Sunday, January 9, 2011

tolong.

in the name of Allah alMuta'ali,

alhamdulillah aku masih dapat survive di dalam lautan homeworks yang melemaskan. sungguhlah hidup sebagai seorang form5 bukan calang calang kehidupan. kalau aku nak describe pun memang susah, sebab hakikatnya sangat pergh dan tough habis lah senang kata. haish, moga aku dan kawan kawan bukan setakat survive je tapi berjaya menghirup setiap titis air lautan homeworks supaya SPM selamat, akhirat juga selamat. insyaALLAH. :)




baiklah, menuju kepada tajuk. hmm sejak akhir akhir ni aku sering disibukkan dengan pelbagai perkara. dan salah satu di antaranya ialah kerja dakwah. ya, lepas habis je perancangan unit penerbitan bulan disember masa tu, aku dan team dah kena start buat kerja. plus lagi dengan segala macam pertemuan untuk membincangkan perjalanan tarbiyah (kerohanian) pada tahun ni. plus lagi dengan halaqah (usrah) yang dah start daripada 2 minggu lepas. plus lagi dengan macam macam lah.

ya ALLAH, semuanya berat. berat. berat. bahkan sangat berat. sungguhlah benar jawapan Imam Ghazali pada anak muridnya; "apakah yang paling berat dalam dunia ni?" "batu besar? gajah? besi?" "ya, semua jawapan betul. tapi sebenarnya yang paling berat ialah memegang amanah.

mungkin sesetengah manusia ada yang tak faham. "aku tengok kau ni asyik usrah tak habis habis, balik lambat jangan cakaplah. boleh kata setiap hari. kau tak bosan heh? tak penat?" atau mungkin ada juga, "bro, aku bukan macam kau. dakwah sana dakwah sini. tapi ranking aku kat sekolah first wei. kau? dakwah tak habis habis, tapi result kau takdelah gempak sangat pun. ALLAH tak tolong kau ke bro?" ades, pedih pedih.




aku ingat lagi naqibah aku pernah kata; "ikhlas dalam berdakwah, jadikan kita kuat untuk melakukan pengorbanan. tak kisah lah pengorbanan dari segi apa. jiwa, masa mahupun wang ringgit." asal ikhlas itu ada, semuanya akan menjadi mudah. haa dan satu lagi. pertolongan ALLAH bukan datang dari keputusan periksa je dan tak semuanya datang laju laju. mungkin ALLAH nak uji iman kita, maka ALLAH lambatkan sedikit pertolonganNYA. kalau study kurang excellent, kerjaya insyaALLAH terbaik kan. cuma satu je, kenalah sentiasa bersangka baik dengan ALLAH.

yakinlah, jika kamu menolong menegakkan agama ALLAH, ALLAH akan menolongmu. (Muhammad:7)

burtuQaly: aku tak update bukan bermakna aku tak online. aku online, cuma untuk blogging aku mengambil masa yang agak lama. jadi, aku rasa macam tak sempat je nak update. maka, barulah hari ni aku update. ya Allah ini jalanku, dan aku bahagia berjalan di atasnya. :)

4 positive.:

Ma-E said...

'Dakwah:bukan jalan mudah'..mmg pedih..pedih beb..tp jagn pernah kite lupa..Allah x akn pedihkan kita wlupun sekali..melainkan sbgi tarbiyah untk kita..timkaiya??coz Allah tlh menjanjikan sesuatu yg manis sbagai natijahnye.

utrujah said...

sesungguhnya sebaik pemolong dalam urusan duniamu atau akhiratmu, cuma Allah:)
this is only the start. there's much more waiting outside...jalan ini panjang. jg iman. moga tak pancit

chan said...

rintangan pasti melanda,jangan mundur walau selangkah..truskn prjuangan higga k akhirnyya..andai kau guguur,andai kau syahid..kau diredhaiNA..:)[syuman pnh dgn kasih sayang]..

atiqah amin said...

mae; cehh apa beza Ma-E dengan chan seh? teruja la tu hahaha :D yup, dunia pahit sebab syurga manis kan.

kakak; moga moga tak pancit. yeah, moga moga. yeay thx gangleks.