Thursday, October 29, 2009

daurah.

in the name of Allah alMukmin,

nak pergi daurah
moga hati terbuka nak terima mutiaramutiara ilmu di situ

Daripada Abu Darda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

moga Dia permudahkan, doakan kami ikhlas keranaNya ya.
*specialnya daurah ini, hanya 50 tercepat sahaja dapat pergi. 25-25.*

Monday, October 26, 2009

compete-masak.

in the name of Allah asSalam,

|selamat bertanding masak, untuk semua yang nak memasak untuk rabu ni|
"cooking is like making love, you do it well or you do not do it at all" (harriet van horne)



*atiqah masuk? harapan.*

Monday, October 19, 2009

miss.

in the name of Allah arRahim,

intensif07

.just miss the old times.
|maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya|

Sunday, October 18, 2009

amanah.

in the name of Allah arRahman,

PMR sudah menutupkan tirainya. tapi, aku masih tidak merasakan sesuatu yang merehatkan. letih.
amanah itu berat. lebih berat daripada segala isi dunia. malah, tidak pernah akan berjaya dihabisi biarpun masa sudah terhabis.
aku punya tanggungjawab. tapi aku masih belum sempurna menyempurnakannya. aku masih gagal. dan aku perlukan Dia untuk tetap di samping aku. biar aku terus kuat untuk menyempurnakan mandat.

terasa ingin menitis. mengalir. merasai betapa beratnya ujian yang diberi. tetapi aku tahu. Dia arRahim.
Dia tak pernah membebankan hambaNya. kecuali sesuai dengan kesanggupannya.
aku yakin itu. tapi, kenapa aku begitu merasakan yang aku lemah. tidak kuat untuk menampung ujian yang diberi. tidak cukup tabah untuk menahan dugaan yang menguji. aku perlukan kekuatan. aku perlukan iman yang sebenarnya sehingga aku tidak akan merasa perlu bergantung pada yang lain selain Dia.

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.” (aliImran:142)

jika mardhatillah penghabisnya. aku rela.

Friday, October 16, 2009

redha.

.ya Allah, aku mohon agar Kau redhailah jalan ini, jalan menuju redhaMu.

Tuesday, October 13, 2009

tamat.

muka calon PMR lepas habis. bahagia sangat.

Ya Allah, jika kejayaan 9A dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kami kepadaMu, maka Kau kurniakanlah. Tetapi jika sebaliknya, Ya Allah, Kau berikanlah yang terbaik kepada kami kerana Engkau lebih mengetahui segalanya.

bertawakkallah. dan jangan pernah berhenti berdoa. pergantungan pada Allah sangat penting pada masa-masa akhir ni.
ingat! Allah tak sukakan orang yang sombong.


|ujian bukan satu tapi banyak.|