Sunday, November 28, 2010

berubah.

in the name of Allah alWaahid,


alhamdulillah, aku dah tahu result semester dua. dan aku berpuas hati la walaupun takdapat 7A+ macam orang tu. aku cuma 2A+ je, haih bersyukur atiqah bersyukur. tapi apa pun sekurangnya ada peningkatan la. dah takde fail dan semuanya lulus, termasuk addmath! infinity thanks to ALLAH :)

oh ya. sebenarnya lepas tengok result, aku baru sedar satu perkara. aku ni bukanlah seorang manusia yang berotak lembab sangat pun, cuma pemalasnya aku astaghfirullah hanya ALLAH yang tahu. mungkin kalau aku cuba berubah, hidup aku akan jadi lebih baik. okay bukan akan tapi memang akan jadi lebih baik, dengan izinNYA.

ye lah, sebab manusia sentiasa akan berazam untuk menjadi yang lebih baik. sebab baik memang best. haa, dulu dulu time sekolah rendah aku belajar aqidah. untuk mendapatkan hasil yang baik, pertama mesti takut dan berharap, kedua berusaha dan berikhtiar dan terakhir tawakkal dan berserah. aku masih ingat sampai sekarang sebab aku pernah kena suruh berdiri sebab tak ingat apa tiga benda tu, lepastu ustazah suruh ulang banyak kali. haha, apa pun, terima kasih ustazah.

dan aku percaya, yang aku belajar tu semuanya betul. cuma kekuatan untuk mempraktiskannya je kurang ada. haish. tahun depan dah form5 la seh, dah besar boleh kahwin dah sebenarnya. kalau aku takde semangat untuk berubah menjadi lebih baik, nescaya hidup aku akan menjadi parah dan mungkin akan dibedah oleh doctor heli. haha, code blue!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri." (arRa'd:11)

okay berbalik kepada topik. tentang berubah. tadi aku macam biasa la kan online facebook, dan aku tertarik dengan satu post entry yang dikongsikan oleh sahabat aku. dan entry tu ditulis oleh seseorang yang bagi aku cukup luar biasa. kerna apa? haa, kerna dia seorang muslim yang berubah. berubah menjadi yang lebih baik.

daripada free hair kepada bertudung. bukankah itu perubahan yang cukup sukar bagi seorang perempuan yang sudah biasa tidak bertudung? dan sebenarnya untuk istiqamah itu lebih susah. kan? dan dia, bagi aku mungkin belum berubah secara total, tetapi semangat yang aku lihat dalam penulisannya, buat aku merasa kerdil walaupun dia cuma bertudung pendek dan aku pulak bertudung labuh.

sungguh, aku sangat kagum dengan insan yang pernah berubah. kerna macam yang banyak kali aku ulang dalam blog; berubah itu bukan mudah. aku pernah cuba nak berubah, jadi baik. tapi lepastu buat lagi benda jahat tu. lepastu jadi baik balik, dan lepastu buat jahat balik, dan baik balik, dan jahat balik, dan baik balik, dan begitulah seterusnya sehinggalah akhirnya aku menjadi begini. okay, takyah persoalkan begini tu macam mana. orang yang kenal aku mungkin lebih 'arif dan tahu. hmm, mungkin.

untuk kamu yang sedang melakukan perubahan ke arah kebaikan. ingatlah, semakin kita mendekatiNYA, semakin banyak kita diujiNYA, kerna kita disayangiNYA. maka, tetaplah dengan jalan ini, ISLAM.


burtuQaly: selepas tengok code blue. aku tengok jugak code blue season 2! okay, kalau nak kata aku kemaruk pun tak kisah la kan, tapi yang penting aku dapat banyak moral values. dan paling penting, cerita dia banyak scene sedih sedih yang menginsafkan sampai aku menangis secara serius. hish BEST la, semua orang kena tengok. terutamanya budak BIOLOGI. haha. :D

2 positive.:

nashrah said...

kenapa mesti nak ada kawin jugak kt sini? haish... atiqah, sabar laa. kasi jalan kt nashrah dlu. hahahaha.
tapi kita suka ni "berubah itu bukan mudah". haa, mcm best la ayat tu.
mujahadah memerlukan satu pengorbanan! :)

atiqah amin said...

hahaha nashrah ni cepat aje pasal kahwin eh. atiqah tertype secara tak sengaja. memang takde niat pun. mungkin dah takdir haha! yup, mujahadah. waaa berat tu. moga kita kuat kan nashla? :)