Tuesday, June 22, 2010

failed.

in the name of Allah alMujib,

ini aku jumpa kat deviantart. memang takbagus. sila abaikan.

bukan pernah pun kau FAIL. dah FAIL sekali tu, cuba cari 'ibrah!

aku FAIL ******. paling terbaik pernah aku capai seumur hidup. awalawal lagi aku dah kata "kalau sekadar LULUS pun, memang patut bersyukur." ya, tapi kalau memang G kau dapat. tetap kena bersyukurlah. sebab memang G itu nikmat. cuma kau takperasan dan taktahu. G tak ajar kau jadi emosional tak tentu pasal, tapi macam mana kau nak bersyukur.

aku teringat cover SOLUSI ada kata; "orang yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit, tidak akan bersyukur dengan nikmat yang banyak."

dah sah ni true statement. ya, kalau kau taktau nak bersyukur dengan nilai G tu, macam manalah kau nak bersyukur dengan nilai A+ pulak. maka bersyukurlah, kerna nikmat yang sedikit itu yang mengajar kau.

burtuQaly: serius tak terkejut dengan result *******. sebab macam dah dapat agak ketidakbagusan result bila nak jawab mukasurat pertama. cuma rasa bangga sebab pengalaman pertama. BEST! barulah tau sikit nak bersyukur kot. alhamdulillah. give thanks to ALLAH :)

Friday, June 18, 2010

hidup ini indah.

in the name of Allah arRaqib,


HIDUP INI INDAH.
bilamana seluruh hidup diabdikan hanya pada Allah.
bilamana yang dikerjakan itu adalah yang diperintah.
bilamana yang dijauhi itu adalah yang ditegah.
bilamana akal matang membezakan mahmudah dan mazmumah.
bilamana nafsu menjadi soleh dan solehah.
bilamana tingginya ilmu amal juga bertambah.
bilamana segala nikmat yang diberikan disyukuri bukan diperendah.
bilamana kebaikan itu bukan lagi dipandang aneh tetapi suatu dakwah.
bilamana kejahatan itu dikeji bukan dijadikan qudwah.
bilamana semua yang dilakukan menjadi ibadah.
dan bilamana yang seterusnya.


*hidup kerana Allah, mati kerana Allah, diantaranya hanyalah dunia.

burtuQaly: tahukah anda? Imam Syafie ada kata; "jangan mengeluh kerna hidup ini melelahkan kerna memang demikianlah ia diciptakan." peringatan buat diri sendiri dan semua :)