Friday, April 29, 2011

random.

in the name of Allah adDaar,

yeah. aku masih diberikan nikmat iman, nikmat islam, nikmat kehidupan, nikmat tarbiyah, nikmat keluarga, nikmat sahabat, nikmat cinta dan banyak lagi nikmat yang aku tak mampu sebut semua. sungguh, benarlah yang ALLAH firmankan; "jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya." (anNahl:18) alhamdulillah, terima kasih ALLAH.

23 april 2011; selepas dua kekalahan. :)

fuh. habis sudah segala pasal netball. penat lelah latihan 2bulan, berakhir dengan 2hari yang sangat bahagia. 1hari menang, 1hari kalah. dan aku sangat bersyukur. kerna aku yakin DIA lebih tahu yang terbaik untuk kami. hmm apa pun, sekarang aku patut lupakan netball dan mula fokus untuk study sambil mencari redha ALLAH dalam SPM nanti. moga ALLAH permudahkan jalanku.

baiklah, kehangatan pilihan raya sangat terasa sekarang. tampuk kepimpinan akan berubah dalam masa yang tinggal sikit je lagi. form4 dan form3 akan memerintah, dan form5 akan mula struggle untuk SPM. ya, sesungguhnya aku takut. takut melepaskan jawatan, di saat aku belum sempurna memikulnya. takut melepaskan jawatan, di saat aku belum sempat menghargainya. ya ALLAH, kuatkan aku.

ya, aku tau. form5 akan melepaskan jawatan. tapi, ketahuilah. di bahu kami masih tergalas tanggungjawab yang takkan pernah habis. insyaALLAH selagi belum tiba masanya untuk kami meninggalkan sekolah, tanggungjawab itu takkan pernah dilupakan. maka bersabarlah budak budak kecik sekalian, 7bulan je lagi kami bertapak kat hidayah ni. sekejap je lagi, alumnilah kami semua dah.

sekolah 5tahun aku, sayang la seh.

pergh. cerita pasal nak tinggalkan sekolah, sungguh aku belum bersedia la seh. untuk berjauhan dengan sekolah, kelas aircond, guru guru, sahabat sahabat, adik adik, memang terasa sangat berat tak terangkat. 5tahun aku dapat nikmat semua ni, dan akhirnya aku kena tinggalkan semuanya. sungguh, pahit weh nak terima hakikat yang aku dah tua dan terpaksa keluar sekolah!

burtuQaly: akhir akhir ni, pergh tersengguk dalam kelas je seh kerja aku! haish. aku pun tak faham seh kenapa. rasa berdosa weh tertidur dalam kelas. huh. ya ALLAH kuatkan aku bermujahadah melawan nafsuku. aku nak mencari redhamu ALLAH, bantu aku. :)

Sunday, April 17, 2011

netball.

in the name of ALLAH alMa'ani,


alhamdulillah masih disayangi olehNYA.

ehem baiklah, lepas beberapa minggu weekends aku pack habis, aku tak sangka hari ni aku bercuti. awalnya, aku cadang nak join kelab ICT SRT punya lawatan kelab, tapi bila memikirkan aku tak cuti lagi semenjak habis kursus, maka tinggallah semuanya menjadi angan angan. mungkin ALLAH ingin aku bertafakur sebentar tentang kehidupan aku kat dunia ni. hmm mungkin.

wow akhirnya, minggu ni kemuncak segala latihan team netball sekolah aku! setelah berapa bulan menghadap matahari, hujan, mendung setiap hari sampai petang, maka dah tiba lah masa untuk kitorang praktikkan semua ilmu netball. fuh fuh. esok, ada friendly match dengan SSI, esok lagi dengan siapa entah. dan jumaat sabtu ahad, MSSD MATCH! pergh terbaik!

fuiyoh fuiyoh memang aku tak cuak langsung la seh. nak berdepan dengan manusia pelbagai hebat yang sizenya sukar untuk dijangka. aduh aduh. tapi takpe, sebenarnya aku takyah kisah pun. sebab doa sudah, usaha sudah, hanya tinggal tawakkal je lagi. dan aku tau, tawakkal bukan mudah. setakat senang untuk dikata, tetapi untuk diperbuat dengan sebenarnya pergh payah la seh.

tawakal tu, bak kata Ibn alQayyim; "pekerjaan dan ibadah hati di mana hati seorang hamba itu bergantung kepada ALLAH, yakin kepadaNYA, kembali kepadaNYA serta menyerahkan segala urusan kepadaNYA, juga redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuknya"

hah amacam? susah kan tawakal tu. yelah, manusia. lebih yakin dengan teknik, kehebatan dan strategi untuk mencapai kejayaan. sampai lupa untuk meletakkan pergantungan hati kepada ALLAH. sedangkan, semua berlaku dengan kehendak ALLAH. semua. ya, SEMUA! kalau ALLAH tak izin suatu benda tu berlaku, memang takkan jadi apa apa la kan? so, optimis sudah.

setelah kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. (aliImran:159)

burtuQaly: yeah, lets pray for the best. then ALLAH will do the rest. moga ALLAH redha. :)

Sunday, April 3, 2011

penat?

in the name of ALLAH alMughni,

kerna kasih dan cintaNYA, aku dan kau masih diberikan nafas iman dan islam sehingga saat ini. moga kita daripada golongan hambaNYA yang bersyukur. now, lets give infinity of thanks to ALLAH. alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah, terima kasih ALLAH kerana menyayangiku. :)

please, be an optimist! smile even it is harddd.

baiklah. hidup aku sekarang memang di tahap terbaik. cuti sekolah pergi kursus. minggu lepas pergi mukhayyam pemimpin KRS, semalam pergi mukhayyam tarbawi PRS. setiap hari ada latihan MC, sambung pulak netball sampai pukul 6.45 petang. pergh memang terbaik di ladang la seh.

aku bukan nak mengeluh. tapi kalau nak mengeluh pun boleh. tapi sebenarnya tak boleh! emm, sebab aku yakin hakikat hidup memang macam ni. imam Syafie sendiri kata; jangan mengeluh kerana hidup ini menyusahkan sebab memang demikianlah hidup itu diciptakan. yeah itu dia!


don't sleep, or your friends will switch off the light.

sepenat mana pun balik lambat setiap hari, sengantuk mana pun nak belajar dalam kelas, seteruk mana pun markah chemistry, hidup mesti diteruskan jugak! yang penting, IKHLAS. asal kau ikhlas dalam setiap susah payah kerana ALLAH, dan kau niatkan segalanya untuk mencari redha ALLAH,

insyaALLAH, hidup kau akan jadi bermakna. :)

burtuQaly: memori mukhayyam memang terbaik la seh. aku tak mampu nak gambarkan dalam burtuqaly, sebab tak terungkap dengan kata kata. :)