in the name of Allah alAhad,
okay mungkin macam lawak seh aku nak post pasal budak sebelah aku ni. tapi sebab hari ni 30november dan entry aku yang lepas adalah pada 28november. maka aku nak update. jadi, hai Anisah. selamat hari lahir. moga dengan usiamu yang semakin bertambah, imanmu juga turut bertambah. ameen. :)
okay aku memang skema. ayat tu memang habis kat situ je. takde sambungan macam "I love you, hikhik." ataupun "Atiqah sayang Anisah sangat!" ataupun apa apa la. aku taknak. sebab aku entah. ego mungkin, haha. hish apa aku kisah. bagi aku, untuk menyayangi seseorang, kau tak perlukan madah berkias, kata kata hikmah atau segala bagai. tapi hati tu. hati tu lagi penting ye kawan kawan. kalau cakap sayang tapi hati tak ikhlas, sorry la aku cakap, tapi baik buang sayang kau tu dalam tong sampah. kerana mungkin kau sayang dia kerana harta? atau rupa? atau dunia semata? sia sia lah.
dan satu benda yang lari topik sikit tapi kira fenomena la yang berlaku kat dunia ni mungkin. luahan sayang itu lebih banyak ditujukan kepada sahabat berbanding keluarga sendiri. haaa, betul kan? okay aku taknak tunggu jawapan macam Dora The Explorer atau Blue's Clues. tapi bagi aku BETUL!
kalau dalam family. kau jumpa hari hari, mungkin lama lama pun bosan. lagipun, sejak dilahirkan lagi, kita dah dibesarkan dengan diorang. jadi macam "okay, takpe esok jumpa lagi." tapi lain pulak kalau yang duduk asrama. sebab dah lama tak jumpa, mula lah SMS, "mama, adik rindu mama! nak balik rumah. kat sini bosan la. T_T." atau "kirim salam peluk cium along ye untuk diorang. argh rindu seh semua orang!" lepastu bila dah balik rumah, perangai sama je, mana ada jiwang jiwang. ego kan?
entah, bagi aku. sayang tu lebih senang untuk diluahkan kepada sahabat sendiri. sebab, mungkin pada awalnya semua orang tak kenal masing masing dan bermula dengan asing. hmm, kalau nak kiss pipi pun tak kisah kot. tapi kalau dengan family, mungkin sikit je kot manusia yang buat macam tu. ahh aku pun tak faham la kenapa. tapi mungkin sebab faktor sebaya. hmm, ya! sebab dalam family selain kembar semuanya bukan sebaya. jadi fikiran lain lain. hmm mungkin sebab tu kot.
haha dunia ni memang pelik kan? tapi takpe, asal sayang tu masih ada. haa, aku setuju dengan quote ni; when you look at your life, the greatest happinesses are family happinesses. (Joyce Brothers) yeah betul betul. kalau aku sendiri la kan, untuk pilih antara holiday dengan family atau kawan kawan. aku prefer family la. sebab family aku best. :) ye, aku tau. family semua orang best bukan aku je =='.
tapi kan. sebelum sayang diorang. kena ingat balik lagu ni.
satu satu saya sayang ALLAH. dua dua sayang RASULULLAH. tiga tiga sayang ibu ayah. satu dua tiga sayang semuanya.
kalaulah dengan cinta manusia itu melebihi cinta kepada ALLAH dan RASULNYA, maka iman kita belum cukup sempurna. buktinya; "tidaklah beriman (secara sempurna) salah seorang dari kamu sehingga AKU lebih ia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan segenap manusia." (HR alBukhari) so, put ALLAH first okay?
burtuQaly: untuk katakan sayang pada family, aku lebih suka katakannya di alam maya. atau lebih telus, dalam hati sendiri la. okay, aku sayang family aku. :) alamak, runtuh ego aku. haish.
4 positive.:
eh, rasulullah kata, kalau tahabbu, kena tahaaddu la.hahaha amacam?
hekhek. kalau sayang kena saling memberi hadiah? aaa. taknak. duit simpan poket lebih elok kot. haha.
selamat hari lahir to ur friend:)
hahaha she is not my friend. she is my sister. haha lawak la.
Post a Comment