bismillahirrahmanirrahim.
rasanya pedih.
apabila terbeban dengan dosa,
dan kau cuba mujahadah, cuba tinggalkan,
namun akhirnya benda itu datang lagi.
dan ketika itu,
ada banyak perkara yang lebih besar,
yang dituntut pada jiwa,
pada tenaga dan masa.
sungguh.
takkan mampu kau bawa keduanya.
kecuali yang satu mesti ditinggalkan.
walhal.
walhal.
baju yang kotor mahu jadi wangi,
bukan terus boleh sembur perfume,
harus cuci bagi bersih dulu.
iya, dosa kau tu.
kena cuci.
jangan biar kerja mencari pahala,
jangan biar kerja mencari pahala,
jadi payah dan susah,
jadi berat dan beban sangat sangat,
kerana dosa itu.
mohon tinggalkan.
dan aku kira ini permohonan yang besar.
kerana dosa itu.
mohon tinggalkan.
dan aku kira ini permohonan yang besar.