bismillahirrahmanirrahim.
september 19, 2014.
alhamdulillah ala kulli hal,
wa astaghfirullah ala kulli zanbi.
kalau aku boleh pinta,
aku mahu Tuhan bantu aku bersyukur.
untuk setiap sedutan nafas,
untuk setiap hembusan nafas,
untuk setiap kerdipan mata,
untuk setiap bual bicara,
untuk setiap tadahan telinga,
untuk setiap sepuluh jari,
untuk setiap gerakan tangan,
untuk setiap langkahan kaki,
untuk setiap ukiran senyuman,
untuk setiap kali buah fikiran,
untuk setiap sel sel tersembunyi,
untuk setiap aliran darah,
untuk setiap denyutan nadi,
dan setiap apa yang Engkau beri.
kalau Engkau hantar bil pada aku,
setiap kali pam jantung harga seringgit,
mati dulu aku sebelum habis mengira hutang,
kerna sikit pon takkan mampu aku hulur.
bahkan, duit dalam poket aku,
semua Engkau yang punya, kan?
aku ada apa?
Tuhan,
sekali lagi kalau aku boleh pinta,
aku mahu Kau bantu aku bersyukur.
untuk umi dan abah,
untuk abang kakak dan adik adik,
untuk keluarga yang selalu ada,
untuk semua kawan kawan,
untuk sahabat seperjuangan,
untuk sahabat dakwah dan tarbiyah,
untuk murabbi dan mutarabbi,
untuk muslim seluruhnya,
dan semua yang pernah hadir.
tanpa mereka, aku hilang.
kerana mereka selalu ada di sisi,
dari permulaan hidupku.
Tuhan,
izinkan aku meminta lagi,
agar Engkau bantu aku bersyukur.
untuk setiap kali tarbiyah membasahi,
untuk setiap kali peringatan murabbi,
untuk setiap kali usrah sejenak,
untuk setiap kali iftitah rabbani,
untuk setiap kali wasilah mengesani,
untuk setiap kali izin umi abah,
untuk setiap kali teguran sahabat,
untuk setiap kali qodoya dakwi tarbawi,
untuk setiap kali yang menyentuh,
untuk setiap kali disuruh bergerak,
untuk setiap kali kefuturan,
untuk setiap kali rebel,
dan setiap kali aku belajar mencintai.
sungguh,
dakwah itu akan tetap berjalan,
dengan atau tanpa kita.
kalau bukan dengan kita,
dakwah akan bersama yang lain.
kalau bukan dengan kita,
kita mahu bersama siapa.
Tuhan,
setiap kali rasa cinta itu datang,
aku bersyukur Engkau masih bagi rasa.
kerna rasa itu selalu datang dan pergi.
tapi Tuhan,
rasa cinta pada Engkau,
aku tidak mahu ia pergi.
ajarkan aku erti syukur yang sebenar,
kerna dengan syukur ini aku pasti,
aku akan terus ingin mencintaiMu,
sampai akhir hela nafasku,
sampai akhir denyutan nadiku,
sampai akhir saat hidupku.
bantu aku, Tuhan?