Sunday, December 24, 2017

baik.

bismillahirrahmanirrahim, 


berlaku baik.

bukan kerana orang itu baik,
bukan atas paras rupa dia.

tetapi,
kerana kita sedang cuba menjadi baik.

cukup untuk alasan itu,
datang apa jenis orang sekalipun,
bagaimana apa sikapnya pada kita,

kita masih kita.
berlaku baik pada siapapun.

dan juga yang terpenting,
di atas ada Tuhan sedang menilai,
Tuhan yang sama.

---

231217 ;
gambar bersama OKU syurga.

Monday, December 18, 2017

warna.

bismillahirrahmanirrahim,


tidak sangka sikit saja lagi
sampai ke penghujung.

sangat penuh dengan pahit manis,
moga setiap satu peristiwa mengesani diri
menjadi yang lebih baik.

yang terpenting,
datang dan pergi manusia,
semuanya warna warna yang tiada ganti.

anugerah terindah,
terima kasih yang selamanya.

wahai Allah,
berkahilah kehidupan orang orang
yang aku sayang dan cinta.

Sunday, May 28, 2017

syurga.

bismillahirrahmanirrahim,

#gambarhiasan

semak jawapan kertas soalan,
masing masing dah taknak senyap,
bukan sekali dua dah tegur.

aku tak cakap apa apa,
terus hadap whiteboard.

aku tulis semua jawapan,
sikit pon aku tak pandang anak anak.

tap tap tap,
berjejeran air mata.

"ya Allah, beri kekuatan."

habis menulis,
gosok mata cepat cepat,
pandang belakang.

"okeh semua cek ya jawapan awak."

dan hari itu,
aku sangat rasa,
seriously im so done with kids.

ha ha ha ha ha.

.
.
.

ah sudah,
mudah sangat tersentuh.

apa anak anak cakap,
sikap mereka pada aku,
perhatian mereka.

salahnya siapa?
aku.

yang selalu tak sabar,
tak dekat dengan Allah,
mudah sangat rasa mengalah.

hmmm,
betul lah kan.

.
.
.

meh senyum sikit. :)

bersama mereka,
bahagianya kan jauh lebih banyak,
yang sakitnya sikit sangat.

alhamdulillah,
ya Allah.

setiap satunya anugerah tak ternilai.

anak anak,
tolong ustazah masuk syurga ya?

ramadhan!

bismillahirrahmanirrahim,

subhanallah,
permata ummah suatu hari nanti.

Ramadhan,
kegembiraan apabila berbuka,
dan kegembiraan bertemu Tuhan.

okeh jom!

Saturday, January 7, 2017

2017.

bismillahirrahmanirrahim, 


2017.

selamat cikgu,
jadi ihsan dan ikhlas,
untuk sekecil hingga sebesar mana.

kuatkan kesabaran,
jangan sesekali meletakkan batas.
sesaat lagi sabar Tuhan pasti mengira.

kejar bahagia,
syukur dengan apa ada,
engkau yang memilih bahagia itu bila.

percaya pada Tuhan,
yakin dalam setiap langkah,
Dia ada.

okeh dah ready?
tarik nafaaas lepas tarik nafaaas lepas,

go.