Monday, May 18, 2015

suci.

bismillahirrahmanirrahim,


tentang mutarabbi,

akan banyak dari waktu waktu,
Tuhan akan uji kita.

mutarabbi tak mampu nak prioritize,
mula mula mahu, last minit tiba tiba tak jadi,
kejap nak kejap taknak.

dll yang luar dari ekspektasi kita.

ketika itu,
emosi bercampur.
marah, sedih, kecewa.

"adik adik ini tak faham lagi ye?
aku kurang bagi fikrah lagi ke?"

end up,
terasa mahu merajuk dengan mutarabbi!

T...T

 sehingga bila dicerita rasa ini,
akhawat selalunya nasihat cliche sahaja,
namun cukup positif dan mendamaikan.

"Tuhan tahu enti kuat ukhti.
enti mampu hadapi semua ini dengan baik."

walhal diri lebih tahu,

ini semua kerana dosa yang terlalu banyak,
Tuhan mahu bagi kaffarah dosa,
lalu dihantar melalui anak anak tarbiyah.

bukan kerana kononnya kuat itu.

astaghfirullah,
hambek hang.

hadap Tuhan,
mohon ampun setulusnya,
dan menangislah puas puas.

agar hati bersih dan tenang.

sungguh.
mutarabbi itu semuanya suci,
mungkin cuma kotor dengan dosa murabbi.