Sunday, April 17, 2011

netball.

in the name of ALLAH alMa'ani,


alhamdulillah masih disayangi olehNYA.

ehem baiklah, lepas beberapa minggu weekends aku pack habis, aku tak sangka hari ni aku bercuti. awalnya, aku cadang nak join kelab ICT SRT punya lawatan kelab, tapi bila memikirkan aku tak cuti lagi semenjak habis kursus, maka tinggallah semuanya menjadi angan angan. mungkin ALLAH ingin aku bertafakur sebentar tentang kehidupan aku kat dunia ni. hmm mungkin.

wow akhirnya, minggu ni kemuncak segala latihan team netball sekolah aku! setelah berapa bulan menghadap matahari, hujan, mendung setiap hari sampai petang, maka dah tiba lah masa untuk kitorang praktikkan semua ilmu netball. fuh fuh. esok, ada friendly match dengan SSI, esok lagi dengan siapa entah. dan jumaat sabtu ahad, MSSD MATCH! pergh terbaik!

fuiyoh fuiyoh memang aku tak cuak langsung la seh. nak berdepan dengan manusia pelbagai hebat yang sizenya sukar untuk dijangka. aduh aduh. tapi takpe, sebenarnya aku takyah kisah pun. sebab doa sudah, usaha sudah, hanya tinggal tawakkal je lagi. dan aku tau, tawakkal bukan mudah. setakat senang untuk dikata, tetapi untuk diperbuat dengan sebenarnya pergh payah la seh.

tawakal tu, bak kata Ibn alQayyim; "pekerjaan dan ibadah hati di mana hati seorang hamba itu bergantung kepada ALLAH, yakin kepadaNYA, kembali kepadaNYA serta menyerahkan segala urusan kepadaNYA, juga redha dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuknya"

hah amacam? susah kan tawakal tu. yelah, manusia. lebih yakin dengan teknik, kehebatan dan strategi untuk mencapai kejayaan. sampai lupa untuk meletakkan pergantungan hati kepada ALLAH. sedangkan, semua berlaku dengan kehendak ALLAH. semua. ya, SEMUA! kalau ALLAH tak izin suatu benda tu berlaku, memang takkan jadi apa apa la kan? so, optimis sudah.

setelah kamu berazam, maka bertawakkallah kepada Allah. (aliImran:159)

burtuQaly: yeah, lets pray for the best. then ALLAH will do the rest. moga ALLAH redha. :)

0 positive.: