"ingat tak zaman dulu dulu? zaman jahiliyah kita kita?"
hahaha. aku tergelak. "mana boleh tak ingat. teruk sangat."
"haah kan. kan dulu anti yang paling advanced."
dan memori terimbas, takkan pernah aku lupa ...
____________________
bas tiba di perkarangan sekolah. aku melangkah dan menapaki satu persatu anak tangga. fokus utama ingin menuju ke kelas.
"nah, dia bagi." lelaki itu mendekati, menghulurkan sesuatu.
aku menerima dan memandang pada apa yang di tangan. surat? aku tersenyum. hati sudah tahu siapa pengirimnya.
____________________
itu masa lalu aku. konon pada awalnya menjadi rahsia dengan kawan kawan. tapi akhirnya hampir satu batch tahu mengenai perkara merepek ni.
one word, kelakar.
masuk sekolah menengah, kawan aku dari sekolah lain terkejut. terkejut dapat tahu aku jadi PRS aka naqibah. sebab dia tahu masa lalu aku di sekolah rendah. katanya, "dulu bukan main nakal eh Atiqah, sekarang ... amboi."
aku tersenyum. hati manusia berbolak balik kan?
burtuQaly: dan sekarang, aku lebih tenang hidup begini. cinta pada Pencipta Cinta dan kerana Pencipta Cinta. :) Allahurabbi, teguhkanlah aku.
2 positive.:
Terbaikkk.. cintan cintun mu!
okeh mengaku sekarang siapa anonymous kali ni? humm.
Post a Comment