Sunday, October 18, 2009

amanah.

in the name of Allah arRahman,

PMR sudah menutupkan tirainya. tapi, aku masih tidak merasakan sesuatu yang merehatkan. letih.
amanah itu berat. lebih berat daripada segala isi dunia. malah, tidak pernah akan berjaya dihabisi biarpun masa sudah terhabis.
aku punya tanggungjawab. tapi aku masih belum sempurna menyempurnakannya. aku masih gagal. dan aku perlukan Dia untuk tetap di samping aku. biar aku terus kuat untuk menyempurnakan mandat.

terasa ingin menitis. mengalir. merasai betapa beratnya ujian yang diberi. tetapi aku tahu. Dia arRahim.
Dia tak pernah membebankan hambaNya. kecuali sesuai dengan kesanggupannya.
aku yakin itu. tapi, kenapa aku begitu merasakan yang aku lemah. tidak kuat untuk menampung ujian yang diberi. tidak cukup tabah untuk menahan dugaan yang menguji. aku perlukan kekuatan. aku perlukan iman yang sebenarnya sehingga aku tidak akan merasa perlu bergantung pada yang lain selain Dia.

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.” (aliImran:142)

jika mardhatillah penghabisnya. aku rela.

2 positive.:

~chickenrice~ said...

DIA uji dengan ujian sehebat itu kerana tahu kekuatan kamu sama hebat@lebih hebat dari ujian itu.teruskan usahamu.kerana dipenghujung,sang mardhatillah menanti kehadiranmu meraihnya.:)

+akufobia+ said...

jangan ingat kamu bersendiri.tak dicipta sahabat buat jadi tugu@patung.bersama berkongsi supaya amanah tak dirasakan beban tapi kegembiraan bila digalas bersama.
---
digalaskan beban buat menguatkan diri untuk tahun hadapan yang lebih cabarannya.untuk mengembalikan hidayah yang dulu.