Friday, April 29, 2011

random.

in the name of Allah adDaar,

yeah. aku masih diberikan nikmat iman, nikmat islam, nikmat kehidupan, nikmat tarbiyah, nikmat keluarga, nikmat sahabat, nikmat cinta dan banyak lagi nikmat yang aku tak mampu sebut semua. sungguh, benarlah yang ALLAH firmankan; "jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya." (anNahl:18) alhamdulillah, terima kasih ALLAH.

23 april 2011; selepas dua kekalahan. :)

fuh. habis sudah segala pasal netball. penat lelah latihan 2bulan, berakhir dengan 2hari yang sangat bahagia. 1hari menang, 1hari kalah. dan aku sangat bersyukur. kerna aku yakin DIA lebih tahu yang terbaik untuk kami. hmm apa pun, sekarang aku patut lupakan netball dan mula fokus untuk study sambil mencari redha ALLAH dalam SPM nanti. moga ALLAH permudahkan jalanku.

baiklah, kehangatan pilihan raya sangat terasa sekarang. tampuk kepimpinan akan berubah dalam masa yang tinggal sikit je lagi. form4 dan form3 akan memerintah, dan form5 akan mula struggle untuk SPM. ya, sesungguhnya aku takut. takut melepaskan jawatan, di saat aku belum sempurna memikulnya. takut melepaskan jawatan, di saat aku belum sempat menghargainya. ya ALLAH, kuatkan aku.

ya, aku tau. form5 akan melepaskan jawatan. tapi, ketahuilah. di bahu kami masih tergalas tanggungjawab yang takkan pernah habis. insyaALLAH selagi belum tiba masanya untuk kami meninggalkan sekolah, tanggungjawab itu takkan pernah dilupakan. maka bersabarlah budak budak kecik sekalian, 7bulan je lagi kami bertapak kat hidayah ni. sekejap je lagi, alumnilah kami semua dah.

sekolah 5tahun aku, sayang la seh.

pergh. cerita pasal nak tinggalkan sekolah, sungguh aku belum bersedia la seh. untuk berjauhan dengan sekolah, kelas aircond, guru guru, sahabat sahabat, adik adik, memang terasa sangat berat tak terangkat. 5tahun aku dapat nikmat semua ni, dan akhirnya aku kena tinggalkan semuanya. sungguh, pahit weh nak terima hakikat yang aku dah tua dan terpaksa keluar sekolah!

burtuQaly: akhir akhir ni, pergh tersengguk dalam kelas je seh kerja aku! haish. aku pun tak faham seh kenapa. rasa berdosa weh tertidur dalam kelas. huh. ya ALLAH kuatkan aku bermujahadah melawan nafsuku. aku nak mencari redhamu ALLAH, bantu aku. :)

1 positive.:

CG said...

walau kau da pergi..kau tetap setia d hatiku sahabat..moga Allah redha akan cinta kita hanya keranaNya