Friday, October 23, 2015

21.

 bismillahirrahmanirrahim,


190915 dan menjadi 21.

seriusli,
taktahu dah capai apa.

intifadhah 3 nih,
tengok list syaheeds kat palestin,
muda muda belasan je.

aku dah dua kat depan pun,
masih tak konfiden lagi,
camne aku nak end hidup aku.

tapi,
siapa tak teringin.

laju laju kat sirat,
buku amal tangan kanan,
malaikat cakap "salamun alaykum."

dan gembira,
happily ever after.

hehs,
bunyi tipikal fairytales sangat,
tapi jannah have more than that kan.

kalau dapat bayang,
dah rasa koolio cantek bestnya syurga,
aku kena masuk wehhh!

tapi lebih dari tuh,
indah yang tak terbayang akal,
tak tergambar mata.

atiqah aminuddin,
kalau betul hang serius nak,
buat lah betul betul.

ulang sekali lagi.

buat lah,
b e t u l  b e t u l.

Sunday, August 30, 2015

rahmat.

bismillahirrahmanirrahim,


alhamdulillah,
270815 done tahun3 di yarmouk.

serius nak habiskan tahun3 nih,
rasa cam semput habis,
airmata bergelen.

sem soifi nih la yang paling!

sampai aku ingat,
aku dah kena repeat dua papers,
sebab rasa horror sangat.

satu madah banyak kerja rumah,
soifi punya pack tuh nak kata,
sampai aku duk library,
tak sampai 1jam lagi dah kena keluar.

satu madah lagi cam ke laut,
masa bagi paper doktor dah geleng geleng,
teruk sangat markah hang nih,
haha last last doktor tak sebut pon markah.

serius aku dah nanges nanges nak balik,
umi abah i kenot go dah nih.

tup tup,
aku tunggu gak sampai final.

time tunggu markah keluaq,
macam macam aku duk jampi.

dengan harapan,
Tuhan akan tolong.

aku pejam mata dulu kut tunggu loading,
nak kata cuaknya time tuh.

pap bila keluaq markah!
weh aku lulus!

haha serius lulus tu pon,
nikmat yang sangat besar,
untuk dua ketui madah kesayangan aku nih.

alhamdulillah 'ala kulli hal.

kadang kadang,
satu benda yang kita perlu ingat,
sangat sangat,

Tuhan akan bagi,
bukan semuanya based on usaha kita,
tapi sebab rahmat Tuhan tuh.

masuk syurga,
bukan kononnya sebab banyak sangat amal,
tapi Tuhan kasihan, maka kita dirahmati.

baiknya Tuhan.

malu nak hadap nanti,
kalau amal compang camping,
sedang Tuhan dah bagi untuk kita, sempurna.

Monday, May 18, 2015

suci.

bismillahirrahmanirrahim,


tentang mutarabbi,

akan banyak dari waktu waktu,
Tuhan akan uji kita.

mutarabbi tak mampu nak prioritize,
mula mula mahu, last minit tiba tiba tak jadi,
kejap nak kejap taknak.

dll yang luar dari ekspektasi kita.

ketika itu,
emosi bercampur.
marah, sedih, kecewa.

"adik adik ini tak faham lagi ye?
aku kurang bagi fikrah lagi ke?"

end up,
terasa mahu merajuk dengan mutarabbi!

T...T

 sehingga bila dicerita rasa ini,
akhawat selalunya nasihat cliche sahaja,
namun cukup positif dan mendamaikan.

"Tuhan tahu enti kuat ukhti.
enti mampu hadapi semua ini dengan baik."

walhal diri lebih tahu,

ini semua kerana dosa yang terlalu banyak,
Tuhan mahu bagi kaffarah dosa,
lalu dihantar melalui anak anak tarbiyah.

bukan kerana kononnya kuat itu.

astaghfirullah,
hambek hang.

hadap Tuhan,
mohon ampun setulusnya,
dan menangislah puas puas.

agar hati bersih dan tenang.

sungguh.
mutarabbi itu semuanya suci,
mungkin cuma kotor dengan dosa murabbi.

Thursday, February 26, 2015

between.

bismillahirrahmanirrahim,


@burtuqaly 240215;
"malas nak berebut adik,
nak peningkan kepala dia,
nak suruh dia choose.


dia dah besaq,
kita cerita apa kita ada,
and the rest up to her." 


kkayy so ceritanya,

between two. 

yang seberang dah duk buat macam macam. 
kena pulak dengan aku yang noob nih.

kawan sebelah dah mula gelabah, 
"weh kau takdak buat apa ka? 
nanti adik tu lari ke sana cemana?"

waaah. 

adik tu cukup cuma seorang, 
tapi mashaAllah mampu serabutkan banyak kepala. 

kalau kepala aku,
sebelah serabut wayar tercabut,
sebelah lagi  steady watlek watkul.

tapi em entahlah awok. 
sebagai murabbi yang yo-yo-o je murabbi nih, 
ana malas nak berebut. 

adik adik masih beribu nak dikejar-adikkan, 
takkanlah kerana seorang adik comel, 
kita boleh rabun yang lain. 

heh tapi ofkos lah.

ini bukan penyejuk perut ahhh pergi kau alasan. 
effort murabbi yo-yo-o tuh kena gak to the fullest. 

hah selamat lah untuk semua benda.

life is all about choices. 
bahkan syurga atau neraka pun,
kita perlu choose.

Thursday, January 22, 2015

cerita.

bismillahirrahmanirrahim,


jadi kata putusnya,
kita biar yang lama jadi kenangan aku saja.

bukan apa.
kesian nanti muntah muntah atau sakit perut,
mungkin jugak bakal terkeluaq biji mata,
kerna tak percaya masa lalu aku.

hmmm entah.

kisah lama aku,
cerita aku,

aku tahu pahit dan perihnya,
bila jiwa rasa seronok dan gembira,
bermain dalam lumpur kotor dan penuh penyakit.

sudahlah,
biarkan cuma berhenti di titik itu.

semua orang ada past sendiri,
dan deserve sebuah future yang dia sendiri tahu,
itulah yang akan dibawa nanti berjumpa Tuhannya.

(17:14)

"bacalah kitabmu,
cukuplah dirimu sendiri pada hari ini,
sebagai penghitung atas dirimu."

okeh so sekarang,
kita nak buat cerita cemana?