Thursday, December 31, 2009

2010.

in the name of Allah alMu'iz,

photograph by: syifa'

selamat tinggal 2009, welcome 2010.
moga 2010 menjadi tahun yang lebih yang lebih baik daripada tahuntahun sebelumnya.

"barangsiapa yang hari ini dia lebih baik daripada semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia daripada kalangan orang yang rugi. dan barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka." (hadis Rasulullah SAW)

burtuQaly: AYUH! bersama menjadi beruntung :) kerna keberuntungan itu insyaAllah membawa ke syurga hakiki.

Sunday, December 27, 2009

a memoir.

in the name of Allah arRaafi',

kemtahfiz09: a memoir
perhatian: entry ini saaangat panjang, jika anda rasa bermanfaat, iqra'!

kawan, ingat tak bila kita samasama dengar ceramah ustaz hasanuddin tentang Quranbergerak. dan bila berbuat kumpulan, masingmasing nak kumpulan dengan batch sendiri. sukarnya masa tu ingin memecahkan iceice antara setiap batch.

kawan, ingat tak bila kita samasama dengar tazkirah subuh dari seorang akh. dan itulah satusatunya tazkirah yang bersama banin. kerna dianggap berterusan. banat datang dengan muka malumalukucingnya masuk musolla. "sekian terima kasih." dan banin menderaikan ketawa sedang banat tersipu dah taktau nak buat apa. betapa sebuah kenangan.

kawan, ingat tak bila kita samasama pergi tandas bawah, nak mandi sebab masa tu SPM takhabis lagi. masingmasing mengecop dengan cekap. form3 selalu kalah bab copmengecop. sebab sikit. kalau dulu, form2(form3 lah) selalu cepat mandi tapi paling lambat siap. sebab form2 dulu ramaiii. dan bisssing.

kawan, ingat tak bila kita samasama menghafal. duduk dan terus menghafal. sungguh, waktu itu hati berasa tenang setenang air di muara. kerna bukan liriklagu yang dihafal, bukan formula matematik yang complicated, tapi suratcinta dari pencipta cinta. benarlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

kawan, ingat tak bila kita samasama bermain game setiap waktu riadhah. bermula dengan kapal karam, splat, cepat kenal, gerbang ukhwah, sungai acid dan AEIOU batang kayu. dan disambung lagi dengan game konstentrasi, galah panjang, ice water, killer, kahwin-cerai-rujuk-cinta-tunang-taaruf dan game terakhir di kemtahfiz; crazy hand. semuanya indah. kerna saat itu terasa ukhwah diikat dengan lebih. seperti menggunakan ikatan stopper.


kawan, ingat tak bila kita samasama mengantuk kecuali pentazkirah hari tu. nak dicergaskan sampai kena berjalanitik ramairamai. memang seronok. lepastu ada time main ombak, larilari sampai bergegar, capkalicap, danlainlain. memang takberani nak tidur. sebab dahlah halaqah kecil je, kalau sorang tidur, semua tau. haru je.

kawan, ingat tak bila kita samasama bergambar pada malam yang bukan terakhir. tetapi semangat tercepat seminggu sebelum. masingmasing mengeluarkan diri masingmasing. dan mesra memang terasa. "kak aya macam menyibuk." "zulfa, reti senyum tak?." dan lainlain.

kawan, ingat tak bila kita samasama buat surprise untuk nani-tangan-terlebih-cergas dan kaksakinah-yang-muka-mamai-baru-bangun-tidur. sebelum mereka masuk musolla yang gelap gelita, "awak, kita buat apa dalam ni?" "bila diorang masuk, apa kita nak buat?". kerna perancangannya singkat. tetapi mungkin kerana kesatuan hati dapat juga menjayakan malam tu. selamat hari lahir nani dan kak sakinah.


kawan, ingat tak bila kita samasama duduk depan dormizzah ramairamai. cakap pasal pantun naik basikal pergi sabah, pergi sabah naik basikal, adakah munasabah, pergi sabah nak basikal. lepastu, isu hadis timbul. pilihlah hadis yang ke 9 nak dibacakan, pasal sabar sebab form3 semua pilih nombor9 nak 9A.

kawan, ingat tak bila kita samasama menyanyi langkahtercipta+ertisahabat pagi result PMR keluar. saat tu, rasa lebih kuat untuk menghadapi apa jua keputusan. betapa Allah menganugerahkan ketenangan buat siapa yang selalu dekat denganNya.

kawan, ingat tak bila kita samasama berjamuan khas untuk form3. takfaham kenapa form3 lembab sangat nak syak yang formlain buatkan surprise. di asrama, takde formlain kecuali form3 masa petang tu sebab mereka practice persembahan. awalawal memang hairan. tapi macam hairan yang takde rasa apaapa. entah kenapa, mungkin form3 terlalu bersemangat cerita tentang result PMR sampai dah taktoleh manamana. form3 memang sangat lampi.

kawan, ingat tak bila kita samasama tidur dalam satu bulatan. macam intensif07 ada buat jugak. nama bulatan tu rantaian ukhwah kot. yang pastinya bukan rantaian makanan danlainlain. manisnya ukhwah terasa bila semua-tidur-sebelah-takboleh-form-sama. sebab kat asrama pun tidur semua asobiah sikit. manisnya ukhwah kan bila tidur bersama.


kawan, semuanya indah kan? kerna lapangnya masa selalu diisi dengan manisnya ukhuwah.
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. aku mohon
burtuQaly: aku rindu kemtahfiz09, tapi tak bermakna aku lupa kemtahfiz08... kawan, aku bukan amnesia. ohh fadhilah, nak gambar kemtahfiz. *semangat*

Saturday, December 26, 2009

bersyukur.

in the name of Allah alKhafid,

sadhappy

memang benar Allah kata; sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan.
dan aku yakin bersama kesungguhan juga ada kejayaan. alhamdulillah, Allah lebih mengetahui. aku bersyukur kerna itu. aku mohon ya Allah, Kau masukkanlah aku dalam kalangan orangorang yang bersyukur. amin.



burtuQaly: kawan, biar apapun keputusan yang kalian dapat, bersyukurlah; kerna Allah tidak pernah mentakdirkan yang siasia. semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. ingatlah; Allah knows the best. just put your trust on Him :)

Saturday, December 12, 2009

ikhlas.

in the name of Allah alBasith,

"jujurlah ana cakap, ana tak ikhlas langsung baca Quran."
(confession spontan+jujur seorang banin; direcord waktu kelas hafazan selepas PMR)


kerna kejujurannya; aku termenung memikirkan, adakah aku sudah cukup ikhlas untuk berdamping dengan alQuran. ikhlaskah? aku tak tahu. yang aku tahu, aku datang sekolah terus masuk kelas, bila sampai masa, kami akan menghafal. kerna aku anggapnya rutin, benarkah aku betulbetul punya perasaan ingin menghafal itu?

ya Allah, aku mohon agar dikurniakan hati yang ikhlas kernaMu;
kerna aku tahu, ikhlas itu satu syarat sesuatu perkara baik itu diterima amalannya. kan?

now, i'm saying goodbye for two weeks kemtahfiz;
mohon doa kalian agar aku terus thabat. aku tidak ingin melepaskan peluang menjadi yang terbaik;
kerna orang yang terbaik adalah yang belajar alQuran dan mengajarkannya kepada orang lain. (alBukhari)

daripada Abu Musa alAsy'ari RA katanya; sabda Rasulullah SAW: "...seseorang yang beriman yang membaca alQuran laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya lazat..." (bukhari dan muslim)

burtuQaly: memorikemtahfiz08; aku rindu, kawan!

Tuesday, December 8, 2009

it's december.

in the name of Allah alQabid,

peringatan: december means keluarnya result PMR ;)


seseorang bertanya kepada Imam Ali bin Musa arRidha; “sebatas manakah tawakkal itu?” beliau menjawab; hendaknya engkau tidak takut kepada siapapun dengan bersandar kepada Allah SWT.


kuatkan tawakkal kalian; kerna indahnya tawakkal itu boleh dicari bila kalian benarbenar bergantung padaNya. hubungan denganNya pasti lebih intim!
bagaimana? solat hajat+doa. selitkannya selepas solat maghrib, rajin itu pasti ada.



ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah; tak ke geram bila pokok pelam punyalah besar, daun lebat, tapi sebiji buah pelam pun tak keluar? sadis kan? maka; rugi besar bila kalian baca entry ini tapi, kalian tak praktiskannya. *takpe, sikitsikit lamalama jadi bukit kan?



renungrenungkan dan selamat beramal ;D

Monday, December 7, 2009

dosa.

in the name of Allah al'Alim,

pada suatu hari Sammah bermuhasabah dirinya. dia mengira umurnya sudah menjangkau 60 tahun. lalu dia membilang hari-hari yang telah dilaluinya , dia mendapati sudah 21 ribu hari. lalu dia berkata;
"alangkah celakanya, kalau aku hanya buat satu dosa sahaja sehari dosaku sudah amat besar dan banyak dosaku. bagaimana pula kalau aku mempunyai sehari 10,000 dosa?"
kemudian dia terus menjerit dan jatuh pengsan. bila orang-orang lain mengejutkannya, mendapati dirinya sudah mati.

sedangkan salafussoleh yang banyak beramal kepada Allah sudah begitu takut dengan dosa dan neraka;
kita? manusia yang tak dilebihkan dan dikurangkan dengan apaapa, mengapa begitu sombong di hadapan Allah?

ingat! mengingati mati itu orang bijak; kerna mereka yakin mati itu pasti, hidup itu yang insyaAllah.


sumber: disini. wallahu 'alam, moga bermanfaat.