Thursday, August 25, 2011

dialog.

in the name of Allah alWaarith,


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam."
(Bukhari dan Muslim)


DIALOG 1.
bulan Ramadhan, Didi tak ngaji macam bulan sebelumnya. ni semua sebab pulun baca buku nak periksa UPSR semangat sangat.

Kakak: eh, lepas solat memang takyah ngaji heh?
Adik: ...
Kakak: takkan nak tunggu abah balik baru nak ngaji hah?
Adik: mana ada. lepas solat memang Didi tak ngaji la.
Kakak: ambui, ngaji sekarang.
Adik: taknak.
Kakak: oh taknak eh? kalau Didi tak dapat 5A, Qiqi dah tau kenapa.
Adik: ... (terus pergi ambik Quran dan ngaji)

DIALOG 2.
Jaja, hobinya conteng rumah sesuka hati gaya macam semua dinding rumah ialah kertas.

Umi: Jaja, jangan la conteng lagi.
Jaja: ...
Umi: ni bukan rumah kita tau. ni rumah orang lain.
Jaja: haa? habis tu mana rumah kita?
Umi: rumah kita? rumah kita ada kat syurga nanti.
Jaja: habis tu, bila nak pergi rumah tu?
Umi: bila sampai masanya, Jaja. 
Jaja: ok. (terus meletakkan pensil warnanya dan berhenti menconteng)

CONCLUSION.

DIALOG 1: kadang kadang hidup kena kreatif. kalau hanya dengan kata kata yang lembut, takkan mampu untuk ajak semua orang buat baik. so, sometimes sindiran tu perlu. ahaks.

DIALOG 2: terkesan sangat dengan dialog yang didengar. memang benar, semua yang kat dunia ni bersifat sementara. ada akhirat yang lagi kekal dan ada syurga yang lagi super best. yeah. 

burtuQaly: walau dengan sedikit bicara, tapi sudah sangat terkesan dengan aku. benarlah, kata kata yang bermanfaat dan menambah iman, takkan pernah mengecewakan. terima kasih untuk  semua mulut mulut yang soleh solehah. :)

2 positive.:

Norsyahirah Shahrir said...

suka dengan 'mulut mulut soleh solehah'

Ahaks!

^_______________^

domo said...

hoho.cici dan qiqi.so sweet lorh.