Monday, January 24, 2011

sihat.

in the name of Allah alBarr,

assalamualaikum semua! :)

setelah berpuluh hari aku membiarkan ini jalanku sepi, maka nak tak nak aku kenalah jugak update iman blog ni. alhamdulillah. ALLAH super terbaik, bagi aku dan kau hidup lagi untuk cari bekalan akhirat. ye lah, ALLAH pun taknak kalau sepanjang kita hidup, kita cuma mampu cari bekal karipap je kan. sebab tu lah ALLAH bagi nyawa lagi untuk kita cari bekal nasi ayam pulak. haha ya, analogi aku memang tahap boo. kau ambil mesej yang tersirat je lah kan.



hingus tak berhenti meleleh, macam mana nak berdakwah dalam pengucapan?!

haa, sekarang ni musim sukan kan? aku tau semua orang bahagia dengan latihan sukan setiap hari. sebab sebenarnya hakikat manusia memang malas belajar suka jadi sihat kan. dan lagipun untuk jadi muslim terbaik, kenalah sihat. kalau muka kau lesu, tisu hingus berbakul bakul, setiap minggu mintak MC je, macam mana lah kau nak pergi dakwah kat orang. orang pun malas nak dengar, tengok muka kau pun terus lari sambil sumbat telinga dengan tangan. peh hiperbola.

okay cakap pasal sukan, benda kelakar yang selalu berlaku kat sekolah aku ialah, asal sukan je mesti emosional. asal lari menang nombor dua pun emosional. asal lempar cakera batal pun emosional. asal kalah main netball pun emosional. pastu nangis berbaldi baldi. heish, susah betul. kalaulah seorang muslim tu betul betul berniat macam ni; sukan untuk sihat. sihat untuk dakwah. dakwah untuk syurga ALLAH. haa, kan lebih mudah macam tu. emosi gerenti dapat dikawal punya! percayalah aku weh.



kalau kau lari macam ni, memang kena terajang dengan kapten rumah sebab lembab sangat.

cuma satu perkara kita perlu ingat sampai mati; "orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh ALLAH daripada mukmin yang lemah." (Muslim dan Abu Hurairah) maka? tak rugi pun kalau kau lompat lompat lari semangat semangat sampai semput, sebab yakinlah semua tu buat kau jadi makin kuat punya! kuat pulak ALLAH cinta. jom la kita sama sama jadi hamba yang dicintai ALLAH.

burtuQaly: sukan tahun ni tough beb. aku sebagai form5 memang kena kerah buat macam macam, dan kena jadi paling proaktif ah. heish tapi apa pun aku suka. itulah yang jadi kenangan terindah sebelum habis sekolah. tsktsk, dah nak habis sekolah aku rupanya. T_T HIDAYAH MEMANG TERBAIK! :D

7 positive.:

~chickenrice~ said...

terima kasih. :"> hahaha. peh nak tolongtolong sukan. go merah go.

+akufobia+ said...

hidayah mana 1 yang terbaik?haha.chicken ni?ngaa.

ohh.bagus la emosi.sebab memang nak yang terbaik.sebab DIA memang suka yang terbaik.kan?hee.tapi kalau da tak jadi yang terbaik tak harus mengaku kalah gak.kan?aleale.

atiqah amin said...

daya; peh perasan paling semangat. bencinya. haha nak tolong sukan? free ke anda makcik? kalau ya, silaa. lama taknampak mata sepet itu. huahua.

abang; sebenarnya apa abng bebel pun atqh tak paham. haha tapi ya lahh, mana boleh mengaku kalah dlm apa jugak benda kan.

+akufobia+ said...

atiqah selalu slow.macam arnab.

Ma-E said...

hehe..'KARIPAP'...okey..da faham..cntact hati ke-18...ngaa~

+akufobia+ said...

haa?

atiqah amin said...

abang; memang slow. siput sedut pun lagi laju. hakhak.

mae; mana ada 18. 2000 dah. hahaha. :D