Sunday, December 27, 2009

a memoir.

in the name of Allah arRaafi',

kemtahfiz09: a memoir
perhatian: entry ini saaangat panjang, jika anda rasa bermanfaat, iqra'!

kawan, ingat tak bila kita samasama dengar ceramah ustaz hasanuddin tentang Quranbergerak. dan bila berbuat kumpulan, masingmasing nak kumpulan dengan batch sendiri. sukarnya masa tu ingin memecahkan iceice antara setiap batch.

kawan, ingat tak bila kita samasama dengar tazkirah subuh dari seorang akh. dan itulah satusatunya tazkirah yang bersama banin. kerna dianggap berterusan. banat datang dengan muka malumalukucingnya masuk musolla. "sekian terima kasih." dan banin menderaikan ketawa sedang banat tersipu dah taktau nak buat apa. betapa sebuah kenangan.

kawan, ingat tak bila kita samasama pergi tandas bawah, nak mandi sebab masa tu SPM takhabis lagi. masingmasing mengecop dengan cekap. form3 selalu kalah bab copmengecop. sebab sikit. kalau dulu, form2(form3 lah) selalu cepat mandi tapi paling lambat siap. sebab form2 dulu ramaiii. dan bisssing.

kawan, ingat tak bila kita samasama menghafal. duduk dan terus menghafal. sungguh, waktu itu hati berasa tenang setenang air di muara. kerna bukan liriklagu yang dihafal, bukan formula matematik yang complicated, tapi suratcinta dari pencipta cinta. benarlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

kawan, ingat tak bila kita samasama bermain game setiap waktu riadhah. bermula dengan kapal karam, splat, cepat kenal, gerbang ukhwah, sungai acid dan AEIOU batang kayu. dan disambung lagi dengan game konstentrasi, galah panjang, ice water, killer, kahwin-cerai-rujuk-cinta-tunang-taaruf dan game terakhir di kemtahfiz; crazy hand. semuanya indah. kerna saat itu terasa ukhwah diikat dengan lebih. seperti menggunakan ikatan stopper.


kawan, ingat tak bila kita samasama mengantuk kecuali pentazkirah hari tu. nak dicergaskan sampai kena berjalanitik ramairamai. memang seronok. lepastu ada time main ombak, larilari sampai bergegar, capkalicap, danlainlain. memang takberani nak tidur. sebab dahlah halaqah kecil je, kalau sorang tidur, semua tau. haru je.

kawan, ingat tak bila kita samasama bergambar pada malam yang bukan terakhir. tetapi semangat tercepat seminggu sebelum. masingmasing mengeluarkan diri masingmasing. dan mesra memang terasa. "kak aya macam menyibuk." "zulfa, reti senyum tak?." dan lainlain.

kawan, ingat tak bila kita samasama buat surprise untuk nani-tangan-terlebih-cergas dan kaksakinah-yang-muka-mamai-baru-bangun-tidur. sebelum mereka masuk musolla yang gelap gelita, "awak, kita buat apa dalam ni?" "bila diorang masuk, apa kita nak buat?". kerna perancangannya singkat. tetapi mungkin kerana kesatuan hati dapat juga menjayakan malam tu. selamat hari lahir nani dan kak sakinah.


kawan, ingat tak bila kita samasama duduk depan dormizzah ramairamai. cakap pasal pantun naik basikal pergi sabah, pergi sabah naik basikal, adakah munasabah, pergi sabah nak basikal. lepastu, isu hadis timbul. pilihlah hadis yang ke 9 nak dibacakan, pasal sabar sebab form3 semua pilih nombor9 nak 9A.

kawan, ingat tak bila kita samasama menyanyi langkahtercipta+ertisahabat pagi result PMR keluar. saat tu, rasa lebih kuat untuk menghadapi apa jua keputusan. betapa Allah menganugerahkan ketenangan buat siapa yang selalu dekat denganNya.

kawan, ingat tak bila kita samasama berjamuan khas untuk form3. takfaham kenapa form3 lembab sangat nak syak yang formlain buatkan surprise. di asrama, takde formlain kecuali form3 masa petang tu sebab mereka practice persembahan. awalawal memang hairan. tapi macam hairan yang takde rasa apaapa. entah kenapa, mungkin form3 terlalu bersemangat cerita tentang result PMR sampai dah taktoleh manamana. form3 memang sangat lampi.

kawan, ingat tak bila kita samasama tidur dalam satu bulatan. macam intensif07 ada buat jugak. nama bulatan tu rantaian ukhwah kot. yang pastinya bukan rantaian makanan danlainlain. manisnya ukhwah terasa bila semua-tidur-sebelah-takboleh-form-sama. sebab kat asrama pun tidur semua asobiah sikit. manisnya ukhwah kan bila tidur bersama.


kawan, semuanya indah kan? kerna lapangnya masa selalu diisi dengan manisnya ukhuwah.
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. aku mohon
burtuQaly: aku rindu kemtahfiz09, tapi tak bermakna aku lupa kemtahfiz08... kawan, aku bukan amnesia. ohh fadhilah, nak gambar kemtahfiz. *semangat*

16 positive.:

ⓝⓐⓝⓘ said...

wah . . post yg paleng gramatis yg ku penah bace . . ek ehem! nani-tangan-terlebih-cergas? . . apekah? tapee2

ⓝⓐⓝⓘ said...

haha kite pun tersedih bace post ni :D . . hooho . . title game yg terpnjng di dunie <<kahwin-cerai-rujuk-cinta-tunang-taaruf

nQarirah. said...

haha, game yang kite menang tuhh.
so sweet lahh ;D

atiqahamin. said...

>nanino
gramatis. haha, kte kn bdk cemerlang BM wlupun dlm slip PMR,BM xde cemerlang. er.. lupekan...

best ape name nani-tgn... (sambung sendiri).. name game tu pun best. haha ;D

>qar
nak riya' lh tuh.. ishish. game tu sweet, org yg mng tu xsweet lngsung. haha.

Raden Qurratu 'Aini said...

rindu kem tahfiz itu walau pun hanya sbg fesi.

sorry kalau kehdiranku hanya mcm seorang penyibuk.

kak aya ;p said...

haha, bukan kite menyibuk. sume penyeri buat lensa kamera. wah3.

cehs, kite HAMPIR mng game-name-pnjg-sgt-tu.

yeh, rindu previous kem tahfiz.
ngee!~ dah xde kem thfiz da psni :(

Syaima Hasanuddin said...

hahaaha

semua sibuk ckp psl tgn nani

hehehe

k qari ana nak menang dh mase
tpi disebabkan x dgr die ckp

t-a-a-r-u-f

ana kalah

yg penting ana memang sweet ngan kak nabila .. lalalala

nQarirah. said...

ehh syaima' dengki!

kalau dah kalah tuh, terima jelaa eh.
kte dgn kak afiqah paling sweet!
haha sebab tuh jadi champion game nih ;D

ⓝⓐⓝⓘ said...

hoho sume dh prasan . .

atiqahamin. said...

ehh, kte pun hmpir mng heh, huhu. cume bile tukar jantina mcm gelabah sikit... maklumlah, kte kn bersyukur dgn jantina kte skrng. haha ;D

+ehh, post ni dh jd tmpt reunion bdk kemtafiz ehh?

Syaima Hasanuddin said...

err ..

jom blk blog k qari..

k tiqah dh perasan lah~~

*tukar tukar jantina = khunsa

hahaa

atiqahamin. said...

ehh, sejak bila ade dictionary ckp tukartukar jantina=khunsa..?

syaima', ajaran sesat lah.. ;)

adawiyah said...

hmm...
apekah yg dibincang
oleh 3 budak nie...
huh... nak join...
nak join....

adawiyah said...

alamak biler bacer
balik comment yg kat atas
tu...
terasa agak skema ye...

atiqahamin. said...

abess, sedaghe CHENG dah smpi sini... ;D awk ketinggln lah wobi', ktorg siap bincg psl politik lg. haha ;D

Syaima Hasanuddin said...

errr

mmg lah x der dlm dictionary

sbb ade dlm kamus *bhs melayu yer

*mne ade politik tipu itu x baek punyer