Saturday, June 25, 2011

tarbiyah.

in the name of ALLAH alHaadi,

tarbiyah dalam ukhuwah - indah. :)

alhamdulillah. semalam dan pagi tadi baru pergi mabit form4. pergh dah lama beb tak pergi conduct mana mana program sekolah. memang aku sangat bersyukur dapat join tadi. sungguhlah, yang dinamakan tarbiyah (didikan islam) itu indah. sekejap tak join program, rasa merindu je kerja seh. harapnya bila dah keluar sekolah nanti, aku dan sahabat B13 berjaya survive kat dunia luar dengan sentiasa dibekali tarbiyah. benarlah yang dikatakan, tarbiyah bukan segalanya tapi segalanya bermula dengan tarbiyah. :)

ergh, I'm gonna miss the moment! oh Allah, please bless our ukhuwah.

burtuQaly: sahabat, yakinlah ukhuwah fillah dijanjikanNYA syurga yang indah. moga aku kau dan mereka sentiasa melandaskan ukhuwah hanya kerana ALLAH. :)

Wednesday, June 1, 2011

unik!

in the name of ALLAH anNafi,

oh aku masih hidup rupanya. alhamdulillah, DIA masih beri aku infinity of nikmat untuk melata di bumi cinta ini. em, sudah bersyukur belum? ketahuilah; "Jika kamu bersyukur, ALLAH tambahkan nikmat untukmu. Tetapi jika kamu kufur, azab ALLAH sangat pedih." (Ibrahim:7) moga syukur kita diterima ALLAH :)

fuh, dah bersawang tahap karat seh burtuqaly ni. asif ler. sempat je nak update, tapi otak serius kering tahap kontang punya. dan saat ni, akhirnya diberi masa, walau cuma sekejap. sebab lepas ni ada mission to be complished; KEMTAHFIZ! wooho, 5hari beb! BEST SEH! (aku tengah cuba optimis la nih) :D

baiklah, 4hari before 31May, aku pergi mukhayyam kat Tanjung Resang, Mersing. over all, aku rasa nikmat giga la seh. bukan setakat aku jadi lebih motivated, malahan aku dapat suatu yang lebih, suatu yang unik! yeah, dan aku sangat bersyukur kerna keunikan itu. terima kasih ALLAH atas nikmat ini.

dan satu lagi. walau semua orang dah tahu apa Pak Abu kata, aku tetap nak quote jugak; "Kejayaan itu penting. Tetapi sahabat yang setia itu lebih penting." sungguh, aku sangat bersyukur dikurnia sahabat B13. yang takkan pernah aku lupa kesetiaannya sampai akhir hayat aku, insyaALLAH. 

I LOVE BATCH TIGA BELAS! oh GOD, please bless us. :)

burtuQaly: akhir kata, selamat tinggal. family aku semua balik kampung, tapi aku kena bermujahadah di sekolah tercinta aku. pedih memang pedih la seh. tapi kepedihan tu yang memaniskan jalan juang aku. :)

Friday, April 29, 2011

random.

in the name of Allah adDaar,

yeah. aku masih diberikan nikmat iman, nikmat islam, nikmat kehidupan, nikmat tarbiyah, nikmat keluarga, nikmat sahabat, nikmat cinta dan banyak lagi nikmat yang aku tak mampu sebut semua. sungguh, benarlah yang ALLAH firmankan; "jika kamu menghitung nikmat ALLAH, nescaya kamu tidak akan dapat menentukan jumlahnya." (anNahl:18) alhamdulillah, terima kasih ALLAH.

23 april 2011; selepas dua kekalahan. :)

fuh. habis sudah segala pasal netball. penat lelah latihan 2bulan, berakhir dengan 2hari yang sangat bahagia. 1hari menang, 1hari kalah. dan aku sangat bersyukur. kerna aku yakin DIA lebih tahu yang terbaik untuk kami. hmm apa pun, sekarang aku patut lupakan netball dan mula fokus untuk study sambil mencari redha ALLAH dalam SPM nanti. moga ALLAH permudahkan jalanku.

baiklah, kehangatan pilihan raya sangat terasa sekarang. tampuk kepimpinan akan berubah dalam masa yang tinggal sikit je lagi. form4 dan form3 akan memerintah, dan form5 akan mula struggle untuk SPM. ya, sesungguhnya aku takut. takut melepaskan jawatan, di saat aku belum sempurna memikulnya. takut melepaskan jawatan, di saat aku belum sempat menghargainya. ya ALLAH, kuatkan aku.

ya, aku tau. form5 akan melepaskan jawatan. tapi, ketahuilah. di bahu kami masih tergalas tanggungjawab yang takkan pernah habis. insyaALLAH selagi belum tiba masanya untuk kami meninggalkan sekolah, tanggungjawab itu takkan pernah dilupakan. maka bersabarlah budak budak kecik sekalian, 7bulan je lagi kami bertapak kat hidayah ni. sekejap je lagi, alumnilah kami semua dah.

sekolah 5tahun aku, sayang la seh.

pergh. cerita pasal nak tinggalkan sekolah, sungguh aku belum bersedia la seh. untuk berjauhan dengan sekolah, kelas aircond, guru guru, sahabat sahabat, adik adik, memang terasa sangat berat tak terangkat. 5tahun aku dapat nikmat semua ni, dan akhirnya aku kena tinggalkan semuanya. sungguh, pahit weh nak terima hakikat yang aku dah tua dan terpaksa keluar sekolah!

burtuQaly: akhir akhir ni, pergh tersengguk dalam kelas je seh kerja aku! haish. aku pun tak faham seh kenapa. rasa berdosa weh tertidur dalam kelas. huh. ya ALLAH kuatkan aku bermujahadah melawan nafsuku. aku nak mencari redhamu ALLAH, bantu aku. :)