Saturday, November 7, 2009

gokusenII.

in the name of Allah alKhaliq,

yamaguchi dan pelajar yang nakal hyper.

sekarang, semua dah kemaruk gokusen ek. jom, muhasabah. apa yang kita dapat dari gokusenII? sekurangkurangnya takdelah siasia tengok cerita tu satujamsetengah tanpa henti. siapa kata, cerita non-islamic tak boleh dibuat pengajaran? jom.


satu, friendship yang sangat kuat! bila ada sorang kawan yang berhadapan masalah, semua orang melibatkan diri. satu kelas, yang memang ramai. plus, semua lelaki. biar terpaksa bersakit, malu sekalipun, friendship yang kuat tu yang utama.
*macam part, odagiri sanggup tunduk kat ara high senyapsenyap, bila diorang nak berlawan. sebab, dia lebih pentingkan kawan. taknak takeda terlibat dengan belasahmembelasah tu. dan taknak buat takeda malu yang sebenarnya dia tu lembik dan tak reti nak berlawan. lastlast, dia yang dimusuhi dengan kawankawan dia. semua. satu kelas. tapi, apaapahal pun odagiri cool je. taknak bangkitkan pasal benda tu. dan akhirnya, diorang berkawan balik. kan ke best tu?



dua, kepercayaan guru-pelajar. biarpun pelajarpelajar 3-D tu memang banyak rekod disiplin, banyak musuh sampai tak terkira, dan digelar "sampah segar yang sangat busuk", tapi yamaguchi still percaya diorang yang diorang takkan buat benda jahat lagi sebab kepercayaan yang sangat kuat kepada pelajar 3-D walaupun yamaguchi baru je mengajar diorang.
*macam part, odagiri dengan yabuki terkena kurung kat satu tempat. dan budakbudak ara high kenakan diorang dengan rompak satu kedai barang kemas dan lastlast diorang tinggalkan jejak dengan letak odagiri punya benda: macam pengenalan diri kot. dan, odagiri dan yabuki yang baru je keluar dari tempat terkurung tu, tibatiba kena tangkap. tapi, bila yamaguchi tanya diorang sama ada betul ke tak diorang buat benda tu, diorang kata tak. maka, yamaguchi percaya bulatbulat tanpa sebarang syak. sekarang, ada ke guru percaya pelajar sampai macam tu walaupun pelajar jahat tahap hyper? mungkin ada, tapi 1/1000.



tiga, tak tipu janji. genglima tu sanggup promise kat yamaguchi yang diorang takkan fight sampai diorang nak graduate nanti. "we definitely won't fight until we graduate, we promise". diorang yang sememangnya dan biasa belasah dan dibelasah sampai ada harapan nak kena buang sekolah, promise untuk tak lagi buat benda tu hanya kerana katakata guru yang sememangnya sangat mendalam makna. tak ke macam, susah ek nak buat janji tu? memang kena istiqamah betul.
*macam part, ada budak sekolah todoroki dalam 10 orang kot, nak belasah diorang sebab nak balas dendam. dan diorang ingat janji diorang, dan buktinya, diorang memang tak membelasah, tapi dibelasah sampai muka bleeding habis, bengkak lagi. akhirnya, yamaguchilah yang tolong. dia pun tak membelasah dan kena penumbuk sebiji lagi, sebab nak jadi contoh yang baik kot. dan, hanya katakata dia, budakbudak todoroki tu dah tak berani dan cabut. bagus ek? sanggup menahan amarah kerana sebuah janji kepada seorang yamaguchi.


setiap perkara itu pasti ada mesej dan iktibar yang boleh kita peroleh. tapi kalau cerita tu sendiri dah iklan yang sangat negative, maka? lebih baik takyah tengok. biar positive itu lebih banyak dari negative. kalau tak, buat rugi pahala tambah dosa. tak best kan? sesungguhnya suatu perbuatan itu dilihat berdasarkan niat, kalau kita sendiri tengok cerita bukanbukan hanya untuk sukasuka sahaja, maka itu dosa. tapi kalau ada satu iktibar yang boleh kita ambil, dan kita praktik dalam amal, kita tak rugi kan?


*orang yang dah tengok je kot faham.


moga bermanfaat. insyaAllah.

1 positive.:

hidayah zulkharnain. said...

gokusen 3 best lagi kot.aaa.(padahal tak tengok pun yang 2.)