refleksi malam)

huargh. sungguhlah memori staf kat perak takkan pernah hilang :")

BQ: infinity thanks buat sahabat terbaik; Pity, Dijah, Nadh, Bilon, Wana, Wani, Lina, CG. tanpa korang, mungkin aku, Qatu, Rai, Sapi, Shiba takkan mampu mendapatkan sijil tauliah staf sarjan. huargh jugak buat sahabat kumpulan gedik aku; Dk, Jihah, Nurul, Kinah, Huda, Jannati, Sapu, Sapi, Minah, Fathin. kumpulan kita memang terbaik di ladang seh! sayang giga semua :D

Saturday, March 12, 2011

away.

in the name of ALLAH ajJaami',


kadang bukan semua yang kita nak, kita dapat. dan bukan semua yang kita dapat, kita nak. err cuba fikir untuk beberapa minit. maaflah. bahasa aku tak tertanding dengan bahasaNYA; “boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (alBaqarah:216) WOAH terbaik pergh!

okay biar aku lurus kepada tujuan. aku kena pergi kursus staf sarjan kat perak untuk 5hari la seh. huargh, memang hidup ni perlukan banyak pengorbanan. nak taknak, kena nak jugak. cuma satu je. matlamat pergi mesti untuk cari redha ALLAH, sebab dengan redha ALLAH je kita boleh masuk syurga insyaALLAH. :)

burtuQaly: :)

Sunday, March 6, 2011

fillah.

in the name of ALLAH alMuqsit,

hai assalamualaikum semua. alhamdulillah, syukur seh UB dah habis dengan segala keperitannya. boleh lah aku bernafas elok sikit sekarang. hmm, intihanya UB boleh tahan lah. ada yang parah perit payah betul, tapi ada jugak yang boleh goyang kaki sikit. kira balance lah ecosystem UB kali ni. thanks to ALLAH.




eh aku ada terbaca satu hadis nabi nih. bunyinya;
[malaikat] [lelaki]
kamu hendak pergi ke mana? aku nak jumpa sahabatku kat desa ni. kau ada harapkan apa apa nikmat dunia tak daripadanya? tak, sesungguhnya aku hanya mencintainya kerana ALLAH. aku ialah malaikat yang diutus ALLAH. aku ingin mengkhabarkan padamu bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana kamu mencintai sahabatmu keranaNYA.
(insyaAllah sahih - hadis riwayat muslim)

pergh terbaik seh! aku like beribu. lagi bila aku dapat tau satu hadis qudsi nih; "cintaKU berhak untuk orang yang bercinta keranaKU" (hadis riwayat ahmad) :)

burtuQaly: aamacam? best kan bercinta kerana ALLAH? hah, kau bila lagi? jom. :D