|merdekasebenar|
apakah maksud kemerdekaan yang sebenarnya daripada kaca mata Islam?
ketika seorang sahabat Rasulullah bernama Rub’i bin A’mir bertemu panglima tentera Rom yang bernama Rustum, beliau telah mengungkapkan kata-kata berikut:
Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami keluarkan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.