Thursday, December 31, 2009

2010.

in the name of Allah alMu'iz,

photograph by: syifa'

selamat tinggal 2009, welcome 2010.
moga 2010 menjadi tahun yang lebih yang lebih baik daripada tahuntahun sebelumnya.

"barangsiapa yang hari ini dia lebih baik daripada semalam, maka dia dari kalangan mereka yang beruntung. barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia daripada kalangan orang yang rugi. dan barangsiapa yang hari ini dia lebih teruk dari semalam, maka dia dari kalangan orang yang celaka." (hadis Rasulullah SAW)

burtuQaly: AYUH! bersama menjadi beruntung :) kerna keberuntungan itu insyaAllah membawa ke syurga hakiki.

Sunday, December 27, 2009

a memoir.

in the name of Allah arRaafi',

kemtahfiz09: a memoir
perhatian: entry ini saaangat panjang, jika anda rasa bermanfaat, iqra'!

kawan, ingat tak bila kita samasama dengar ceramah ustaz hasanuddin tentang Quranbergerak. dan bila berbuat kumpulan, masingmasing nak kumpulan dengan batch sendiri. sukarnya masa tu ingin memecahkan iceice antara setiap batch.

kawan, ingat tak bila kita samasama dengar tazkirah subuh dari seorang akh. dan itulah satusatunya tazkirah yang bersama banin. kerna dianggap berterusan. banat datang dengan muka malumalukucingnya masuk musolla. "sekian terima kasih." dan banin menderaikan ketawa sedang banat tersipu dah taktau nak buat apa. betapa sebuah kenangan.

kawan, ingat tak bila kita samasama pergi tandas bawah, nak mandi sebab masa tu SPM takhabis lagi. masingmasing mengecop dengan cekap. form3 selalu kalah bab copmengecop. sebab sikit. kalau dulu, form2(form3 lah) selalu cepat mandi tapi paling lambat siap. sebab form2 dulu ramaiii. dan bisssing.

kawan, ingat tak bila kita samasama menghafal. duduk dan terus menghafal. sungguh, waktu itu hati berasa tenang setenang air di muara. kerna bukan liriklagu yang dihafal, bukan formula matematik yang complicated, tapi suratcinta dari pencipta cinta. benarlah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.

kawan, ingat tak bila kita samasama bermain game setiap waktu riadhah. bermula dengan kapal karam, splat, cepat kenal, gerbang ukhwah, sungai acid dan AEIOU batang kayu. dan disambung lagi dengan game konstentrasi, galah panjang, ice water, killer, kahwin-cerai-rujuk-cinta-tunang-taaruf dan game terakhir di kemtahfiz; crazy hand. semuanya indah. kerna saat itu terasa ukhwah diikat dengan lebih. seperti menggunakan ikatan stopper.


kawan, ingat tak bila kita samasama mengantuk kecuali pentazkirah hari tu. nak dicergaskan sampai kena berjalanitik ramairamai. memang seronok. lepastu ada time main ombak, larilari sampai bergegar, capkalicap, danlainlain. memang takberani nak tidur. sebab dahlah halaqah kecil je, kalau sorang tidur, semua tau. haru je.

kawan, ingat tak bila kita samasama bergambar pada malam yang bukan terakhir. tetapi semangat tercepat seminggu sebelum. masingmasing mengeluarkan diri masingmasing. dan mesra memang terasa. "kak aya macam menyibuk." "zulfa, reti senyum tak?." dan lainlain.

kawan, ingat tak bila kita samasama buat surprise untuk nani-tangan-terlebih-cergas dan kaksakinah-yang-muka-mamai-baru-bangun-tidur. sebelum mereka masuk musolla yang gelap gelita, "awak, kita buat apa dalam ni?" "bila diorang masuk, apa kita nak buat?". kerna perancangannya singkat. tetapi mungkin kerana kesatuan hati dapat juga menjayakan malam tu. selamat hari lahir nani dan kak sakinah.


kawan, ingat tak bila kita samasama duduk depan dormizzah ramairamai. cakap pasal pantun naik basikal pergi sabah, pergi sabah naik basikal, adakah munasabah, pergi sabah nak basikal. lepastu, isu hadis timbul. pilihlah hadis yang ke 9 nak dibacakan, pasal sabar sebab form3 semua pilih nombor9 nak 9A.

kawan, ingat tak bila kita samasama menyanyi langkahtercipta+ertisahabat pagi result PMR keluar. saat tu, rasa lebih kuat untuk menghadapi apa jua keputusan. betapa Allah menganugerahkan ketenangan buat siapa yang selalu dekat denganNya.

kawan, ingat tak bila kita samasama berjamuan khas untuk form3. takfaham kenapa form3 lembab sangat nak syak yang formlain buatkan surprise. di asrama, takde formlain kecuali form3 masa petang tu sebab mereka practice persembahan. awalawal memang hairan. tapi macam hairan yang takde rasa apaapa. entah kenapa, mungkin form3 terlalu bersemangat cerita tentang result PMR sampai dah taktoleh manamana. form3 memang sangat lampi.

kawan, ingat tak bila kita samasama tidur dalam satu bulatan. macam intensif07 ada buat jugak. nama bulatan tu rantaian ukhwah kot. yang pastinya bukan rantaian makanan danlainlain. manisnya ukhwah terasa bila semua-tidur-sebelah-takboleh-form-sama. sebab kat asrama pun tidur semua asobiah sikit. manisnya ukhwah kan bila tidur bersama.


kawan, semuanya indah kan? kerna lapangnya masa selalu diisi dengan manisnya ukhuwah.
maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. aku mohon
burtuQaly: aku rindu kemtahfiz09, tapi tak bermakna aku lupa kemtahfiz08... kawan, aku bukan amnesia. ohh fadhilah, nak gambar kemtahfiz. *semangat*

Saturday, December 26, 2009

bersyukur.

in the name of Allah alKhafid,

sadhappy

memang benar Allah kata; sesungguhnya bersama kesusahan ada kesenangan.
dan aku yakin bersama kesungguhan juga ada kejayaan. alhamdulillah, Allah lebih mengetahui. aku bersyukur kerna itu. aku mohon ya Allah, Kau masukkanlah aku dalam kalangan orangorang yang bersyukur. amin.



burtuQaly: kawan, biar apapun keputusan yang kalian dapat, bersyukurlah; kerna Allah tidak pernah mentakdirkan yang siasia. semua yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. ingatlah; Allah knows the best. just put your trust on Him :)

Saturday, December 12, 2009

ikhlas.

in the name of Allah alBasith,

"jujurlah ana cakap, ana tak ikhlas langsung baca Quran."
(confession spontan+jujur seorang banin; direcord waktu kelas hafazan selepas PMR)


kerna kejujurannya; aku termenung memikirkan, adakah aku sudah cukup ikhlas untuk berdamping dengan alQuran. ikhlaskah? aku tak tahu. yang aku tahu, aku datang sekolah terus masuk kelas, bila sampai masa, kami akan menghafal. kerna aku anggapnya rutin, benarkah aku betulbetul punya perasaan ingin menghafal itu?

ya Allah, aku mohon agar dikurniakan hati yang ikhlas kernaMu;
kerna aku tahu, ikhlas itu satu syarat sesuatu perkara baik itu diterima amalannya. kan?

now, i'm saying goodbye for two weeks kemtahfiz;
mohon doa kalian agar aku terus thabat. aku tidak ingin melepaskan peluang menjadi yang terbaik;
kerna orang yang terbaik adalah yang belajar alQuran dan mengajarkannya kepada orang lain. (alBukhari)

daripada Abu Musa alAsy'ari RA katanya; sabda Rasulullah SAW: "...seseorang yang beriman yang membaca alQuran laksana buah utrujah, baunya harum dan rasanya lazat..." (bukhari dan muslim)

burtuQaly: memorikemtahfiz08; aku rindu, kawan!

Tuesday, December 8, 2009

it's december.

in the name of Allah alQabid,

peringatan: december means keluarnya result PMR ;)


seseorang bertanya kepada Imam Ali bin Musa arRidha; “sebatas manakah tawakkal itu?” beliau menjawab; hendaknya engkau tidak takut kepada siapapun dengan bersandar kepada Allah SWT.


kuatkan tawakkal kalian; kerna indahnya tawakkal itu boleh dicari bila kalian benarbenar bergantung padaNya. hubungan denganNya pasti lebih intim!
bagaimana? solat hajat+doa. selitkannya selepas solat maghrib, rajin itu pasti ada.



ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah; tak ke geram bila pokok pelam punyalah besar, daun lebat, tapi sebiji buah pelam pun tak keluar? sadis kan? maka; rugi besar bila kalian baca entry ini tapi, kalian tak praktiskannya. *takpe, sikitsikit lamalama jadi bukit kan?



renungrenungkan dan selamat beramal ;D

Monday, December 7, 2009

dosa.

in the name of Allah al'Alim,

pada suatu hari Sammah bermuhasabah dirinya. dia mengira umurnya sudah menjangkau 60 tahun. lalu dia membilang hari-hari yang telah dilaluinya , dia mendapati sudah 21 ribu hari. lalu dia berkata;
"alangkah celakanya, kalau aku hanya buat satu dosa sahaja sehari dosaku sudah amat besar dan banyak dosaku. bagaimana pula kalau aku mempunyai sehari 10,000 dosa?"
kemudian dia terus menjerit dan jatuh pengsan. bila orang-orang lain mengejutkannya, mendapati dirinya sudah mati.

sedangkan salafussoleh yang banyak beramal kepada Allah sudah begitu takut dengan dosa dan neraka;
kita? manusia yang tak dilebihkan dan dikurangkan dengan apaapa, mengapa begitu sombong di hadapan Allah?

ingat! mengingati mati itu orang bijak; kerna mereka yakin mati itu pasti, hidup itu yang insyaAllah.


sumber: disini. wallahu 'alam, moga bermanfaat.

Friday, November 27, 2009

eidadha.

in the name of Allah alFattah,


jom bertakbir untuk empat hari ni; 10, 11, 12, 13 zulhijjah
sabda Rasullullah SAW: "hiasilah Hari Raya kamu dengan takbir dan tahmid."

Wednesday, November 25, 2009

kawanan.

in the name of Allah arRazzaq,



[giftOFaFRIEND;demiLOVATO]

sometimes you think you'll be fine by yourself
'cause a dream is a wish you make all alone
it's easy to feel like you don't need help
but it's harder to walk on your own

you'll change inside when you realize
the world comes to life and everythings right
from beginning to end
when you have a friend by your side
that helps you to find the beauty you are
when you open your heart and believe in the gift of a friend

someone who knows when you're lost and you're scared
and they're through the highs and the lows
someone you can count on, someone who cares
beside you where ever you'll go

and when your hope crashes down
shattering to the ground
you'll, you'll feel all alone
when you don't know which way to go
and there's no signs leading you home
you're not alone

[giftOFaFRIEND;demiLOVATO]



aku taktau, lirik ni buat aku rasa sayang sangat dengan kawanan aku.
kawan kan; someone you can count on, someone who cares. maka, hargailah kawan, jangan jadi selemah-lemah insan. kerna; selemah-lemah insan ialah yang tidak boleh mencari sahabat, dan yang lebih lemah daripada itu ialah mereka yang mensia-siakan sahabat yang dicari. (saidina Ali r.a)




burtuQaly: jom PUASA esok; HARI 'ARAFAH.
“ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (riwayat imam muslim)

Monday, November 23, 2009

rehlah2.

in the name of Allah alWahhab,

seribusatu kesibukan selepas rehlah; maaf lambat update rehlah.

hanya ingin mengingatkan satu perkara, satu peringatan; kerna peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin (51:55): tabahlah menerima teguran, biar kuat melakukan perubahan.
samasama jadikan rehlah ini satu titiktolak untuk berubah yang lebih baik; kerna yang boleh mengubah hanya kita, sama ada mahu atau tidak saja.


"kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka dan Akulah yang maha penerima taubat, lagi maha mengasihani." (2:160)


friend itu memang forever, tapi biarlah fillah. FRIEND FOREVER FILLAH.
kerna dari Allah lah kita bertemu, maka bukankah Allah lebih berhak untuk dicintai lebih dari sahabat sendiri?




burtuQaly: rehlah berisi, tapi tak obesiti kan? rehlah BEST ;D

Sunday, November 15, 2009

special.

in the name of Allah alGhaffar,

specially buat unye, ammar aminuddin dan semua batchsebelas.

ku doakan agar kalian berjaya dunia (SPM) dan akhirat.
dan ku nak doa jugak supaya kalian dapat merekodkan suatu yang baru lagi. ameen.

sesungguhnya sesuatu itu dilihat berdasarkan niat. maka, ikhlaskanlah niat kalian kerana Allah, kerana niat itu asas, jika niat salah, semua tak menjadi. kan?

SPM itu orang tengah untuk beli redha Dia.
togetherlah achieve success! kita kan kawan sepeperiksaan ;)

Thursday, November 12, 2009

choice.

in the name of Allah alMusowwir,

tibatiba aku teringat satu katakata dari buku hlovate;
live WELL or live HELL, you choose.
dan aku pasti, live well itu satudunia pun mahu. aku pun.



































tapi, sungguh kah kita mahu?

kalau yang utama itu pun kita letakkkan pada dunia yang hanya sementara, bukan pada akhirat yang selamalamanya?
"Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja dan (sebaliknya) apa yang ada di sisi Allah (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya." (42:36)



maka, letakkanlah akhirat itu di hati, dunia itu di tangan, supaya dunia itu senang dibagibagi, akhirat dibawa mati. untuk diri dan semua, kita kan saudara seiman ;D

Wednesday, November 11, 2009

51.

in the name of Allah al Bari',


aishah anisassyifa' asma'hamizah asma'nadzirah atiqah azzah fadhilah farahaqilah farahhidayah fathinnadhirah fatinah fatinmunawwarah fitriyyah intanfarhana khadijahkamil murshida nabihah nabilahuda nadia najihah nashrahadibah norraihan nuhaaliah nurainasyuhada nurdalila nurdiyana nurfarwizah nurfatin nurfitrah nurhafidzah nurliyana nurnadrah nursuraya nursyahirah nurulain nurulamalina nurulamirah nurulaqilah nurulhakimah nuruliman nurulmawaddah nurulqarirah putrinajwa sakinah sitifarah sitihajar sitinuraliahani syifa' zainursyazwana zainursyawani zaynabalmardhiyyah



ya Allah, jika Engkau mentakdirkan mati buat kami,
maka, Engkau matikanlah 51 pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dlm perjuangan agamaMu.

Saturday, November 7, 2009

gokusenII.

in the name of Allah alKhaliq,

yamaguchi dan pelajar yang nakal hyper.

sekarang, semua dah kemaruk gokusen ek. jom, muhasabah. apa yang kita dapat dari gokusenII? sekurangkurangnya takdelah siasia tengok cerita tu satujamsetengah tanpa henti. siapa kata, cerita non-islamic tak boleh dibuat pengajaran? jom.


satu, friendship yang sangat kuat! bila ada sorang kawan yang berhadapan masalah, semua orang melibatkan diri. satu kelas, yang memang ramai. plus, semua lelaki. biar terpaksa bersakit, malu sekalipun, friendship yang kuat tu yang utama.
*macam part, odagiri sanggup tunduk kat ara high senyapsenyap, bila diorang nak berlawan. sebab, dia lebih pentingkan kawan. taknak takeda terlibat dengan belasahmembelasah tu. dan taknak buat takeda malu yang sebenarnya dia tu lembik dan tak reti nak berlawan. lastlast, dia yang dimusuhi dengan kawankawan dia. semua. satu kelas. tapi, apaapahal pun odagiri cool je. taknak bangkitkan pasal benda tu. dan akhirnya, diorang berkawan balik. kan ke best tu?



dua, kepercayaan guru-pelajar. biarpun pelajarpelajar 3-D tu memang banyak rekod disiplin, banyak musuh sampai tak terkira, dan digelar "sampah segar yang sangat busuk", tapi yamaguchi still percaya diorang yang diorang takkan buat benda jahat lagi sebab kepercayaan yang sangat kuat kepada pelajar 3-D walaupun yamaguchi baru je mengajar diorang.
*macam part, odagiri dengan yabuki terkena kurung kat satu tempat. dan budakbudak ara high kenakan diorang dengan rompak satu kedai barang kemas dan lastlast diorang tinggalkan jejak dengan letak odagiri punya benda: macam pengenalan diri kot. dan, odagiri dan yabuki yang baru je keluar dari tempat terkurung tu, tibatiba kena tangkap. tapi, bila yamaguchi tanya diorang sama ada betul ke tak diorang buat benda tu, diorang kata tak. maka, yamaguchi percaya bulatbulat tanpa sebarang syak. sekarang, ada ke guru percaya pelajar sampai macam tu walaupun pelajar jahat tahap hyper? mungkin ada, tapi 1/1000.



tiga, tak tipu janji. genglima tu sanggup promise kat yamaguchi yang diorang takkan fight sampai diorang nak graduate nanti. "we definitely won't fight until we graduate, we promise". diorang yang sememangnya dan biasa belasah dan dibelasah sampai ada harapan nak kena buang sekolah, promise untuk tak lagi buat benda tu hanya kerana katakata guru yang sememangnya sangat mendalam makna. tak ke macam, susah ek nak buat janji tu? memang kena istiqamah betul.
*macam part, ada budak sekolah todoroki dalam 10 orang kot, nak belasah diorang sebab nak balas dendam. dan diorang ingat janji diorang, dan buktinya, diorang memang tak membelasah, tapi dibelasah sampai muka bleeding habis, bengkak lagi. akhirnya, yamaguchilah yang tolong. dia pun tak membelasah dan kena penumbuk sebiji lagi, sebab nak jadi contoh yang baik kot. dan, hanya katakata dia, budakbudak todoroki tu dah tak berani dan cabut. bagus ek? sanggup menahan amarah kerana sebuah janji kepada seorang yamaguchi.


setiap perkara itu pasti ada mesej dan iktibar yang boleh kita peroleh. tapi kalau cerita tu sendiri dah iklan yang sangat negative, maka? lebih baik takyah tengok. biar positive itu lebih banyak dari negative. kalau tak, buat rugi pahala tambah dosa. tak best kan? sesungguhnya suatu perbuatan itu dilihat berdasarkan niat, kalau kita sendiri tengok cerita bukanbukan hanya untuk sukasuka sahaja, maka itu dosa. tapi kalau ada satu iktibar yang boleh kita ambil, dan kita praktik dalam amal, kita tak rugi kan?


*orang yang dah tengok je kot faham.


moga bermanfaat. insyaAllah.

Tuesday, November 3, 2009

daurahII.

in the name of Allah al'Aziz,


miss the moment.
edited from panasoniclumix.



Sunday, November 1, 2009

daurahI.

in the name of Allah alMuhaimin,

aku ingin sekali ikatan ini teguh.

masa terbatas, to be continued.

Thursday, October 29, 2009

daurah.

in the name of Allah alMukmin,

nak pergi daurah
moga hati terbuka nak terima mutiaramutiara ilmu di situ

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

moga Dia permudahkan, doakan kami ikhlas keranaNya ya.
*specialnya daurah ini, hanya 50 tercepat sahaja dapat pergi. 25-25.*